Cerita Hantu bunuh diri
Alkisahnya, Dulu orang asia sahaja kot ada Hantu perempuan berambut panjang dan berbaju putih, jika di Malaysia hantu puntianaklah, tapi lepas filem The Ring popular, maka dah banyak hantu rambut panjang muncul di pasaran antarabangsa.
Bagi yang belum tahu, apa itu Hantu The ring, ianya adalah Hantu rambut panjang yang paling mencetus keseraman peminat filem seram kerana Hantu itu merangkak keluar dari TV dan membunuh penonton dengan renungannya.
Filem dari Jepun ini popular hingga ada Sambungan part 2, malahan Mat saleh pun buat remake filem hantu ini versi Hollywood.
Saya bukanlah penggemar filem seram, Cuma waktu PKP baru baru ini, tersebar berita pelakon jepun, filem The Ring itu, telah mati membunuh diri, sebelum tu pelakon jepun juga, dari filem Attack of Titan mati membunuh diri, dan dengar cerita, Tahun lepas saja ada 4 orang artist Jepun yang telah bunuh diri. Bayangkan pelakon yang cantik, kaya dan glamour pun boleh bunuh diri, apatah lagi orang yang tak ada apa-apa?
Untuk pengetahuan anda, Jepun ni menduduki carta top ten negara paling banyak kadar bunuh diri, dan dikatakan waktu PKP, bila rakyat duduk rumah, kadar bunuh diri mulai berkurang. Rupanya orang jepun lebih bahagia bila tidak bekerja.
Menurut Kajian yang saya pernah baca akan factor kenapa bunuh diri berlaku di Jepun, adalah kerana tekanan untuk kekalkan di tempat kerja, selain masalah cinta dan buli.
Untuk itu di stesen tren yang utama sudah dipasang banyak lampu biru dan cermin berdekatan dengan platform. Ini kerana tempat itu menjadi medan yang kerap orang jepun membunuh diri.
Kajian mendapati Lampu biru bertindak sebagai medium penenang manakala pantulan imej diri pada cermin memberikan peringatan kepada bakal mangsa bunuh diri agar ‘cermin diri’ dengan melihat seluruh diri kita dari kejauhan dan selamatkan diri sendiri sebagaimana orang lain ingin diri mereka di selamatkan.
Rujuk negara kita, kadar bunuh diri yang rendah, iaitu sangat jauh jika nak berbanding negara lain. Tak dapat tidak kita nafikan, suasana negara kita yang di kelilingi masyarakat yang mudah redha serta bersykur, amat membantu.
Jika kita dikelilingi orang yang suka mengeluh dan mengritik, akan jadi barah dalam diri yang meracun jiwa.
Maka untuk itu, pilihlah kawan atau suasana orang yang selalu sabar, redha, dan untunglah mereka yang di kelilingi orang yang selalu bersukur.
Best sangat jika orang yang dekat dengan kita jenis Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.
Suami isteri yang bersyukur akan wujudkan suasana rumahtangga yang aman damai, hingga semua ahli rumah bersyukur atas sekecil kecil rezeki.
Kemampuan bersyukur waktu senang ramai orang boleh buat, tapi lebih tinggi darjat kita adalah waktu di uji susah pun bersyukur, dan anggap ujian sebagai rezeki yang dapat menaikkan Darjat, meluaskan Syurga dan menjauhkan dari azab api neraka!
Saya selalu pesan pada isteri waktu susah, jika beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api neraka dan masukkan kita ke syurga yang kekal abadi, alangkah indahnya penderitaan ini!
Alhamdulillah, semua ini rezeki Allah.
Bercerita tentang rezeki, saya terbaca rakan FB saya Kamal Zharif Bin Kamaludin menulis, di Jepun tiada kefahaman tentang REZEKI, sebab kita faham REZEKI itu dari Tuhan!
Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, tapi di Jepun tiada ruang untuk REZEKI sebab kebanyakkan dari mereka tiada agama.
Kita bila cerita bab rezeki, terus otak kita kaitkan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi. Tapi di jepun, kata si penulis, yang berkawan dengan orang Jepun. Telah bertanya:
"Kalau bahasa Jepun, apa perkataan untuk rezeki?"
"Hmm, nampak macam tiada."
"Mungkin perkataan paling dekat ialah 'megumi'."
(Megumi(恵み) maksudnya 'blessing')
Rupanya Perkataan 'megumi' pun jarang disebut dalam kehidupan harian orang Jepun yang mana berbanding orang kita, perkataan rezeki itu tak perlu lagi dibuat perbandingan perkataan. Rezeki adalah rezeki. No any other word for explanation.
