𝗜 𝗡 𝗦 𝗔 𝗡 𝗠 𝗨 𝗟 𝗜 𝗔
Seorang yang sangat merendah diri, sabar, tenang, lembut, sopan dan suka membantu. Hidup, bakti dan jiwa raganya hanya berdakwah dan semata2 diniatkan ke jalan Allah sahaja.
Tidak semua orang mampu dan berupaya lakukan segala apa sepertinya.. termasuklah wakil2 rakyat, yang2 berhormat waima menteri2 sekalipun.
Semua ceruk, serata pedalaman dan setiap pelusuk diredahnya. Tak kira rumah usang, pondok buruk, bawah jejantas, dalam hutan, tepi paya, tengah laut dan di mana sahaja, insan mulia ini pasti sampai.
Apa yg sepatutnya diselesaikan oleh pihak2 berkenaan, tidak selesai, banyak pula karenah dan birokrasi. Tapi, insan mulia inilah yg berjaya selesaikan tak sampai 12 jam sebaik menerima berita/aduan, tanpa mengira warna kulit dan agama. Hebat bukan?
Tak perlu dihurai panjang. Menerusi penampilan, aktiviti dakwah dan gerak langkah serta tutur bicaranya, kita semua boleh meneka bagaimana luhur akhlak dan suci hatinya.
Orang lain sibuk berpolitik, bergaduh, tuduh orang itu tak betul, kutuk sana sini, fitnah begitu begini, sebar berita palsu dan sebagainya.. tapi insan ini menghabiskan masanya membantu orang susah dan memerlukan tanpa jemu. Tiap2 hari masanya dipenuhi amal kebaikan.
Tidak dihiraukan makan minum, penat lelah dah basah lejut keringatnya. Berjemur, berpanas, berhujan, berembun... malam bertukar siang, bulan berganti matahari.. semua itu bukan alasan dan halangan bagi insan mulia ini terus berbudi.
Namun, malang sungguh bagi mereka yang mengherdik, membidas dan mengutuk usaha murni insan mulia ini. Dah la tiada apa dilaku, disumbang, dibantu.. hati pula membusuk sangat. Sekurang2nya hargai dan ucaplah terima kasih kepadanya, agar senyuman terbit dari wajah yg pucat penat sepanjang siang malam keluar menghulur bantu.
Insan mulia ini membantu dan menolong dengan ikhlas, tapi orang luar termasuk netizen sibuk menuding jari dan menyalahkan pelbagai pihak, saling balas-membalas.
Terima kasih Ustaz Ebit Lew Ebit Lew di atas segala jasa, bakti, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan. Semoga Allah mengganjari pahala berlipat ganda dan syurga firdaus buat Ustaz dan seluruh anggota pasukan.
𝙋𝙚𝙨𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞..
𝙏𝙖𝙠 𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙪𝙡𝙪𝙧 𝙬𝙖𝙣𝙜 𝙧𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞𝙩,
𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙠𝙞𝙩,
𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙖𝙝𝙖𝙡𝙖 𝙠𝙞𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙞𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙠𝙞𝙩,
𝙐𝙗𝙖𝙩𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙤𝙩𝙖𝙠 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩.
#doabaikbaik #sebarkebaikan #bersangkabaik #jagahati #bersihkanjiwa #staysafe #stayhome #insanmulia #oursaviour #heromalaysia #lillahitaala
𝙼 𝙰𝙷𝙼𝙰𝙳 𝙼𝙾𝙷𝙰𝙼𝙴𝙳
𝙼𝚊𝚍𝚊𝚑 𝙼𝚊𝚔𝚖𝚞𝚛
21 𝙰𝚙𝚛𝚒𝚕 2020
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...