.
Dua amalan penghapus dosa
.
★Amalan Pertama:
“Barangsiapa yang membaca surat al-Kahfi pada hari Jum’at ia akan diterangi cahaya dari bawah kakinya hingga ke langit pd hari Kiamat, & diampuni dosanya di antara dua Jumat.”
.
Al-Mundziri berkata, “Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawaih dalam kitab tafsirnya dengan derajat sanad Laa ba’sa bihi.” (At-Targhib wat Tarhib)
.
★Amalan Kedua:
Tidaklah seseorang menyempurnakan bersucinya, lalu mendatangi shalat Jum’at, kemudian diam hingga imam selesai melaksanakan shalatnya, melainkan akan menjadi penghapus dosa antara Jum’at itu dengan Jum’at setelahnya, jika dia menjauhi dosa besar.” (HR. Imam Ahmad)
.
👉credit @dakwah_sibujang👈
.
♣Batasan Waktu Membaca Surat Al-Kahfi Pada Hari Jumat.
Dimulai dari tenggelamnya #matahari pada sore hari #kamis, hingga sebelum tenggelamnya matahari pada sore hari jum’at/magrib atau sebelum masuk magrib.
Waktu yang cukup lapang/panjang, sehingga hampir-hampir tidak ada alasan untuk tidak membaca al kahfi.
.
Wallahu a'lam
.
Sumber: voa-islam dan berbagai sumber lainnya.
#shalawat
#doa
#rahmat
#sunnah
#dakwah
#islam
#jumat
#jumatberkah
#jumatbarokah
#jumatmubarak
#jumatagung
#jumatmubarok
#jumatan
#jumatberbagi
#salawat
#alkahfi
salawat dua 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Zaman kanak kanak dulu Bila tiba bulan puasa, dimulai dengan solat tarawih, bilal akan berselawat, dan budak budak akan menjawab selawat ke atas Nabi dengan penuh meriah.
Zaman tu zaman 20 rakaat, tapi budak budak belum lapan rakaat dah turun main Meriam buluh, main galah panjang, main lilin, main bunga api, main kejar kejar, dan macam macam lagi sebab masa tu orang tua sibuk bertarawih, jadi sambung main di malam hari bersama kawan kawan sebab siang habis dengan aktiviti baca komik gila gila atau kungfu cina, tidur, dan mandi air telaga, al maklumlah puasa.
Dalam sibuk bermain, memang ada kawan penjaga masa yang mana waktu solat witir bermakna kami kena masuk saf, kami pun masuk dan solat satu rakaat.
Lepas witir imam akan baca doa berjemaah, dan hujung sekali imam akan baca niat puasa dengan kuat agar budak budak dapat ikut.
Waktu sahur ada geng kejut sahur sebab zaman dulu mungkin sunyi sikit, tapi tempat kami, waktu imsak di kejutkan dengan bunyi meriam betul, tak percaya tanya orang kuala Terengganu. Masuk waktu berbukapun guna meriam.
Kata orang tua, zaman dulu mana ada speaker untuk azan, jadi bunyi meriam dua kali di awal subuh adalah untuk imsak dan subuh, manakala magrib meriam berbunyi satu kali.
Lepas tu ada sambutan nuzul al quran, ada malam tujuh likur dan sebagainya, yang bagi bidak budak meriah sangat sebab orang pakat hias lilin di beranda rumah masing masing. Budak budak dan api lilin, oh.. macam macam permainan mereka boleh cipta.
Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru, bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, ziarah kubur, dan lain lain.
Tapi itulah, sekarang dah PKP, semua tu kita nak buat kat rumah. Jadi jom melafazkan niat puasa di malam hari baik dengan berjamaah maupun sendiri-sendiri dengan kuat walaupun ada yang kata ini bidaah yang hasanah, tapi bagus apa imam lafaz kuat biar anak anak boleh niat puasa esok, orang tua yang lupa pun boleh niat sama, benda common sense tak perlu nak bidaah sangat.
