Assalamualaikum semua.
Mama Papa yang sentiasa diRahmati ALLAH SWT.
Setakat pengalaman dan pengamatan, apabila ditanya kepada mana-mana ibu bapa, semua mahu berikan yang terbaik buat anak-anak mereka.
Nak berikan pakaian paling cantk & selesa
Nak sediakan makanan yang berkhasiat & sedap.
Nak berikan pendidikan yang terbaik.
Nak anak-anak jadi hafiz & hafizah..
Cuma kita rasa belum dapat capai kesemuanya.
Sebab… untuk menjadikan anak-anak cemerlang dunia akhirat, cerminan diri ibu bapa.
“Ditengking, diherdik, dipukul,disbanding-bandingkan dengan anak orang lain”
Ini semua pengalaman yang kita tak mahu wariskan pada anak-anak kesayangan.
Kalau membuat kuih muih juga perlu diayak, disukat, diadun dan diacu mengikup resipi, inikan pula membentuk peribadi anak.
Perlu ada rujukan, perlu ada pemerhatian.
[JURNAL MEMANDANG ANAK-ANAK DENGAN KASIH SAYANG]
InsyaAllah.. journal ini kita buat sama-sama untuk memantau dan membentuk peribadi cemerlang anak-anak dengan penuh kasih sayang dan saling menghormati.
Tiada apa yang lebih baik, apabila anak-anak tahu menghormati serta menghargai ibu bapanya sebaik mungkin, dalam apa jua keadaan.
{PERCUMA}
1) Untuk 200 oarang terawal, dengan setiap e-Jurnal ini, Ibu Bapa Magik akan menerima ebook 7 Tips Mendidik Anak-Anak Gembira dan Tenang bernilai RM39.00.
2) Sesi istimewa menelaah ejurnal bersama Dr. Atiyah Azmi (Mama Tiyah), insyaALLAH untuk memahami dengan lebih jelas eJurnal ini. Dr. Atiyah juga amat sinonim dengan jemputan sebagai speaker berkaitan parenting, kerana latar belakang, pengalaman dan bidang kerjaya dalam pendidikan, komunikasi dan emosi anak-anak.
Boleh dapatkan di FB Page MAMA TIYAH MAGICAL PARENTING.
Selamat menikmati kehidupan Bahagia, Tenang & Gembira bersama anak-anak tercinta.
Terima Kasih
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam viral! ? . Kita sedia maklum kinek tok zaman media sosial, kata org zaman fitnah, manusia kaki viral nok sik berfaedah mcm dlm video tok adalah ...
sinonim bahagia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
Apa Kaitan Dewi Nuwa Dengan Yee Sang?
Di dalam perayaan tahun baru Cina sebenarnya terdapat satu kepercayaan di dalam mitologi Cina tentang penciptaan manusia di dunia yang dikenali ‘Renri’ (penciptaan manusia). Lagenda Cina menyebut yang menciptakan manusia adalah seorang dewi yang dikenali sebagai Nuwa, imejnya digambarkan seorang dewi yang berkepala manusia dan berbadan ular.[1]
Diceritakan bahawa setelah Dewa Pangu memisahkan langit dan bumi, Dewi Nuwa berjalan-jalan di dunia. Walaupun dunia ini sudah mempunyai gunung, pokok, rumput dan haiwan, namun, Dewi Nuwa merasakan dunia ini masih rasa serba kekurangan. Pada suatu hari, ketika dewi Nuwa berjalan-jalan di bumi, dia terasa sangat sepi. Maka, dia memutuskan untuk mencipta sesuatu yang boleh memakmurkan dunia.[2]
Pada hari ketujuh pada tahun baru, ketika berjalan-jalan dipinggir Sungai Kuning, Dewi Nuwa mengambil lumpur lalu diciptakan patung dari tanah liat. Dewi Nuwa menghembuskan nafas kepada patung lumpur tersebut, lalu patung-patung itu hidup. Mereka boleh berjalan, bersuara dan sangat cerdik. Lalu Nuwa memberikan nama kepadanya sebagai ‘manusia’. Dia juga memberikan ciri-ciri Yin dan Yang kepada manusia pertama itu, Yang (adalah lelaki) kepada beberapa buah patung itu. Mereka terus menjadi kaum lelaki yang kuat. Kemudian, dia memberikan unsur Yin (perempuan) pula kepada patung-patung yang lain. Mereka terus menjadi kaum wanita yang lemah lembut. Lelaki dan wanita yang hidup itu terus bergembira dan bersuka ria. Bumi pun menjadi lebih makmur.
