・・・
[Part 4]
Al-kisah seorang Cina
.
Maka tibalah hari kejohanan. Saya memasuki empat acara iaitu Sprint, Keirin, 1km ujian masa dan juga Pecut Berpasukan. Untuk disiplin pecut ini, kira lengkaplah acara yang saya sertai. Semua acara saya masuk. Waktu inilah saya bagitahu diri saya, alang-alang mencelup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Cuba anda semua teka, dari empat acara ini, medal warna apa dan berapa medal saya menang? Untuk makluman anda semua, saya telah mencipta suatu sejarah dalam arena sukan lumba basikal pada masa itu. Saya telah memenangi tiga pingat emas untuk kesemua acara individu saya iaitu Sprint, Keirin dan 1km ujian masa, manakala perak untuk acara Pecut Berpasukan, itupun kerana tayar salah seorang dari rakan pasukan pancit ketika perlumbaan final untuk pingat emas.
.
Perlumbaan untuk semua acara memang begitu sengit. Ketika itu tentangan paling hebat adalah dari pelumba Korea. Ada seorang pelumba Korea yang mendapat pingat perak dalam acara Sprint dan Keirin dibelakang saya, memberikan tabik spring kerana saya masih boleh berkayuh dengan cemerlang dalam dua lagi acara lain. Beliau sempat bertanya apa yang saya makan, saya pun berseloroh, Kepok Lekor. Acara yang paling mengazabkan adalah 1km ujian masa. Selepas bertarung dua hari berturut-turut dalam acara Sprint dan Keirin, tahap tenaga saya sedikit susut. Acara 1km ini memang perit, seperti anda berlari pecut 100meter tetapi anda kena berlari sejauh 1km dengan pace yang sama. Muntah hijau. Ketika perlumbaan berlangsung, saya mendapat persaingan sengit dari pelumba Korea dan Jepun. Ditengah terik panas matahari, saya berkayuh habis-habisan, mengeluarkan segala kudrat yang ada. Dalam hati saya, mati pun mati lah. Saya terbongkang selepas perlumbaan tamat, kaki saya umpama jeli. Alangkah gembiranya saya apabila mendapat tahu yang saya adalah pemenang, kesemua kesakitan menjadi sebuah hadiah yang tidak ternilai harganya.
.
Saya rasa sungguh bersyukur kepada Allah SWT diatas semua pencapaian ini dan dalam masa yang sama saya merasa sangat puas dan berbaloi. Pengorbanan saya bersusah-payah, diuji dengan pelbagai onak dan duri kehidupan membuahkan hasil yang amat lumayan. Ikhlas kata, saya sungguh tidak menyangka saya dapat melakukan semua ini dengan apa yang saya hadapi. Tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Dia tidak akan menguji hambanya kecuali sesuai dengan kemampuannya. Andai kata saya mengalah dengan ujian yang diberikan, sudah tentu nama saya tidak terpahat didalam sejarah sukan negara hari ini. Saya pergi mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan, jurulatih dan yang ada ketika hari perlumbaan tersebut. Dan sudah tentu ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Uncle yang banyak membantu. Teringat pula ucapan Uncle ditengah Velodrome Cheras waktu itu,
“Ajijul, saya tahu u manyak bagus maaa, tapi ini hali saya baru tahu u memang lain macham woo”
Wartawan pun datang berpusu-pusu melontar pelbagai soalan. Saya menjawab dengan air mata yang bergelinangan. Mungkin mereka ingat saya sebak dengan pencapaian. Tetapi ianya lebih dari sebuah pertandingan. Saya simpan, tiada siapa tahu sampai sekarang.
.
Saya akhirnya
.
[BERSAMBUNG]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Dalam Episode baharu siri Pilihan Terbaik pada kali ini, Azri kini bergabung bersama Zamri dan akan mencuba satu makanan yang paling unik sekali iaitu...
sejarah cheras 在 Mohd Asri Facebook 的最讚貼文
[SEJARAH BAKAL DICIPTA DALAM DUNIA PELABURAN YG BERKURUN LAMANYA]
Alhamdulillah, semakin teruja melihat kebangkitan anak bangsa mendalami dunia pelaburan saham. Semoga perkongsian elmu ini memberi manfaat khususnya dalam agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera dalam pemilikan ekuiti korporat.
Detik-detik kemuncak kebangkitan anak bangsa dalam memajukan ekonomi negara malah kecelikkan minda anak bangsa semakin membara semangat tentang pelaburan saham.
Seribu sebab untuk melabur. Alhamdulillah dan sejuta kesyukuran. Fahami & terokai sendiri strategi untuk menjadi pelabur yang bijak serta kaya dan berjaya, insyaallah.
Sejuta TAHNIAH kepada anda yg bakal menghadiri Seminar Dunia Pelaburan Saham No.1 Malaysia yang bakal bermula esok 27 & 28 Februari 2015 di Vivatel Cheras Kuala Lumpur.