Datang ke Jepun, perhatikan sahaja ucapan-ucapan yang dikeluarkan, baik dalam program realiti ataupun drama, tiada langsung menyebut tentang rezeki. Tak pelik sebab Di Jepun hanya 20% sahaja mengakui diri mereka beragama. Lagi 80% tidak menjadikan agama sebagai elemen penting dalam kehidupan.
Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL, maka mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress hingga mereka memilih menamatkan nyawa.
Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.
Bila kita di buli, sedarlah bahawa Alah sedang uji saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal. Malahan saya akan bersyukur kerana di jalanan saya melihat lebih ramai orang jauh menderita dari saya. Saya bukanlah orang yang berada di puncak penderitaan. Rujuk sejarah, ramai lagi orang yang sedang menderita macam Sahabat Nabi di seksa tapi masih dapat menjada REZEKI keimanan mereka.
Bagi mereka yang putus cinta, ingatlah semua orang yang kita sayang akan mati, Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmatnya lebih besar dari dicintai semua bidadari.
Bagi yang gagal dalam apa jua bidang, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.
Ayuh!
"Gambatte kudasai Otsukaresama desu."
(Selamat berusaha bersungguh-sungguh. Terima kasih atas usaha yang keras)
Woha!
Ps: Sungguh bersyukur dengan baki nikmat yang ada;- juga adalah maksud hidup, dapat hayati ini maka segala kesusahan akan menjadi ringan. InsyaAllah.
(Hari ni ramai mesej beli buku abang keretamayat, terima kasih semua sudi izinkan buku abang mayat tersusun menemani hidupmu yang penuh rezeki kesyukuran-Chewah, kagum dari jauh!)
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過15萬的網紅Zarul Umbrella,也在其Youtube影片中提到,Extended version of Amy Mastura Raya Edition Special Video ini merupakan gabungan dua bideo saya bersama Amy Mastura sebelum ni ditambah dengan "edit ...
「seram asia」的推薦目錄:
- 關於seram asia 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於seram asia 在 AKU Sis Lin Facebook 的精選貼文
- 關於seram asia 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於seram asia 在 Zarul Umbrella Youtube 的最佳解答
- 關於seram asia 在 MeleTOP Youtube 的最佳解答
- 關於seram asia 在 David Teo Youtube 的最讚貼文
- 關於seram asia 在 Seram Island - Wikipedia, the free encyclopedia - Pinterest 的評價
- 關於seram asia 在 Video unavailable - YouTube 的評價
- 關於seram asia 在 The Alifuro tribe lives in the Island Seram in the #maluku in ... 的評價
seram asia 在 AKU Sis Lin Facebook 的精選貼文
Pusat beli-belah komuniti IPC dan IKEA Southeast Asia memperkenalkan pengalaman beli-belah menerusi laman mikro Super Seram Sale berbilang saluran selama sebulan.
Dengan inisiatif ini, pembeli mempunyai pilihan untuk mengunjungi pusat beli-belah sendiri atau menggunakan khidmat pembeli peribadi menerusi rakan beli-belah rasmi IPC atau GoGet.'
Baca lagi: https://www.sislin76.com/2020/11/pusat-membeli-belah-ipc-dan-ikea-ubah.html?m=1
#ikeamalaysia #ikea
seram asia 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
10 filem zombie paling best
Bila duduk berkurung dirumah, dan wabak sedang merebak di luar, layan filem zombie menambah insaf untuk kita tidak merayau, jadi saya senaraikan 10 filem zombie yang best bagi saya.
1. The Night Eats the World (2018)
Mula mula korang boleh layan filem Perancis berbajet rendah ni, tapi feel dia sampai, Kisah simple lelaki terakhir di bumi, sunyi yang mencekam hingga zombie dalam filem ini juga bisu, tiada roar…, lalu hero hanya mengurung diri dalam rumah, dan mengurung jiran yang jadi zombie untuk ajak bercakap. Ada jugak cubaan hero untuk berkawan dengan kucing tapi risiko ada kawan di waktu wabak zombie amat merbahaya. Dalam kesunyian, hero sempat bekarya dengan hasilkan muzik indah guna barang terpakai. Lalu muncul seorang wanita dengan idea berbeza, kata wanita itu: nak teruskan hidup, kena pindah randah jadi nomad, tapi hero pulak, prinsip hidup dia, kekal selesa di satu tempat sahaja, tiba tiba ada plot twist, aduh, sedihlah pulak. Layan!