Nuwa ingin menjadikan manusia memenuhi seluruh bumi. Namun, untuk menghasilkan manusia dengan tangannya akan memakan masa dan Nuwa sendiri merasa terlalu penat. Jadi, dia menggunakan cara lain untuk menghasilkan manusia dengan cepat. Dia mengambil tali dan mencelupnya di dalam lumpur dari dasar sungai, kemudian dia melibaskan tali tersebut sehingga lumpur bertaburan jatuh ke bumi, lalu lumpur itu menjadi manusia. Dengan yang demikian, manusia telah dihasilkan dengan banyak sekali sehingga memenuhi seluruh bumi.[3]
Manusia yang diciptakan pada awalnya dengan tangan sendiri adalah kaum bangsawan dan yang kemudian diciptakan dari gumpalan tanah liat yang dikibaskan memakai tali adalah rakyat biasa.[4]
Peringatan Pada Hari Ketujuh Tahun Baru
Dan hari ketujuh pada bulan pertama dikenali sebagai "hari jadi" semua manusia. Ia sempena peringatan penciptaan manusia oleh Dewi Nuwa pada hari ketujuh. Dewasa ini, hari ketujuh pada bulan pertama, hari kejadian manusia ini diraikan sebagai sebahagian daripada Tahun Baru Cina.[5]
Orang Cina akan meraikan hari tersebut dengan menyediakan makanan bertuah pada tahun baru seperti "tujuh sup sayuran" (七 菜羹), "tujuh sayuran sayur" (七 菜粥) dan "jidi congee" (及第 粥) disediakan khusus untuk memperingati hari manusia diciptakan.
Akan tetapi rakyat Cina Malaysia dan Singapura pula agak berlainan gayanya dengan memiliki "ikan mentah tujuh warna" (七彩 魚 生) atau dikenali sebagai Yusheng atau Yee Sang.[6]
Makanan-makanan ini akan dipadankan dengan tujuh warna atau tujuh jenis sayuran yang berlainan sebagai simbolik kepada mitos Dewi Nuwa menciptakan manusia pada hari ketujuh.Gaya makanan ini berbeza-beza mengikut tempat dan simbolik mereka memberi makna kepada tujuh.
Sejarah Yee Sang Di Malaysia
Perayaan hari jadi manusia pada hari ketujuh diraikan oleh masyarakat Cina. Masing-masing memiliki gaya persembahan kepada makanan simbolik hari ketujuh itu. Amalan ini dilakukan terutama sekali oleh masyarakat Cina di sebelah timur iaitu Kanton, China terutama pada zaman dinasti Song. Masyarakat Cina disebelah Timur ini (Kantonis) ramai dikalangan mereka adalah nelayan. Oleh itu mereka memiliki gaya persembahan makanan pada ‘hari jadi semua manusia’ itu dengan menyediakan isi ikan mentah dikelilingi dengan tujuh jenis atau warna sayur disekeliling. Ia dikenali sebagai Yee Sang.
Pada abad ke 19 M masyarakat Cina di sebelah wilayah Timur inilah yang ramai berhijrah ke negara-negara Asean termasuk Malaysia dan Singapura.[7] Oleh itu pemakanan Yee Sang ini berlaku inovasi di Malaysia sehingga ia dianggap makanan penting pada tahun Baru. Ia dikatakan dipopularkan Loke Ching Kee, datuk kepada Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, pada tahun 1940-an.
