Bila lagi nak macam ni ? Bangun lah Malaysia , ramai anak anak muda dah join benda ni. Daripada melepak, merempit, hisap dadah , at least diorang join street workout ni ada lah kebaikan untuk diorang masa hadapan , tapi malaysia masih tak nampak. Apa kita nak buat bagi malaysia nampak ? Memang lah susah nak buat profit dalam sukan ni , sebab apa ? Sebab malaysia tak support sukan sukan extreme macam ni. Kenapa negara luar tak ada masalah benda-benda macam ni ? Sebab diorang support. Even government diorang support , masa saya kat kazakhstan perdana menteri dia turun rasmikan event tu , masa dekat moscow , president moscow sport minister turun. Masa dekat Brunei anak Sultan Brunei turun rasmikan event. Masa dekat dekat Indonesia kerajaan dia bagi satu tempat Untuk training. Apa masalah dengan negara kita ?
I'm doing what i love , banyak duit dah saya habis dalam sukan ni ,duit yang saya menang daripada competition ni pun tak dapat lagi, duit budak budak crew pun tak dapat , semuanya kena songlap dengan orang atasan. Duit saya pergi compete semua duit sendiri , sebab tu tak ada semangat nak compete kat luar , sebab bukannya murah nak pergi negara orang. tapi percaya lah , suatu hari nanti mesti dapat habuannya. Insyaallah amin.
Malaysia : "selagi kau tak dapat no 1 dunia , diorang tak akan sanjung kau. Selagi kau tak boleh buat duit dalam sukan ni , selagi tu diorang tak sponser kau"
Macam mana nak dapat no 1 dunia Kalau facilities pun tak disediakan ? Boleh tu boleh tapi susah. Kita baru nak buat trick ni , orang luar dah buat trick gila gila dah. Mana tak orang melayu kita ni ketinggalan? Tempat gymnastics pun hanya untuk athlete sahaja. Lepas tu tak ada siapa guna bir je terbengkalai. Bagi pendapat saya , MSN bukak lah untuk orang awam , so orang lain pun boleh training. Buat lah sekali masuk rm5. Pasti ramai orang datang. Orang malaysia bukannya tak ada duit. GST pun boleh bayar, kalau buat inshaAllah ada orang datang.
#luahancaptainjoe
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...