Lepas tu jika ada ustak wahabi bagitahu bidaah solat tarawih 20 rakaaat, hadis riwayat Aisyah bagitahu nabi solat 11 rakaat sajer, siapa tambah tak ikut sunnah bagai.. aduh.
Pulak dah, Saidina Umar yang buat 20 rakaat sebab ada dalil Nabi pernah buat lebih walau bukan seluruh malam, dan kata Saidina Umar, inipun bidaah hasanah, kat Mekah pun buat 20 jugak, jadi semua boleh buat.. 20.. 8.. kat rumah korangkan? Takde siapa nak halang.
Lepas tu jika dalam rumah korang ada anak korang yanv berguru dengan ustak wahabi lalu berkata selawat salawat ke atas Nabi Muhammad SAW lepas solat sunat tarawih bidaah, Nabi tak buat lepas solat tarawih dengan berselawat macam geng surau buat, amalan bidaah ni sesat jika di istiqamahkan.
Adohai, lepas solat, ikut koranglah nak buat apa pun?, nak berdoa, nak berzikir, nak berselawat, apa masalahnya? Nak buka phone main FB, main spinner atau nak buang tahik cicak pun apa salahnya? Dah lepas solat kan?
Eh? Ustak wahabi tak setuju, lebih baik diam katanya, jangan tambah tambah bab agama, bidaah ni haram, selawat lepas solat tarawih tu haram sebab Nabi tak buat! Takde hadis pun Nabi berselawat antara solat tarawih! Bidaah semua tu!
Aduh..
Please jangan sempitkan fatwa dengan satu hadis sahaja, padahal banyak lagi hadis lain yang boleh sandar bab nak bersalawat lepas solat ni, rujuk kisah waktu Nabi naik mimbar, maka malaikat Jibril datang dan berdoa:
“Celakalah seseorang yang jika disebut nama Nabi Muhammad SAW namun dia tidak berselawat kepada Nabi” dan Nabi aminkan,
Hadis ni ada dalam bab bulan puasa, macam tahu-tahu kan memang akan ada orang yang sengaja tak nak selawat pada Nabi bila tiba bulan puasa. Adohai...
Lepas tu bab menetapkan waktu imsak, bidaah jugak katanya, lagi lagi guna meriam macam di Terengganu tu, ganggu orang tidur dengan meriam tu salah! kata ustak wahabi lagi tak perlu berhati hati nak bersahur di waktu imsak, sebab boleh makan lagi jika dah azan subuh, lepas tu bagi dalil ada sahabat makan waktu bilal sedang azan, padahal di Madinah, mereka azan dua kali, azan pertama oleh bilal di waktu lebih kurang imsak, dan azan kedua baru untuk masuk waktu subuh, jadi logic lah orang makan sahur lagi di azan pertama.
Lepas tu akhir bulan puasa dan pagi raya juga dikatakan haram ziarah kubur sebab bidaah pergi tarikh tu, haram jugak berdoa depan kubur, sebab jika baca doa depan kubur, bermaka sembah kubur. Ikut logic ustak wahabi lah ni, bermakna doa depan makanan sembah makanan, doa depan FB, sembah FB? Doa jimak depan bini sembah bini? gitu ke?
Banyak lagi yang di bidaahkan haram oleh ustak wahabi, seperti sambut nuzul alquran atau sambut tujuh likur tu haram, puji empat khalifah waktu tarawih 20 rakaaat pun haram, takbir raya rumah ke rumah, berzanji rumah ke rumah semua tu haram sebab bidaah.
Pasang lilin dituduh tiru hindu, pasang lampu kelip kelip di tuduh tiru kristian, orang nak deco rumah pun di bidaah haram. adohai..
Padahal Bidaah ada yang Hasanah dan ada Bidaah Dholalah.
Tapi itulah, ustaz wahabi tak paham dengan istilah bahasa arab ini walaupun dah ramai ustaz ulamak di jabatan agama dah terangkan seperti:
Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah dikira sebagai bidaah sesat, manakala Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi al-Quran dan sunnah adalah perkara baru yang tidak sesat.