Antara beberapa perkara baru yang diperkenalkan oleh beliau, makanan ini dimakan pada awal Tahun Baru Cina. Loke Ching Kee menyediakan Yee Sang pada hari keempat hingga ketujuh Tahun Baharu Cina di kedainya di Jalan Kong Sang, Seremban. Mereka melakukan acara melambung Yee Sang sambil melaungkan “Lou Hei” yang bermaksud gaul naik.
Mereka juga mengucapkan doa seperti kata-kata yang baik seperti “semoga bertambah rezeki”, “semoga panjang umur”, “semoga keluarga bahagia” dan sebagainya. Ia dihidangkan dengan mencampurkan tujuh jenis warna juadah yang berlainan seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka sayur-sayuran dan aneka sos serta ramuan lain.[8]
Pada asalnya makanan ini adalah signifikan kepada kepercayaan Dewi Nuwa yang menciptakan manusia. Akan tetapi pada hari ini ia menjadi makanan yang sinonim dengan Perayaan Tahun Baru itu sendiri.
Kesimpulan
Yusheng atau Yee Sang bukanlah makanan baru dikalangan orang cina. Cuma gaya makanan baru yang diperkenalkan itu hanyalah resepi dan juga gaya ketika memakannya. Banyak perbahasan mengenai Yee Sang ini dikatakan telah berlaku perubahan dari bentuk ritual keagamaan kepada amalan budaya. Ada beberapa perkara perlu dirincikan:
1) Ia berasaskan kepada kepercayaan agama tradisi Cina iaitu kepercayaan Dewi Nuwa mencipta manusia dan Yee Sang dibuat untuk menghormati peristiwa tersebut (Renri).
2) Berdoa ketika melambung Yee Sang “Lo Hei” mengangkat tinggi dan berdoa perkara yang baik-baik adalah amalan baru yang dilakukan pada tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura.
3) Hanya memiliki 7 warna dan tidak boleh dikurangkan atau ditambah. Setiap warna memiliki maksud tertentu. Warna-warna ini juga memberi simbolik kepada hari ketujuh penciptaan manusia oleh Dewi Nuwa.
4) Makanan Yee Sang hanya boleh dijumpai pada Hari Raya Cina sahaja dan tidak pada hari lain. Tidak sama dengan konsep ketupat, rendang dalam perayaan Aidilfitri kerana pada hari-hari lain juga makanan ini sentiasa ada dijual dan boleh dimakan. Tetapi tidak pada Yee Sang.
Dari kalangan muslim, kami meraikan pendapat yang mengatakan harus melakukan Lo Hei sambil melambung Yee Sang dengan mereka membawa hujah ia adalah amalan budaya. Akan tetapi hujah di atas ini menerangkan kembali mengenai amalan itu samada ia dilakukan berdasarkan budaya atau ritual keagamaan. Kami melihat ia lebih berbentuk kepercayaan agama (Chinese Folk Religion).
Notakaki:____________________
[1] Lihat E.T.C Werner, (2016). Myths and Legends of China, Dover Publications, New York, hlm 81
[2] Lihat Chen Lianshan (2011). Chinese Myth And Legend, Cambridge University Press, UK, hlm 10
[3] ibid
[4] New World Encylopedia, Nuwa,- http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Nuwa
[5] Lihat : http://culture.people.com.cn/BIG5/40472/55544/55547/55554/3865273.html
[6] Lihat: https://web.archive.org/web/20120703125636/http://www.zaobao.com/chinese/region/singapore/festival/singapore_festival300101.html
[7] Lihat : http://ieatishootipost.sg/the-history-and-origins-of-yu-sheng-an-editorial/
[8] Lihat Mohamad Tajuddin dan Cheah Ding Ding, (2011). Kepincangan Perumahan Malaysia: Adat dan Ritual Kaum Cina, UTM Press, Johor, hlm 62
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
sinonim bahagia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Apa Kaitan Kuih Bakul Dengan Dewa Dapur?
