Teka teki islamik, jawapan dalam bentuk Nombor sahaja,
Sila jawab jika handal-Woha!
1.Berapa ramai wanita boleh ada Laki dalam satu masa?
2.Bila mengandung, orang perempuan akan berbadan berapa?
3.Talak ada berapa banyak?
4.Berapa ramai lelaki boleh ada bini dalam satu masa?
5.Rukun kahwin ada berapa?
6.Majlis batalkan wudhu kena ambil wudhu, berapa rukun wudhu?
7.Bini jahat masuk neraka, berapa bilangan pintu neraka?
8.Bini baik masuk syurga, berapa bilangan pintu syurga?
9.Adat negeri mana? jika cerai harta warisan bagi dekat bini?
10.Jika laki ada empat bini, semua mengadung anak sorang kecuali bini muda anak kembar, berapa bilangan zakat fitrah tahun depan lepas lahir semua.
11. Rukun solat ada berapa?
12. Bulan Islam ada berapa?
13. Berapa ramai saudara Nabi Yusof?
14. Berapa hari kena puasa untuk sempurna haji dalam kes tak mampu bayar dam?
15. (soalan di gugurkan kerana skema jawapan hilang)? Maafkan saya. Tukar pada: Berapa per sepuluh rezeki dari perniagaan?
16. Malaikat pikul Aras ada berapa?
17. Langit ada berapa lapis?
18. Rukun Iman ada berapa?
19. Rukun Islam ada berapa?
20. Kitabullah ada berapa?
21. Talak ada berapa?
22. Berapa kalimah kena ucap untuk masuk Islam?
23. Berapa kali Rasul SAW pergi Haji?
Ps: cukup 100 like, baru pakcik bagi jawapan, ha ha! Gila like ummat akhir zaman rupanya, woha!
xxxxx
Update selepas 100 like:
Jawapan ikut susunan naik dan turun
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,13,12,11,10,9,8,7,6,5,4,3,2,1
Ralat: Saya edit sikit soalan No 9 kerana kurang tepat ayatnya, dan saya edit juga soalan no 15 kerana skema jawapan hilang.
Terima kasih kerana sudi menjawab.
teka teki islam dan jawapan 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
[Siri Mengenal Agama Bukan Islam: Perayaan Songkran, Agama Atau Budaya?]
Sekarang ini sedang berlangsung pesta air Songkran terutama di kawasan komuniti masyarakat Siam. Sekiranya di Malaysia, pesta ini akan terdapat di komuniti Siam di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Di mana pesta ini mereka akan menyimbah air di antara satu sama lain. Ia dilakukan pada 13 April dan berlarutan selama 3 hari dimana pada waktu itu musim kemarau.
Dewasa ini menjadi perdebatan dikalangan sebahagian ilmuan dan ahli politik di Malaysia mengenai pesta ini samada ia adalah haram disambut kerana disebabkan perayaan agama atau dibolehkan disebabkan ia pesta budaya tahunan yang tidak dikaitkan dengan agama. Tidak dinafikan ramai orang melihat pesta ini sebagai sumber tarikan pelancongan di atas dasar keuntungan.
Perayaan Agamakah?
Perkataan Songkran berasal daripada perkataan Sanskrit “samkranti” secara literalnya bermaksud peredaran bulan. Oleh itu Songkran memberi makna peralihan atau perpindahan. Hari Songkran merupakan hari peralihan tahun iaitu bulan kedua belas atau bulan terakhir kepada hari tahun baru mengikut kalendar lama Siam. Pada tahun 2017 ini mereka sudah memasuki tahun 2560 BE (Buddhist Era) iaitu 543 tahun lebih awal daripada kalendar Masihi. Ia dikira berdasarkan tahun kehidupan Siddharta Gautama Buddha di India dahulu. Ia juga dikenali sebagai tahun baru.
Di negara-negara majoriti Buddhis dari aliran Theravada, seperti negara Thailand, Burma, Sri Lanka, Kemboja dan Laos, tahun baru disambut selama tiga hari bermula hari bulan penuh yang pertama pada bulan April. [1] Oleh itu ia dikenali sebagai Songkran. Mereka akan menyambut pada tiga hari dalam purnama itu di mana waktu itu umat Islam disunnatkan untuk puasa hari putih (pertengahan bulan Islam).