Saya mengucapkan sejuta tahniah dan selamat datang kepada mereka yang bakal menuntut ILMU pelaburan saham bersama saya selama dua hari.
"Emas yg tersembunyi hanya dapat dikeluarkan jika seseorang itu berusaha mencari dan menggalinya".
Rabbi Yassir wala tu’assir.
sejarah cheras 在 Mohd Asri Facebook 的最讚貼文
[Seminar Dunia Pelaburan Saham 2015]
Program yang telah melahirkan lebih dari 7000 peserta mengenai pelaburan saham sejak 3 tahun yang lalu dimana sudah ramai telah meraih pulangan yang luar biasa dari pelaburan saham.
Kebangkitan anak bangsa mendalami Dunia Pelaburan Saham yang berkurun lamanya bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera di pasaran Bursa Malaysia.
Untuk tahun 2015, lagi sekali program ini akan diadakan di Pantai Timur khususnya di Kota Bharu dan sejarah bakal tercipta di Kuala Lumpur.
Kota Bharu
Sutera Inn Prima
20 - 21 Februari 2015 (Jumaat - Sabtu)
8.00pg - 5.30ptg
Kuala Lumpur
Vivatel Hotel, Cheras
27 - 28 Februari 2015 (Jumaat - Sabtu)
8.00pg - 5.30ptg
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program Seminar Dunia Pelaburan Saham boleh hubungi terus di talian 0162296760 / 0193124544
"What To Buy. When To Buy. When To Sell."
#SDPS2015
#TeamMohdAsri
sejarah cheras 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Dalam Episode baharu siri Pilihan Terbaik pada kali ini, Azri kini bergabung bersama Zamri dan akan mencuba satu makanan yang paling unik sekali iaitu menu Itik! Mereka akan menilai menu Itik yang mempunyai tiga harga yang berbeza iaitu dari murah, sederhana dan mahal. Di akhir rancangan ini, kita akan tahu menu mana yang akan menjadi Pilihan Terbaik pada kali ini!
PROMO CODE MINGGU INI : DTVITIK
Gunakan Promo Code Destinasi TV diatas untuk menikmati 25% Diskaun atas semua pembellian melalui Aplikasi Dego. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Download aplikasi Dego:
Apple: https://apple.coP/2D98AK2
Android: https://bit.ly/3ga5WlR
Nak menang #DEGOGiveaway sila ke link ini:
https://bit.ly/2RTVG6Q
Untuk lokasi pertama, kami telah mencuba menu istimewa yang berasal dari negeri Kelantan, iaitu Gulai Kerutuk Itik Serati yang berharga RM7. Istimewanya menu ini adalah mereka menggunakan bahan rempah ratus dari Kelantan, dan membuatkan gulai itu manis dan boleh dimakan dengan pelbagai jenis nasi! Itik yang digunakan di sini adalah sejenis Itik Serati dimana saiz lebih besar daripada itik biasa. Anda juga boleh mencuba pelbagai menu yang lain di Gerai Makan Cik Yah, terutamanya bagi yang merindui masakan lauk daripada Kelantan!
?Lokasi » Gerai Makan Cik Yah
9, Jalan AU 5, Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
☎️ Telefon » 019 - 243 5312
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 7 pagi - 2 Petang.
Seterusnya, kami telah pergi ke Wood-Fire Oven Pizzeria untuk merasai keunikkan menu Itik Salai bersama Pizza, iaitu Smoked Duck Pizza with Balsamic Glaze yang berharga RM47. Apa yang menariknya adalah kebanyakkan bahan yang digunakan di sini adalah dibuat sendiri, dari doh pizza ke pes tomato. Tidak lupakan juga kepingan daging itik itu disalai sendiri di dalam restoran mereka dan ia mengambil masa tiga jam sebelum bersedia dihidang kepada para pelanggan.
?Lokasi »Wood-fire Oven Pizzeria
Plaza Damas, H-0-8, No 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
☎️ Telefon » 03 - 6419 7530
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 11 pagi - 9 malam
Akhir sekali, kami mencuba Roasted Duck yang berharga RM65 seekor di Roast Kitchen yang berlokasi di Cheras. Di sini, mereka mengambil masa 48 Jam untuk persiapan Roasted Duck tersebut dan ramuan yang mereka menggunakan adalah buatan sendiri termasuk sos, nasi dan sebagainya. Yang paling penting, itik-itik yang mereka menggunakan mendapat iktiraf Halal daripada JAKIM. Anda boleh mencuba pelbagai jenis menu yang ada di Roasted Kitchen seperti Nasi Itik dan Mee Wantan!
?Lokasi » Roast Kitchen
No. 19, Jalan 2/105, Taman Midah, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
☎️ Telefon » 03 - 2858 9283
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 10 pagi - 5 petang
Subscribe ke channel Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti juga Destinasi TV di:
https://facebook.com/DestinasiTV/
https://www.instagram.com/destinasitv/
https://www.tiktok.com/@destinasitv/
https://twitter.com/Destinasitv/
https://www.dimsum.my/programme-freem...
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.