Kuih Bakul merupakan kuih yang terkenal di dalam budaya cina terutama pada tahun baru Cina. Kuih ini juga dikenali dengan nama “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud kuih dan di dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud tinggi yang melambangkan erti semakin bertambah tahun semakin tinggi (年年高升/niánnián gāoshēng) yang bermakna “setahun lagi kehidupan, meningkat lagi kemajuan”
Kuih ini diperbuat daripada beras pulut yang tumbuk sehingga halus dan dicampur dengan beberapa ramuan lain sehingga menjadi melekit dan manis seperti dodol. Kuih ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja akan tetapi ia terkenal pada tahun baru disebabkan terdapat kepercayaan di sebalik tahun baru berkaitan dengan dewa mereka.[1]
Ini kerana bagi masyarakat Cina yang berkepercayaan Daoisme, mereka percaya setiap akhir tahun sebelum menjelang tahun baru, Dewa Dapur akan naik ke langit untuk untuk membuat laporan mengenai sesebuah keluarga di rumah itu kepada Dewa Tertinggi iaitu Yu Huang Da Di atau The Jade Emperor di langit. Ini kerana, kebiasaan orang Cina mereka akan menyembah dewa dapur di rumah mereka. Dewa Dapur dikenali dengan beberapa sebutan seperti Zao Shen, Zào Jūn Gōng atau Cao Kung Kong (bahasa hokkien) adalah salah satu di antara dewa-dewi yang termasuk dalam kategori Dewa Penjaga Rumah.
Kebiasaanya masyarakat cina akan menyediakan sebuah altar yang dilokasikan di arah utara atau timur di bahagian dapur rumah mereka dan gambar Dewa Dapur digantung di tengah-tengahnya. Bagi mereka yang tidak memasang altar, biasanya mereka akan menggantung gambar dewa sahaja di dapur. Adapun sebahagian daripada mereka mengkritik perbuatan meletakkan altar dewa di dapur di atas beberapa faktor tetapi secara umumnya masyarakat Cina yang mempercayainya akan menggantungkanya di dapur.
Ini kerana masyarakat Cina memiliki kepercayaan bahawa Dewa Dapur ini akan melaporkan hal yang berlaku di rumahnya kepada dewa tertinggi di langit maka sehubungan dengan itu ia hendaklah dipastikan bahawa khabar yang dibawa itu dari yang baik-baik sahaja. Untuk itu, masyarakat cina akan membuat kuih bakul ini sebagai makanan utama yang digunakan untuk persembahan upacara sembahyang kepada dewa Dapur (Jie Sie Siang Ang), iaitu dilakukan enam hari sebelum tahun baru.
Dipercayai kuih manisan yang melekit ini dipersembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ia dapat memaniskan serta melekitkan mulutnya semasa Dewa Dapur pergi ke syurga untuk memberi laporan tahunan kepada Maha Dewa Syurga (The Jade Emperor) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi laporan yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut.[2] Dari kepercayaan inilah tradisi kuih bakul dijadikan kuih utama di kalangan masyarakat cina sebelum perayaan tahun baru.
Sejarah Dewa Dapur
Kisah Dewa Dapur ini memiliki beberapa versi dan memiliki sedikit perbezaan di antara satu sama lain. Diceritakan pada asalnya beliau merupakan seorang manusia biasa sahaja dan di alam dunia dahulu beliau dikenali sebagai Zhang Lang. Diceritakan pada zaman dahulu sekitar abad ke 2 SM terdapat seorang pemuda yang kaya raya bernama Zhang Lang, yang memiliki tanah yang luas dan haiwan ternakkan yang sangat banyak.[3] Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang baik hati dan bijaksana. Kehidupan mereka berjalan dengan bahagia sehinggalah sampai pada suatu ketika dikatakan Zhang Lang mengambil isteri kedua yang memiliki sifat buruk dan dengki serta memiliki banyak tipu muslihat. Akibat dari pengaruh yang dari hasutan isteri kedua ini, Zhang Lang kemudian menceraikan isteri yang pertama.[4]
Pada satu hari, Zhang Lang mabuk dan beliau memberi kesemua harta bendanya dan segala kekayaannya kepada orang ramai. Disebabkan hal itu beliau jatuh miskin sehingga mengemis meminta sedekah. Oleh disebabkan kemiskinan itu, isteri keduanya meninggalkannya lalu bersama dengan lelaki lain yang lebih kaya.[5]
Pada suatu hari pada musim sejuk, Zhang Lang yang kelaparan itu berjalan untuk mengemis dengan memasuki sebuah rumah besar untuk meminta sedekah makanan. Seorang pelayan di rumah itu menerimanya dengan ramah dan baik hati serta membawanya ke ruang dapur untuk memberinya makan. Zhang Lang di khabarkan oleh pelayan di rumah itu bahawa pemilik rumah besar itu adalah seorang janda yang baik hati dan gemar menolong orang yang miskin. Hal itu menimbulkan rasa kagum di dalam hatinya. Pada saat pemilik rumah itu datang menemuinya ketika makan, Zhang Lang terkejut besar setelah mengetahui bahawa pemilik rumah itu adalah bekas isteri pertamanya yang telah dicerai olehnya suatu ketika dahulu. Disebabkan beliau berasa amat malu di atas perbuatannya masa lalu, Zhang Lang tidak berani menemuinya, akhirnya dia bersembunyi di dalam sebuah tungku dapur dan berada di situ sehinggalah dia mati terbakar menjadi abu.