2. The Rec (2007)
Jika filem French tadi bosan sebab tak ramai pelakon dan terlalu sunyi, jom layan filem Spanish ini, kisah Wartawan buat dokumentari pahit getir ahli bomba, dan ikut ahli bomba ke lokasi kecemasan, sekali ada virus zombie kat sana, Feel cemas movie ini sampai sebab rakaman guna hanya video cam. Oleh sebab filem Spanish ini sangat best, Holywood buat remake bertajuk Quarantine (2008) sama jer jalan cerita Cuma bajet lebih mahal dan bercakap English.
3. Train to Busan (2016)
Dari Spanish, kita terbang ke Korea, jom tengok kisah orang asia dan anak kesayangan terperangkap dalam keretapi yang wabak zombie sedang merebak, ruang keretapi yang sempit mencemaskan lagi babak serangan zombie. Filem zombie terbaik asia!
4. World War Z (2013)
Dari Korea kita pulang ke tempat asal usul Zombie yang mana Wabak zombie di gambarkan pada skala besar, hero menjelajah dunia mencari penawar, pergi Korea tapi semua dah jadi zombie hingga bom nuclear meletup, dan begitu pantas viris ini merebak seluruh dunia, dan bagaimana yahudi membina tembok tinggi di Palestin demi mencegah zombir panjat dinding!Kelemahan filem ini, zombienya kurang kejam tak berdarah sangat, lebih kepada nak menjangkitkan viris sahaja, tapi dengan bajet filem ini yang mahal, bolehlah kita tengok serangan zombie pada skala global.
5. Dawn of the dead (2004)
Oleh sebab filem War of Z tadi zombienya kurang ganas, dan lokasinya terlalu luas, apa kata kita layan Kisah sekumpulan manusia berlindung dalam pasar raya apabila wabak zombie merebak di sebuah bandar, maka di pasaraya semua ada, makanan, hiburan, dan macam macam, tapi manusia bila tamak, tingkat pasaraya pun berebut, hingga terpaksalah guna hokum rimba, yang kuat akan menindas yang lemah, dan walaupun di pasaraya semua ada tapi manusia tetap rindukan alam semula jadi, lalu mereka plan nak lari ke pulau, dan bermulalah masalah. Filem ni semua zombie layak mendapat anugerah pelakon pembantu terbaik. Tapi sayang ada dua tiga saat babak seks, mandi bogel, membuatkan filem ni tak sesuai untuk tontonan keluarga. Aduh.
6. 28 days later (2002)
Filem zombie di pasar raya tadi jika zombie gigit orang, masa nak bertukar jadi zombie tu makan masa beberapa jam, jadi masih boleh ikat mangsa gigitan tunggu dia mati dan tembak bila dan bertukar, tapi ada filem lagi seram, 20 saat lepas gigit terus jadi zombie, 28 days later ni memang zombienya ganas walaupun bajet file mini murah tapi feel seram tu sampai.
Babak awal lelaki berbogel koma di hospital, bila sedar dari koma, seluruh dunia tiada orang, heropun merayau cari orang tapi tak jumpa, rupanya semua dah jadi zombie yang aktif pada waktu malam. Kisah sisi jahat manusia bernama lelaki bila dah lama gersang tiba tiba jumpa perempuan. Pelakon tak ramai, tapi suasana ancaman zombie dan ancaman manusia jahat itu ‘sampai’.
7. The girl with all the gifts (2016)
Dari Hollywood, kita layan pula filem British, yang mana satu sudut dunia, ada harapan untuk kanak kanak di zaman virus merebak, lalu kajian sains menemukan zombie ini boleh dikawal kepada kanak kanak yang IQ tinggi, tapi begitulah, bukan semua rancangan manusia itu terjadi dengan baik, lalu kanak kanak ini memberontak!
8. Zombieland (2009)
Dah penat layan keseraman filem zombie, cari filem yang ringan sikit:
Apa akan berlaku jika dalam dunia ini hanya tingga empat orang manusia sahaja bersama ribuan zombie, empat manusia tu pulak sangat berbeza personality buatkan mereka bergaduh dan terpaksa berdamai, dan gaduh lagi, begitulah. Ceroita ni tak seram, zombie versi kreatif dan kelakar. Layan!
9. Shaun of the dead (2004)
Ok, tak cukup kelakar filem Zombieland sebab pelakon tak ramai? Jom layan Filem ini, masih ada ruang untuk ketawa dalam wabak zombie.
10. Land of the dead (2005)
Apa? Tak suka filem zombie yang kelakar, dan tak suka juga filem zombie yang terlalu ganas, nak yang sedan sedan sahja, hmmm, kena rujuk bapa zombie si Gorge Romero.
