Siape tak suke dessert?!!! tapi tambah buah skit tak lah rasa bersalah sangat ekkk….loll
#AbangBrianCooks
KEK BUAH NAGA
Bahan A
* 170G tepung serbaguna
* 1 sudu kecil serbuk penaik
* secubit soda bikarobonat
* secubit garam
Bahan B
* 115 mentega, dilembutkan
* 150g gula perang lembut
* 2 telur gred A
* 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan C
* 120ml susu
* 3 sudu kecil parutan kulit lemon
* 40ml jus lemon
Topping cream
Buah Naga
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
2. Gaulkan bahan C dalam mangkuk dan biarkan untuk 15 minit.
3. Sambil itu, pukulkan kesemua bahan B sehingga sebati.
4. Masukkan 1/3 bahan A yang telah diayak bersama. Bila mula kekeringan masukkan 1/3 bahan C. Ulangi sehingga kesemua Bahan A dan C habis digunakan.
5. Tuangkan dalam loyang bulat 6 inci dan bakarkan dalam ketuhar untuk 40-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
6. Hiaskan dengan topping cream dan juga buah naga.
#tipsAbangBrian
- kalo takde lemon, boleh digantikan oren
- boleh juga gunakan tepung naik sendiri dalam quantiti sama tapi tak perlukan serbuk penaik
#cake #dragonfruit #dragonfruitrecipes #resipi #asianrecipes #cakerecipes #resipimudah #resipibuah #mussels #baking #fruits #buahnaga #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #sdessertrecipes #resipikek #cakesofinstagram
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...