Ketika isterinya mengetahui bahawa orang yang hangus terbakar di dalam tungku dapur itu adalah suaminya sendiri, maka beliau sangat sedih, dan akhirnya meninggal dunia kerana kesedihannya itu. Ketika dewa tinggi iaitu Dewa Tai Shang Lao Jun mengetahui peristiwa ini, beliau sangat terkesan atas ketulusan hati Zhang Lang yang berani menebus kesalahannya sehingga sanggup mati hangus terbakar di dalam tungku dapur itu, maka beliau mencadangkan kepada dewa tertinggi Maharaja Jed untuk mengangkat Zhang Lang menjadi Dawa Dapur dan dinamakan Zao Jun atau Zao Shen. Lalu setelah itu beliau dilantik menjadi dewa Dapur.[6]
Selain dikenali dewa Dapur, beliau juga dikenali sebagai dewa api. Tugasnya adalah untuk melaporkan segala perkara yang terjadi di dalam sesebuah keluarga kepada dewa tertinggi untuk menghakimi dan membalas baik buruk mereka. Oleh disebabkan orang cina inginkan dewa Dapur membawa khabar yang baik maka disediakan kuih bakul yang manis dan melekit itu untuknya.
Selain itu, kuih bakul juga sinonim dengan sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, dan selain tahun baru, biasanya ia juga dimakan selepas hari Chap Goh Meh, hari ke 15 dan penghabisan Tahun Baru Cina.
Kesimpulan
Kuih bakul adalah kuih yang terkenal dikalangan masyarakat cina malah selain masyarakat cina juga turut mengemari makanan ini tanpa tidak mengikut musim. Adapun dikalangan masyarakat cina mereka memiliki kepercayaan di sebalik kuih ini terutama pada perayaan tahun baru cina. Ia juga turut dihidangkan kepada para tetamu dan dimasak dengan pelbagai cara. Adapun kepercayaan kuih bakul yang dikaitkan dengan dewa dapur ini hanyalah wujud di dalam kepercayaan masyarakat cina. Dan iktikad ini tidak dipalitkan di atas kuih bakul semata-mata akan tetapi ia lebih kepada simbolik kepada mahu tibanya perayaan tahun baru yang mana hari pertukaran buku laporan yang dibawa oleh Dewa Dapur bagi setiap tahun.
Rujukan:
[1] Lihat Gai Guoliang, (2009). Exploring Traditional Chinese Festivals In China, Mc Graw Hill, Singapura, hlm 6
[2] Lihat Rongguang Zhao, (2015). A Hisotry of Food Culture in China, SCPG Publishing Corporation, New York, hlm 16
[3] Lihat Shri Bhagavatananda Guru, (2015). A Brief History of the Immortals of Non-Hindu Civilizations: In association with Aryavart Sanatan Vahini 'Dharmraj', Notion Press, India, hlm 155
[4] Sebahagian kisah mengatakan beliau tidak berkahwin dua tetapi beliau menceraikan isteri pertamanya kerana fizikal isterinya itu tidak cantik dan memalukan beliau dan dari sebab itu dia menceraikan isterinya.
