Perang Palestin dan Israel ni bermakna Kiamat dah dekat?
Benar kiamat sudah dekat, tapi tarikhnya tiada siapa yang tahu? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Namun kiamat tidak akan berlaku selagi orang islam buat kerja Dakwah.
Zaman Nabi dulu, semua sahabat buat dakwah, malahan Syaitan datang 'ajar' agama kepada sahabat
Tak cukup Syaitan, Berhala dan Dajjal pun ber'dakwah' korang tahu tak?
(Kena baca habis atikel ini sebab jika baca separuh takut sesat-dan sila bersetuju di akhir perenggang sebagai persiapan untuk permulaan hidup baru-Woha!)
Al kisahnya, Pada suatu hari, ketika sahabat Nabi duduk berbicara kisah Nabi Muhammad SAW yang telah wafat kepada murid-muridnya yang terdiri daripada para Tabien, maka terbongkarlah akan sebuah kisah bagaimana pernah satu ketika, di zaman hayat Baginda Rasulullah SAW masih dikandung badan, telah muncul seekor serigala kurus di hadapan Nabi lantas mulai berbicara dalam bahasa arab.
Rupa-rupanya, kemunculan serigala itu adalah bertujuan untuk meminta izin dari Nabi agar dibenarkan makan kambing yang dipelihara oleh orang ramai, namun Nabi tidak benarkan mereka memakan kambing yang dimiliki oleh orang ramai, bermakna serigala jika nak makan, pergilah memburu hidupan liar dengan kudrat sendiri, jangan menyusahkan orang ramai terutama orang islam, lalu beredarlah serigala itu dengan kesedihan kerana sukar untuk memburu hidupan liar di pinggir Kota Madinah barangkali.
Tidak lama kemudian, muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk serigala sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing peliharaan orang ramai, melihat kebuluran yang menimpa keluarga serigala, maka Nabi benarkan mereka makan kambing orang ramai, tapi dengan satu syarat iaitu: hanya kambing yang sesat atau yang terpisah dari jema’ah nya.
Apabila Tabi’in (gelaran untuk orang yang tidak sempat berjumpa Nabi tapi sempat berjumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua merasa takjub dan mula menzahirkan niat akan betapa indahnya jika dapat hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW menyaksikan peristiwa peristiwa ajaib yang bakal meningkatkan iman.
Tapi sahabat menyatakan, indah itu hanya pada kemanisan iman, kerana kami para sahabat RA pada waktu itu selalu berada dalam keadaan ujian lapar dan ancaman, kami selalu mengikat perut dengan batu, dan tidak lena malam berjaga dari serangan musuh, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya di atas ujian lapar.
Lalu terbongkarlah kisah penderitaan dan pengorbanan Nabi bersama para Sahabat baginda di zaman permulaan islam.
Diriwayatakan akan kehidupan Nabi Muhammad saw itu, kebiasaanya hidup sehari kenyang dan sehari lapar, Aisyah pernah mengatakan pernah dapur rumah Nabi tidak berasap selama beberapa bulan, di waktu pagi apabila Nabi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde.
Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa.
Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:
“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"
Siti Aisyah r.ha pernah di pelawa menghadir majlis makan-makan selepas zaman Nabi, lantas apabila Aisyah menyuapkan makanan ke mulutnya, Aisyah r.aha telah menangis. Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata.
“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”
Aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”
Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatannya”
“Pernah satu hari apabila tiba waktu berbuka puasa, tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah membahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa.”
Untuk pengetahuan pembaca, Nabi berlapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Ini adalah disebabkan oleh sekatan ekonomi daripada orang kafir yang tidak mahu menjual makanan kepada orang islam, hamba yang bekerja dikebun pula, di seksa siang malam kerana memeluk islam. Malahan sekatan ekonomi daripada orang kafir kepada orang islam membuatkan anak anak orang islam, ada yang mati di riba ibu-ibu mereka.
Inilah pengorbanan di awal keislaman, dah macam PKPD, orang islam di sekat ekonomi.., lapar dah jadi makanan harian.
Maka tercatatlah dalam sejarah, akan seluruh harta benda jiwa raga di korbankan demi agama, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan agama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam.
Isteri baginda, Khatijah r.aha yang merupakan jutawan juga akhirnya wafat sehelai sepinggang kerana telah berkorban segala galanya untuk membantu agama sehingga mewasiat, tulang tulangnya seandainya diperlukan untuk agama, buatlah jambatan, buatlah pedang, buatlah apa sahaja, semua sanggup di korbankan sampai ke tulang temulang.