Maka bolehlah layan filem ini, fokos pada pasca zombie yang mana lepas dah lama zombie merebat, maka masyarakat terbahagi kepada dua, ada kisah kapatalist yang dapat layanan istimewa di zaman zombie, mereka duduk dalam bangunan mewah, bebas dari zombie, orang miskin pula terpaksa berjuang melawan zombie di luar pagar, maka sifat tamak manusia, dendam dan dengki pada orang kaya, dan mahu susah sama sama, maka usaha untuk buka pagar agar zombie serang golongan kaya agar semua susah sama sama. zombie dalam filem ni dah mula berelovasi serta bereformasi hingga dah nak pandai guna senjata.
Baik, demikianlah 10 filem zombie buat modal berjaga jaga dengan wabak serta virus, banyak lagi filem zombie lain tapi 10 ini bagi saya menghiburkan, feel nya sampai, dan boleh layan dua kali, jika durasi filem korang rasa pendek sangat sebab 1 jam setengah tak sempat nak karaktor development, maka boleh layan drama zombie.
Untuk drama saya layan Walking dead, tapi cukuplah episod Rick vs Gebenor kat penjara tu, lepas Rick lari dari penjara rasanya dah meleret leret sebab Rick asyik buat silap yang sama dan zombie lepas zaman penjara tu dah tak rasa ancaman sangat, makin slow dan sangat mudah dibunuh.
Mujur ada drama Kingdom dari Korea kisah zombie ganas, laju, mudah berjangkit dan oleh sebab filem tu zaman purba maka lebih susah nak bunuh dan perebutan takhta raja di zaman itu menambahkan dramatic drama tersebut. (tolong jangan tulis spoiler drama kingdom sebab saya belum habis menonton)
Sekian, ulasan filem zombie dari saya, seram juga menulis artikel ini di waktu perintah berkurung, jiran yang sunyi, larangan bebas bergerak, tiada terdengar azan, tiada bunyi kereta macam biasa.
Kena ambik wudhu, baca al quran, solat hajat, minta Allah selamatkan kita semua dari virus dan wabak.
Amin ya Rabbil alamin.
Ps: Ada penyakit akhir zaman yang merbahaya kata Nabi, namanya WAHAN, iaitu cinta dunia dan takut mati, apa tandanya? Layan semua filem zombie berjam jam ada masa, tapi nak solat, baca al quran tak ada masa, aduh.., pesan pada diri sendiri.
#hamkafilm
seram asia 在 Zarul Umbrella Youtube 的最佳解答
Extended version of Amy Mastura Raya Edition Special Video ini merupakan gabungan dua bideo saya bersama Amy Mastura sebelum ni ditambah dengan "edit semula" bbrp bahagian yg melucukan serta bbrp footage "beauty shot" dr Amy dan juga bloopers2 yg lawak
seram asia 在 MeleTOP Youtube 的最佳解答
Memang powerrrrr betul gandingan Naqiu & Vanessa Reynauld dalam lagu Rindu Separuh Nyawa ni! ? Korang dah dengar ke?
#MeleTOP
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
seram asia 在 David Teo Youtube 的最讚貼文
Ini antara 6 hantu yang paling seram di Malaysia. Mungkin ramai yang pernah mengalami pengalaman ini, cuba share di ruangan komen jika ada.
6 Penyakit Yang Akan Menimpa Umat Akhir Zaman
https://www.youtube.com/watch?v=mweWb...
Top 6 Wanita Paling Hebat Di Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=SP0fY...
6 Senarai Haiwan Yang Terancam Di Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=6b2vo...
Tempat Seram Di Asia
https://www.youtube.com/watch?v=Bc7Io...
Inilah Antara Selebriti Yang Mempunyai Rumah Paling Mewah
https://www.youtube.com/watch?v=uTG-f...
#Top6 #HantuPalingSeram #HantuMalaysia #trending #viral #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth #MigMovie
====================================================
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
seram asia 在 Video unavailable - YouTube 的推薦與評價
pengalaman seram Di asrama unikL. Nurin Farzana. Nurin Farzana ... kisah seram asrama. Nurin Farzana ... National Geographic Asia. ... <看更多>
seram asia 在 The Alifuro tribe lives in the Island Seram in the #maluku in ... 的推薦與評價
The Alifuro tribe lives in the Island Seram in the #maluku in #Indonesia. They are know as the tribe who believes in #animalism. They live in the... ... <看更多>
seram asia 在 Seram Island - Wikipedia, the free encyclopedia - Pinterest 的推薦與評價
Mar 24, 2016 - Seram (formerly spelled Ceram; also Seran or Serang) is the largest and main island of Maluku province of Indonesia, despite Ambon Island's ... ... <看更多>