[5] Lihat Patricia Bjaaland Welch, (Januari 2014). majalah Passage artikel The Kitchen God, Friends of Museums Singapore, hlm 12-13
[6] Lihat Ibid
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
sinonim bahagia 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
Salam viral! ?
.
Kita sedia maklum kinek tok zaman media sosial, kata org zaman fitnah, manusia kaki viral nok sik berfaedah mcm dlm video tok adalah mengarey. Nak kita bendung, olahan sidak sikpat dikontrol agik mungkin atas alasan sidak sik dpt menerima kekhilafan pada diri dan sekaligus menjadikan org lain di media sosial sebagai bahan pemuas nafsu, utk dianok SECARA membabi buta, tapi acting macam sidak dianiaya. Beberapa point Ngektsai kongsikan sitok berdasarkan video melalui SUDUT Ngektsai sebagai media sosial influencer ;
.
1 Jangan BERANGAN nak jadi terkenal jika maseh belum belajar menerima kekurangan diri. Kita sikdpt tutup mulut org, tapi kita ADA pilihan utk menjadi lebih baik. Jika org maseh mengutuk, mesti ada sesuatu sebab maka perbaiki lah diri. Mok femos, kakya molah stupid things, post, kenak kritik, alu mungkas ngereco! Stupid bah, dah cermin dirik? Sik maok dianok, siktahan dikritik, STOP memalukan dirik! Kakya mintak support org, padahal nok dipolah ya antap “EUW”?
.
2 Some ppl suka makei media sosial utk ngereco. Sukati ktk org, tapi ingat, SIK semua org suka nangga. Netizen akan rasa JIJIK dan BEBUAL dengan posting anda yg menjengkelkan sinonim dgn peribadi anda yg MAMPAH tapi sidak jarang nak madah. Sebab sidak mayb madah “Sik guna dilayan”
.
3 JIKA ngektsai adalah mangsa buli sosial, Ngektsai TIDAK akan peduli kerana Ngektsai tahu siapa Ngektsai, di mana Ngektsai berdiri dan JIKA ADA, mereka tersebut cuma BERANGAN utk mendapat publisiti murahan yg saya TIDAK akan layan sama sekali. U dont deserved my attention. Saya tak mahu disama jijik pada level mereka.
.
4 Manusia mcm kaki viral dlm video JANGAN dilayan. Sidak kekurangan kaseh sayang. Tips menjalani hidup tenang dan bahagia adalah, jgn bergaul dgn mereka seperti ini, BUANG mereka dari list kenalan anda. InsyaAllah kita akan bahagia. Sidak akan nganok org lain gila tapi yalah, kita nok sik gila tok sik tauk giney org gila. Nya jak tauk. Sila skrub hati anda nok kotor jijik ya. Ouch*
.
5. BELUM dlm rekod Ngektsai menggunakan platform SEBAGAI Ngektsai utk posting sesuatu yg secara terangan mengutuk/menghina mana2 keadaan/pihak. Kenapa? Sebab Ngektsai SIK sama seperti sidak kaki viral mcm dlm video yg TERDESAK perhatian. No wonder Tuhan sik berik sidak kelebihan menjadi famous. Tuhan lebih mengetahui.
.
6. Bersedia utk apa2 kemungkinan di zaman fitnah ini, kita manusia sentiasa molah dosa, Ngektsai sik terkecuali. Berhati2 dgn kenalan media sosial anda, bila2 masa anda boleh DIPALAT.
.
Ps : Video ini tiada kaitan dgn mana2 pihak, UMUM utk semua, KHUSUS utk Ngektsai sendiri. Terima kaseh kepada semua Ngektsai Army terutama dari yg mula2 menenali Ngektsai 3 tahun dahulu. Semoga kita dijauhi fitnah. #ngektsaidropabomb #lookwhatyoumademedo #imthejokerwellyourethejoke