Begitu jugak pengorbanan di kalangan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar r.a ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?
Benar, beliau telah korbankan seluruh hartanya pada ugama dan pernah memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri. Sewaktu wafat hanya meninggalkan Allah dan Rasul pada keluarganya.
Saidina Umar r.a pula dihujung hayatnya, hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang.
Pernah berkata Hazrat Abu hurairah r.a setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;
“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan."
Itu belum saya cerita kisah Mus’ab bin Umair r.a, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam, beliau telah dibogelkan dan dibuang oleh keluarga, hujung hayatnya, beliau hanya memakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair r.a terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain.
Belum cerita kisah Abu Zar, yang mati bersendirian di padang pasir.
Korang semua yang saya muliakan, Nabi SAW dan para sahabat r.a benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama.
Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam, di hujung dakwah Nabi, ketika peristiwa Penaklukan Kota Makah, Islam akhirnya menang dengan terzahirnya peristiwa berbondong bondong manusia telah masuk ke dalam agama islam.
Sebaik perjanjian Huhabiah di meterai, yang mana berlakunya gencatan senjata, maka bolehlah orang islam bergaul dengan aman bersama orang kafir yang mana telah membuka pintu hidayat selebar lebarnya sehingga dimana sahaja penjuru sahabat berada, akan ada orang yang terbuka hatinya pada islam.
Dalam peristiwa Hak, seperti kejujuran berniaga, pengorbanan melayan tetamu, sifat memaafkan, dan saling berlumba membantu orang sekeliling, akhirnya hidayat terus tersebar sehingga tiada lagi orang kafir di bumi Mekah buat selama-selamanya, dan tanah itu telah menjadi haram kepada bukan islam selamanya.
Asbab pengorbanan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi asbab hidayat.
Contohnya kisah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id, kisah bagaimana seekor serigala kurus telah mengejar seekor kambing dan menangkapnya, lalu si pengembala yang bukan islam mengejarnya dan menarik kambing tersebut dari cengkamannya.
Tapi tiba tiba Serigala itu berkata dalam Bahasa arab:,
"Apakah kau tidak takut kepada Allah? Mengapa kau ambil paksa dariku rezeki yang telah diberikan Allah kepadaku?”
Terus pengembala itu berkata: "wah, hebatnya, serigala boleh bercakap?"
Dengan selamba serigala menjawab: “Ada berita yang lebih hebat, nun di Madinah, telah lahir Nabi akhir zaman”
Terus si pengembala pergi ke Madinah, dan akhirnya masuk islam.
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya binatang seperti serigala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari serigala? Saya bagi cerita lain yang lebih gempak.
Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang bersama Ali bin Abu Thalib dan beberapa sahabat lain, datanglah seseorang dari kabilah Bani Amir bernama Ghassan bin Malik yang berkata:
“Mahukah engkau wahai Muhammad menyampaikan semua perintah Tuhanmu atau aku yang menyampaikan perintah berhalaku?”
Rasulullah SAW menjawab, “Aku yang akan menyampaikan perintah Tuhanku.”
Baginda kemudiannya menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepadanya lalu masuk islamlah akan Ghassan..
Setelah itu Ghassan bin Malik berkata, “Kami dari kabilah Bani Amir mempunyai sebuah berhala yang kami sembah setiap hari. Suatu hari, berhala kami telah berkata: “Wahai manusia, telah diutus nabi yang jujur di Madinah”
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya berhala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari berhala? Ingat kisah Syaitan mengajar Abu Hurairah rahsia ayat Kursi?
Kata Syaitan: "Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.”
Ok, berhala dah, Syaitan dah, sekarang saya bagi cerita lain yang lebih gempak gila. Ha ha!
Tersebutlah akan kisah sahabat Nabi yang bernama Tamin Dari r.a seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu membawanya berjumpa Dajjal.
Lalu Dajjal bertanya:
“Apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?
“Apakah air tasik di tanah arab masih mengalir?
Apabila Tamin r.a membenarkan kata-kata Dajjal, maka Dajjal bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air tasik tanah arab menjadi kering, kemudian kata Dajjal, beruntunglah sesiapa yang mengikut Nabi Muhammad SAW di Madinah, kerana akan terselamat dari fitnah Dajjal.
Korang semua yang saya muliakan sekalian.
Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat(buat dakwah)
Kadang kadang muncul syaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’ ugama dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz sebab kisah ni panjang)
Syaitan pun ‘berdakwah’? wow!
Kenapa sampai jadi macam tu?
Kerana Pengorbanan mereka terhadap agama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana agama, dan menitiskan darah serta air mata kerana agama!
Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!
Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke atas agama sehingga mereka tak sempat nak majukan dunia mereka, tapi Allah telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kembali kepada Allah..
Ketika baginda wafat, Fatimah r.a telah pergi melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:
“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”
Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:
“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”
Kemudian, mengusap badan baginda dan berkata:
“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”
Pendek cerita, asbab pengorbanan Nabi dan sahabat, akhirnya, serigala, berhala, syaitan dan DAJJAL pun ‘berdakwah’ kepada islam.
Namun kita hari ini, apabila ummat islam termasuk saya tidak membuat pengorbanan ke atas agama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat, jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pula yang telah menghalang dakwah!
Pernah ada ustaz dan AJK Surau yang menghalang dakwah pintu ke pintu, menghalang orang beriktikaf di masjid, menghalang dakwah sesama islam. Adohai..
Tapi itu dulu, sekarang smeua dah buka mata, Cuma zaman PKP ini, SOP agak tidak mesra agama, tapi kita akur, sebab taat pemerintah juga sunah kerana sekarang sedang darurat. Semoga Alalh hindari kita semua dari wabaj penyakit.
Namun pesan saya, agar kita semua orang islam tolong jangan bergaduh, walau beza bab akidah atau mazhab, jangan terus caci mencaci, dalam politik parti, jangan kafir mengkafir, jangan menghina ulama dan jangan mendoakan bala sesama islam, jangan cepat mebidaahkan semua perkara, cuba berpalang dada dan Untuk menjadi asbab hidayat, kita perlu tambah pengorbanan.
Tapi apa itu pengorbanan?
Sebenarnya, saya dan korang, belum lagi buat apa apa pengorbananpun, tak payah nak berlagaklah, kerana korban adalah di kira selepas kamu tunaikan HAK.
Contoh, kalau kita bagi minum air pada orang yang dahaga, itu baru di kira sebagai menunaikan Hak mereka yang kehausan, tapi sekiranya kita jugak dalam keadaan dahaga, tapi masih bagi orang lain minum air itulah yang di katakan pengorbanan.
Dan itulah yang berlaku di zaman Nabi SAW dan sahabat RA, cerita seperti menjamu tetamu dengan membiarkan anak-anak mereka tidur kelaparan, cerita kepala kambing, mengikat perut kerana agama, menanggung susah demi orang lain, dan lain lain itulah yang di katakan korban mereka kepada Allah,
Korban mereka tinggi, walaupun mereka tahu pahala solat di masjidil haram dan masjid Nabawi adalah digandakan ratusan ribu kali ganda, tapi mereka tetap buat pengorbanan dengan meninggalkan anak isteri dan kampong halaman berdakwah ke suluruh pelusuk alam sampai ke india dan cina!
Sesungguhnya, kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke suluruh dunia hingga sampai ke negera Russia, mereka telah benar benar berkorban dan terkorban.
Saya hari ini, Bukan nak cakap pasal Korban, tunaikah Hak ugamapun belum lagi, Apa kejadah?
Sebagai contoh: saya belum menunaikan Hak Solat, Yang mana saya wajib solat jemaah awal waktu tempat azan di azankan, juga saya sepatutnya banyakkan solat sunnat dan solat tahajjud tapi saya kadang kadang just solat wajib sahaja, itupun dengan sambil lewa, acuh tak acuh!
Hampeh kepada diri sendiri!
Saya juga belum menunaikan Hak Al-Quran, Yang mana saya wajib Khatam Al-quran setiap tahun dengan tahu semua makna, tapi saya biarkan masa lapangku dengan baca komik, baca whatsapp, baca FB dan baca blog? atau baca teori kospirasi?
Adohai..
Saya juga belum menunaikan Hak Zikir, Yang mana saya sepatutnya berzikir pada waktu pagi dan petang iaitu waktu yang di haramkan solat, waktu pergi kerja dan balik kerja tapi saya dalam kereta suka dengar radio dan update lagu popular arghh! cukupkah jika saya sekadar ber’zikir’ dengan lagu nashid? Hempeh!
Saya juga ternyata belum lagi menunaikan Hak dakwah, Yang mana saya wajib ajak kawan kawan bukan islam masuk islam dan ajak orang islam amal agama tapi saya masih bersenang lenang depan TV layan movie, ohhhhhhh..