Dah berbuih buih mulut ustaz-ustaz tu terangkan tapi tak faham jugak korang ni.
Bidaah hasanah adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan agama untuk perkara baik, dan perkara baik itu pula Nabi tak pernah buat. Kalau nabi pernah buat itu bukan Bidaah Hasanah, itu Sunnah.
Contoh macam sambut Nuzul Al quran, memang Nabi tak pernah buat, tapi perkara tu tak harampun, dan bagus untuk orang datang dengar ceramah jika PKP dah berakhir, ada makan free, lagi bagus dapat cuti free jika dah kerja, simple sahaja.
Yang perlu kita faham, perkara tersebut, tinggal tak berdosa, buatpun tak berdosa selagi tak bercanggah dengan Al quran dan hadis, dan boleh dapat pahala pula jika cukup syarat syaratnya.
Tapi, (ada tapi tu..,) apa yang saya rasa, atau apa yang saya faham, akan kenapa ulamak ulamak terdahulu, seperti Imam Syafee dan lain lain, melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah, atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu, maka, pada pendapat saya yang hina dan banyak dosa ini…
Ulamak melebelkan amalan tersebut dengan istilah: BIDAAH HASANAH adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat), Cuma ianya bagus. Kat situ Nampak murninya ulamak terdahulu yang tak sewenang wenang kata ini Sunnah!
Tapi korang ulamak dah lebel bidaah Hasanah, korang nak tukar pada Bidaah Haram pulak.
Baca Al quran ada baris ni bidaah hasanah korang tahu tak? Mampu ke baca Al quran takde baris macam zaman Nabi?
Nasihat saya, orang yang nak guna alasan ugama (baca: Bidaah Hasanah) untuk perkara baik yang Nabi tak pernah buat, tak perlu kita serius sangat, nak letak hukum pada mereka sekian sekian, masuk neraka itu bukan kerja kita, dakwahlah mereka dengan lemah lembut itu yang terbaik, fahamkan mereka tentang sunnah dan kepentingan ikut sunnah, lebih penting nun terang terang orang buat dosa, jangan membisu, pergi dakwah mereka macam orang tabligh buat. InsyaAllah.
Tapi sekarang semua dah kena PKP maka marilah kita ajar ahli keluarga kita tentang sunnah dan bidaah hasanah.
Selamat berpuasa. Semoga Woha sampai syurga.
I rest my case. Woha!
salawat dua 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH.
Walaupun tahun ni tak dapat mengerjakan solat tarawaih berjemaah di masjid, buatlah bersama-sama dengan family di rumah.. yang penting kita buat.
Semoga ramadhan kali ini lebih makna.. agar dapat kita tempuhi dgn lebih sempurna.
Semoga COVID-19 hilang dari dunia ini dengan cepat, dan orang yang dijangkiti sembuh seperti sediakala.
PANDUAN SOLAT TARAWIH 🌺🌺
Solat Tarawih dikerjakan selepas mengerjakan
solat Isyak dan waktunya berpanjangan
sehingga akhir malam.
Jangan tergesa-gesa mengerjakannya. Cari waktu yang sesuai. Tidurkan anak dahulu, lepastu boleh solat tanpa ada sebarang gangguan.
NIAT SOLAT SUNAT TERAWIH
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua
rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.
Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan
3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam
dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam
dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah,
surah surah berikutnya adalah pilihan kita
dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat,
doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk
amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan
antara solat.Tidak ada larangan untuk
bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab
melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan
solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat
yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.
Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat
(6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam)
dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail,
boleh tangguhkan solat witir selepas selesai
qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah
penutup kepada solat2 sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat
kerana Allah Taala"
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat
kerana Allah Taala"
● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]
● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu
daripada balasanMu,dan aku berlindung
denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas
diriMu.Maka segala pujian dan sanjungan
sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak
dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke
masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas
berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama
berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas
langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni
kita usaha buat.
Selamat menjemput pahala yang banyak di bulan Ramadhan!