Tunaikan Hak Ugamapun Belum Lagi, Apatah Lagi Korban! Apa kejadah?
Pesanan ini di tujukan khas kepada diri sendiri.
Akhir kata: Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat, maka kenapa kita dalam hidup beragama Islam boleh bergaduh sesama kita?
Renung-runungkan, dan selamat muhasabah diri!
Woha!
Ps: Gambar buku tu dah takde stok, habis, tiada cetakan lagi, nak buku lain karangan saya InsyaAllah ada, terima kasih.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「sejarah kota padang」的推薦目錄:
- 關於sejarah kota padang 在 Facebook 的精選貼文
- 關於sejarah kota padang 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於sejarah kota padang 在 Santai Ben Ashaari Facebook 的最讚貼文
- 關於sejarah kota padang 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於sejarah kota padang 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於sejarah kota padang 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
sejarah kota padang 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Bersantai-Santai di Hujung Minggu
Sejak hujung minggu semalam, saya mengambil masa atau memberi masa untuk mula membaca buku karya Bung Hamka Di Bawah Lindungan Kaabah. Karya yang berputar sebuah cerita dipersembahkan di Mekah pada tahun 1927 masih segar & menarik untuk dibaca. Bahasa indah tulisan Bung Hamka memang manarik & menghiburkan apatahlagi bila diselit dengan beberapa patah bahasa Indonesa yang sentiasa fresh. Ianya benar halus, dalam & mempersonakan.
Saya sempat juga bersantai-santai dengan cucunda al-Fateh berada dalam dunianya. Seronok tenguk kanak-kanak yang mempunyai rasa khayalan mereka tersendiri. Mereka cuba bercakap dan bertindak mengikut apa yang ada dalam akal mereka. Kita yang tidak faham apa yang ada dalam pemikiran mereka sebab mereka belum boleh bercakap lagi.
Saya teringat dialog dalam buku Bung Hamka antara ibu Hamid dan Hamid sebelum ibunya meninggal dunia di Padang, Sumatera tentang perbezaan derajat antara manusia. Hamid tahu tentang ini semua tapi dia tak faham sangat mantiqnya. Ibunya yang sedang nazak diberikan kekuatan untuk berbicara seakan-akan ada malaikat yang memimpin ibunya sedang berbicara yang tidak Hamid sangka2 akan sejelas itu.
"Emas tidak setara dengan loyang; sutera tak sebangsa dengan benang"
"Cincin emas, orang merasa sayang hendak memberi bermata kaca, tentu zamrud dan nilam juga."
Inilah perkataan sakti ibunya cuba memujuk anaknya tidak menaruh rasa cinta kepada Zainab.
Walaupun derajat itu bukan hukum Ilahi namun ia hukum manusia yang paling berkuasa. Ramai yang miskin & tidak bernasib baik sentiasa ada & terpinggir sepanjang masa. Tidak peliklah al-Quran padat & sarat dengan galakan bagi makanan, lepaskan belenggu perhambaan dan kemiskinan & berkebajikan.
Cucu saya asyik masygul belajar angka & pergerakan melalui sesi kanak2nya di kaca TV. Saya pula mengimbau pikiran saya ke Kota Mekah tahun 1927 dan juga tahun 2027. Sejarah Mekah selama 100 tahun dalam pelbagai dimensi. Saya juga tertanya2 kenapa Bung Hamka memilih jalan sastera untuk menulis. Sejujurnya, saya pun tidak tahu kenapa saya juga memilih genre sastera untuk menulis dan berkarya.
Mungkin kerana penulisan sastera sentiasa hidup.
MDB
sejarah kota padang 在 Santai Ben Ashaari Facebook 的最讚貼文
[ 133 BUKU MENARIK UNTUK KOLEKSI BACAAN PERIBADI ANDA DI RUMAH ]
Seleksi Tarikh Islam & Biografi ini menawarkan sejumlah buku yang ditulis oleh para pengkaji sejarah Islam yang profilik seperti Ibnu Hisyam, Ibnu Katsir, Ibnu Khaldun, al-Mawardi, Ibnu Qutaibah, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, Prof Dr Raghib Sirjani, Prof Carole Hillenbrand, Prof Thomas W Arnold, dan Dr Sulaiman al-Asyqar serta banyak lagi!
KEISTIMEWAAN SET INI MEMBAWAKAN KEPADA ANDA SELEKSI JUDUL TERBAIK DALAM KAJIAN;
+ Tarikh Daulah
+ Siyasah Syar’iyyah & Politik Islam
+ Kajian Sejarah & Peradaban Islam
+ Sejarah Umat Islam
+ Sejarah Futuhat Islam
+ Sirah Sahabat, Tabi’in & Ulama Ahlus Sunnah
+ Biografi Rasul & Para Khalifah
+ Biografi Tokoh Dalam Sejarah Islam
+ Sirah Nabawiyah
[DETAIL PRODUCTS & PRICELIST]
.
SELEKSI TARIKH DAULAH
1. Bangkit Dan Jatuhnya Pemerintahan Bani Umayyah, Prof. Dr. Abdussyafi M. Abdul Lathif, RM 93
2. Bangkit Dan Jatuhnya Andalusia, Dr. Raghib As-Sirjani, RM 114
3. Bangkit Dan Jatuhnya Daulah Abbasiyah, Syaikh Muhammad Al-Khudari, RM 110
4. Bangkit Dan Jatuhnya Pemerintahan Bani Saljuk, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shalabi, RM 110
5. Bangkit Dan Jatuhnya Daulah Ayyubiyah, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shalabi, RM 110
6. Bangkit Dan Jatuhnya Daulah Zankiyah, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shalabi, RM 125
7. Bangkit Dan Jatuhnya Daulah Fathimiyah, Dr Muhammad Suhail Thaqqusy, RM 105
8. Bangkit Dan Runtuhnya Bangsa Monggol, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shalabi, RM 90
9. Bangkit Dan Jatuhnya Pemerintahan Uthmaniyyah, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shalabi, RM 96
10. Bangkit Dan Runtuhnya Dinasti Mamluk, Dr Muhammad Suhail Thaqqus, RM 117
.
SELEKSI SIYASAH SYAR’IYYAH & POLITIK ISLAM
11. Mukaddimah, Ibnu Khaldun, Al-Kautsar, RM 155
12. Ahkam Sulthaniyah, Imam Al-Mawardi, Darul Falah, RM 70
13. The Ideal State, Perspektif Al-Farabi Tentang Konsep Negara Ideal, Moh. Asy’ari Muthhar, RM 80
14. Politik & Kekuasaan Dalam Sejarah Para Khalifah, Ibnu Qutaibah, Al-Kautsar, RM 97
15. Konsep Kepemimpinan Dalam Islam, Prof. Dr. Abdullah Ad-Dumaji, Ummul Qura, RM 94
16. Buku Pintar Sejarah & Peradaban Islam, Dr Salamah Muhammad Al-Harafi, Al-Kautsar, RM 120
17. Chiefdom Madinah, Dr Abdul Aziz, Alvabet, RM 80
18. Muhammad Juru Damai Di Tengah Benturan Imperium Besar Dunia, Juan Cole, Alvabet, Rm 68
19. Politik Islam, Penjelasan Kitab Siyasah Syari’yah Ibnu Taimiyyah, Syaikh Muhammad Bin Shalih Al- ‘Utsaimin, Griya Ilmu, RM 56
20. Fikih Daulah Dalam Perspektif Al-Quran Dan Sunnah, Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Al-Kautsar, RM 56
21. Fikih Ekonomi Umar Al-Khattab, Dr. Jaribah Bin Ahmad Al-Haritsi, Al-Kautsar, RM 110
22. Sistem Pemerintahan Khulafaur Rasyidin, Abdul Malik Nazhim Abdullah, Al-Kautsar, RM 68
.
SELEKSI KAJIAN SEJARAH & PERADABAN ISLAM
23. Cara Mudah Memahami Sejarah Islam, Dr Ahmad Choirul Rofiq, Diva Press, RM 80
24. Sejarah Peradaban Islam, Prof Dr H.J Suyuthi Pulungan, Amzah, RM 150
25. Pengantar Metodologi Studi Sejarah Peradaban Islam, Dr Rusydi Sulaiman, Rajawali Press, RM 80
26. Pengantar Studi Sejarah Peradaban Islam, Dr Muhammad Husain Mahasnah, Al-Kautsar, RM 52
27. Distorsi Sejarah Islam, Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Al-Kautsar, RM 56
28. Sejarah Arab Sebelum Islam (Jilid 1-4), Dr Jawwad Ali, Alvabet, RM 529
29. The Fall of Khilafah, Eugene Rogan, Serambi, RM 112
30. Dari Puncak Baghdad, Tamim Ansary, Zaman, RM 88
31. Dari Puncak Andalusia, Dr Tariq Suwaidan, Zaman, RM 110
32. Dari Puncak Barbar, Peter Jackson, Serambi, RM 139
33. Dari Puncak Khilafah, Eugene, Rogan Serambi, RM 129
34. Malapetaka Runtuhnya Khilafah, Abdul Qadim Zallum, Al-Azhar Press, RM 60
35. Para Pembentuk Peradaban Islam Seribu Tahun Pertama, Chase F. Robinson, Alvabet, RM 77
36. Astronom Muslim, Biografi Intelektual, Karya, Sumbangan Dan Penemuan, Arwin Juli Rakhmadi Butar-Butar, Muhammadiyah Press, RM 129
37. Sumbangan Keilmuan Islam Pada Dunia, Prof Dr Ahmad Fuad Basya, Al-Kautsar RM 74
38. Sumbangan Peradaban Islam Pada Dunia, Dr. Raghib As-Sirjani, Al-Kautsar, RM 130
.
SELEKSI SEJARAH UMAT ISLAM
39. Sejarah Umat Islam, Prof Dr Hamka, Gema Insani, RM 139
40. Mukhtasar Bidayah Wan Nihayah, Ibnu Katsir, Pustaka Sunnah, RM 118
41. Perjalanan 4 Khalifah Rasul Yang Agung, Ibnu Katsir, Darul Haq, RM 90
42. Tarikh Khulafa, Imam As-Suyuthi, Pustaka Sunnah, RM 120
43. Para Pelaku Sejarah, Ghazi Abdurrahman Al-Afazi, Al-Wafi, RM 110
44. Sejarah Daulah Utsmaniyah, Prof. Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi, Ummul Qura, RM 120
45. Sejarah Daulah Umawiyah & Abbasiyah, Prof. Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 74
46. Dinasti Umawiyah, Dr Yusuf Al-Isy, Al-Kautsar, RM 50
47. Daulah Bani Umayyah, Qadhi Syaikh Muhammad Bin Ahmad Kan’an, al-Qowam, RM 110
48. Sejarah Bangsa Tartar, Prof Dr Raghib As-Sirjani, Al-Kautsar, RM 94
49. Sejarah Muslim India, Dr Muhamad Abdul Azhim Abu An-Nahsr, Al-Kautsar, RM76
50. Sejarah Islam Sejak Zaman Nabi Adam Hingga Abad Xx, Ahmad Al-Usairy, Akbar Media, RM 70
51. Islam Di Asia Tengah, Sejarah, Peradaban Dan Kebudayaan, Muhammad Abdul Azhim Abu An- Nashr, Alkautsar, RM 63
.
SELEKSI SEJARAH FUTUHAT ISLAM
52. Kronologi Islam Dan Sejarah Dunia, Fedrian Hasmand, Al-Kautsar, RM 110
53. Futuhal Buldan, Syaikh Al-Baladzuri, Al-Kautsar, RM 84
54. Bencana-Bencana Besar Dalam Sejarah Islam, Dr.Fathi Zaghrut, Al-Kautsar, RM 110
55. Sejarah Lengkap Penyebaran Islam, Prof Dr Thomas W. Arnold, Diva Press, RM 117
56. Penaklukan Muslim Di Mata Bangsa Taklukan, Hussam I’tani, Alvabet, RM 68
57. Penaklukan Muslim Yang Mengubah Dunia, Hugh Kennedy, Alvabet, RM 88
58. Penaklukan Dalam Islam, Dr Abdul Aziz Bin Ibrahim Al-Umari, RM 70
59. Peperangan Rasulullah Saw, Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 107
60. History Of Arabs, Philip K. Hitti, Zaman, RM 135
61. Jerusalem: The Biography, Simon Sebag Montefiore, Alvabet, RM 135
62. 1453 Detik-Detik Jatuhnya Konstantinople Ke Tangan Muslim, Roger Crowley, Alvabet, RM 79
63. Perang Salib Sudut Pandang Islam, Carole Hillenbrand, Serambi, RM 139
64. Yerusalem, Karen Amstrong, Mizan, RM 119
65. Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah, Al-Imam Al-Qadhi Abu Bakar, RM 60
66. Inilah Faktanya, Dr Usman Bin Muhammad Al-Khamis, Pustaka Imam Syafi’i, RM 54
67. Benarkah Kaisar Heraklius Masuk Islam, W.T Prabowo, Pro-U Media, RM 60
.
SELEKSI SIRAH SAHABAT, TABI’IN & ULAMA AHLI SUNNAH
68. Kisah-Kisah Shahih Dalam Sunnah Nabi Saw, Dr Thal’at Muhammad ‘Afifi Salim, Griya Ilmu, RM 64
69. 10 Sahabat Dijamin Syurga, Abdus Sattar Asy-Syaikh, Darus Sunnah , RM 117
70. Hikmah Kisah-Kisah Dalam Al-Quran, Dr Abdul Karim Zaidan, Darus Sunnah, RM 190
71. Biografi 60 Ulama' Sunnah, Syaikh Ahmad Farid, Darul Haq, RM 117
72. Biografi Khalifah Rasulullah Saw, Khalid Muhammad Khalid, Ummul Qura, RM 90
73. Mereka Adalah Para Tabi’in, Dr Abdurrahman Ra’fat Basya, RM 75
74. AKisah Para Tabi’in, Syaikh Abdul Mun’im Al-Hasyimi, RM 120
75. Mereka Adalah Para Shahabat, Dr Abdurrahman Ra’fat Basya, RM 75
76. Biografi 60 Shahabat Nabi Saw, Ummul Qura, RM 90
77. Mutiara Kisah Pilihan Orang-Orang Cemerlang Dalam Sejarah Islam, Dr Sulaiman Al-Asyqar, Al- Kautsar, RM 120
78. 500 Kisah Orang Saleh Penuh, Imam Ibnul Jauzi, RM 125
79. Kisah Kaum Salaf Bersama Al-Qur’an, Dr Abadar Bi Nashir Al-Badar, Al-Kautsar, RM 90
80. Khadijah Teladan Agung Wanita Mukminah, Ibrahim Muhammad Hasan Al-Jamal, Insan Kamil, RM 70
81. Aisyah, Sulaiman An-Nadawi, Pena, RM 65
82. Wanita-Wanita Mulia Di Sekitar Nabi Saw, Abu Salsabil Muhammad Abdul Hadi, Arafah, RM 85
83. Ummahatul Mukminin Biografi Isteri-Isteri Nabi Saw, Griya Ilmu, RM 75
84. Kisah-Kisah Dalam Al-Quran, Dr Hamid Ahmad Ath-Thahir, Ummul Qura, RM 118
85. Kisah-Kisah Nubuat Dari Nabi SAW, Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar, Ummul Qura, RM 85
86. 38 Shahabat Yang Dijamin Masuk Syurga, Dr Muhammad Al-Ghamidi, Ummul Qura, RM 75
.
SELEKSI BIOGRAFI RASULULLAH SAW & PARA KHALIFAH
87. Sejarah Lengkap Rasulullah SAW (2 jilid), Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 180
88. Biografi Abu Bakar As-Siddiq, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 88
89. Biografi Umar Al-Khattab, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 110
90. Biografi Utsman bin Affan, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 85
91. Biografi Ali bin Abi Thalib, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 88
92. Hasan & Husain, Sayyid Hasan al-Husaini, RM 56
93. Muawiyah Bin Abu Sufyan, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 110
94. Biografi Umar Bin Abdul Aziz, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 85
.
SELEKSI BIOGRAFI TOKOH DALAM SEJARAH ISLAM
95. Novel Biografi Muhammad Saw, Lelaki Penggenggam Hujan, Tasaro Gk, RM 75
96. Khalid Al-Walid, Manshur Abdul Hakim, RM 85
97. Shalahuddin Al-Ayyubi, Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, RM 110
98. Rihlah Ibnu Bathuthah, Muhammad Bin Abdullah Bin Bathuthah, RM 90
99. Kejayaan Harun Ar-Rasyid, Benson Bobrick, RM 55
100. Shalahuddin Al-Ayyubi Sang Penakluk Jerusalem, Al-Wafi, RM 55
101. Saifuddin Quthuz Sang Ksatria Perang ‘Ain Jalut, Al-Wafi, RM 30
102. Muhammad Al-Fatih Sang Penakluk Yang Diramalkan, Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, Aqwam, RM 55
103. Muhammad Al-Fatih Penakluk Konstantinopel, Syaikh Ramzi Al-Munyawi, RM 55
104. Muhammad Al-Fatih Sang Penakluk Konstantinopel, John Freely, Alvabet, RM 55
105. Sulaiman Al-Qanuni Sultan Penakluk Tiga Benua, Rachmad Abdullah, Al-Wafi, RM 55
106. Sultan Abdul Hamid II, Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi, Aqwam, RM 55
107. Umar Mukhtar Singa Padang Pasir, Isham Abdul Fattah, Al-Kautsar, RM 25
108. Jenghis Khan Legenda Sang Penakluk Dari Mongolia, John Man, Alvabet, RM 96
109. Santo Dan Sultan Kisah Terembunyi Tentang Juru Damai Perang Salib, Paul Moses, Alvabet, RM 50
110. Petualangan Ibnu Battuta Seorang Musafir Muslim Abad-14, Ross E. Dunn, Yayasan Obor Indonesia, RM 96
111. Cheng Ho, Penyebar Islam Dari China Ke Nusantara, Tan Ta Sen, Penerbit Kompas, RM 80
112. 30 Pendekar Dan Pemikir Islam Dari Masa Ke Masa, Imam Munawwir, Pt Bina Ilmu, RM 80
113. Ensiklopedia Tokoh Muslim, Ahmad Rofi’ Usmani, MIZAN, RM 125
114. 100 Muslim Paling Berpengaruh Sepanjang Sejarah, Muhammad Mojlum Khan, MIZAN, RM 110
115. Seratus Muslim Terkemuka, Jamil Ahmad, Pustaka Firdaus, Rm 70
116. Kisah Para Wali, Muhammad Ali, Al-Azhar, RM 65
117. Para Panglima Islam Penakluk Dunia, Muhammad Ali, Ummul Qura, RM 88
118. Para Penakluk Muslim Yang Tak Terlupakan, Tamir Badar, Al-Kautsar, RM 60
119. Pahlawan Islam Penguasa Lautan, Syaikh Abdul Aziz Az-Zuhairi, Al-Kautsar, RM 55
120. Jenderal Islam Paling Berpengaruh Sepanjang Sejarah, Nabawiyah Mahmud, Al-Wafi, RM 30
121. Istanbul Ibu Kota Tiga Imperium Agung Dunia, John Freely, Alvabet, RM 88
122. Kairo Kota Kemenangan, Max Rodenbeck, Alvabet, RM 56
123. Cobaan Para Ulama 29 Kisah Ulama Besar, Syaikh Syarif Abdul Aziz, Al-Kautsar, RM 60
124. Imam Al-Junaid Al-Baghdadi Pemimin Kaum Sufi, Dr Ali Hassan Abdel-Kader, Diva Press, RM 64
.
SELEKSI SIRAH NABAWIYYAH
125. Kisah Shahih Para Nabi, Al-Hafizh Ibnu Katsir, PIS, RM 249
126. Kisah Para Nabi, Ibnu Katsir, Ummul Qura, RM 120
127. Sirah Nabawiyah, Syaikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri, Ummul Qura, RM 110
128. Sirah Nabawiyah, Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi, Senja Media Utama, RM 95
129. Harta Nabi Saw, Dr Abdul Fattah As-Samman, Al-Kautsar, RM 107
130. Sirah Nabawiyah, Ibnu Hisyam, Darul Falah, RM 160
131. Dan Muhammad Adalah Utusan Allah, Annemarie Schimmel, Noura, RM 90
132. Muhammad Sebagai Manusia Dan Nabi, M.A. Salahi, Mitra Pustaka, RM 88
133. Nurul Yaqin, Sirah Nabi Muhammad Saw Pemimpin Para Rasul, Muhammad Al-Khudairi Bek, Ummul Qura, RM 80
[ UNTUK PEMBELIAN/PERTANYAAN ]
http://www.wasap.my/+60138373587/IBR
[ UNTUK PEMBELIAN ]
1- Pilih Tajuk dan Nyatakan Kuantiti,
2- Hantar Maklumat Lengkap Shipping;
NAMA PENUH:
ALAMAT DELIVERY:
NO. TELEFON:
EMAIL:
UNTUK PEMBAYARAN
1- Hanya perlu buat bayaran setelah parcel pesanan buku anda siap untuk delivery
2- Pihak Operasi Fulfilment IBR akan mengirim maklumat bayaran beserta invoice pada hari Shipping & Delivery
3- Jadual Shipping
Isnin & Khamis Setiap Minggu Melalui
POS LAJU ( Untuk Berat 2kg ke bawah)
KTM DISTRIBUTION ( Untuk Berat 2kg ke atas)
4- Tempoh
3-5 Hari Bekerja
ORIGIN: PENANG
#islamicbookrepublic