Oleh itu, jelas di sini bahawa perayaan Songkran itu mengisyaratkan pada perubahan tahun mengikut kalendar Buddha. Yang menjadi perbahasan adalah, pesta menyimbah air di antara satu sama lain pada perayaan itu bukanlah datang dari dasar ajaran Buddha. Malah perbuatan itu hanya popular di Thailand sahaja dan tidak di negara-negara Buddha yang lain. Oleh itu, wujud tanggapan mengatakan pesta itu bukanlah perayaan agama.
Ada beberapa sudut yang perlu dilihat, di sini kami mahu memisahkan di antara Songkran dan juga pesta air. Songkran adalah nama kepada tahun baru manakala perayaan menyimbah air itu adalah amalan terkemudian yang menghiasi tahun baru itu:
1) Pesta menyimbah air tidak terdapat di dalam kitab agama Buddha dan ia bukanlah dari ajaran agama Buddha.
2) Asal usul pesta menyimbah air kepada orang awam ini tidak jelas. Ia banyak dipalitkan dengan mitos dewa-dewi di kalangan masyarakat Thailand. Terdapat banyak mitos berkenaan dengan asal usul pesta ini dan di antaranya mitos terkenal adalah mengenai kisah seorang pemuda yang bijak dan memahami bahasa burung. Dia dicemburui oleh Dewa Kabil Maha Phrom. Dewa ini turun ke bumi dan mencabar pemuda ini dengan memberi tiga masalah (teka teki) untuk diselesaikan. Sekirnaya pemuda itu tidak dapat menyelesaikan dalam tempoh tujuh hari, kepalanya akan dipancung. Tetapi jika dia berjaya menyelesaikanya, maka dewa tersebut akan memancung kepalanya sendiri.
Pemuda itu telah mengambil keputusan untuk membunuh diri apabila dia tidak berjaya untuk mencari jawapan kepada masalah tersebut. Ketika dia bersandar di sebatang pokok, dia telah terdengar seekor ibu burung bercerita kepada anak-anaknya yang lapar mengenai kisah seorang pemuda yang diminta oleh dewa untuk menyelesaikan tiga masalah. Setelah mendengar semua jawapan yang diberikan oleh ibu burung tersebut, pemuda itu telah menemuai dewa pada hari ketujuh dan memberi tiga jawapan yang betul. Maka dewa itu telah memancung kepalanya sendiri. Menurut kepercayaan masyarakat Siam, kepala Dewa Kabil Maha Phrom ini sangat merbahaya. Jika ia menyentuh bumi, maka bumi akan kepanasan dan jika ia jatuh ke laut, maka laut akan menjadi kering. Kepala ini telah disimpan di gua di dalam syurga.
Setiap tahun pada hari Songkran, salah seorang daripada tujuh anak perempuannya yang dinamakan Nang Songkran akan membawa turun kepala ayahnya dan diarak bersama-sama dengan dewa dewi yang lain. Oleh disebabkan itu, ia menyebabkan bumi merasa panas dan manusia perlu menyimbah air di antara satu sama lain untuk menyejukan mereka. Selepas dewa-dewi memperarakkan kepala dewa itu, pelbagai jenis makanan akan dihidangkan. Kepala dewa kemudiannya akan dibawa balik ke tempat simpanannya dan akan dikeluarkan semula pada hari Songkran pada tahun berikutnya.
Oleh itu bermula pesta perayaan menyimbah air ini pada tahun baru disebabkan perkiraan berpendapat kepala dewa diarak pada hari tersebut. Ia berlangsung selama tiga hari atau empat hari yang bermula pada 13 April setiap tahun.[2]
3) Pesta perayaan air Songkran biasanya akan dibuat di Wat atau rumah ibadat agama Buddha Siam terutama di negeri-negeri yang terdapat komuniti Buddha Theravada. Oleh itu, mereka akan melibatkan Buddha (patung), Dhamma dan Sangha. Sebelah pagi itu mereka akan ke Wat untuk bersembahyang dengan membawa persembahan makanan, buah buahan dan pakaian kepada sami-sami dan ritual itu dikenali sebagai ‘Wan Payawan’. Mereka juga akan menyiram patung Buddha dan menyiram wangian di tangan patung tersebut. Upacara ini dikenali sebagai ‘Song Nam Phra Putha Rup’ dan selepas itu mereka akan mulakan pesta air. Malah terdapat bnayak lagi ritual-ritual keagamaan pada hari Songkran seperti Wau Nao, Rohd Nam Songkran, dan lain-lain lagi.[3]
Pada hari ketiga mereka akan teruskan dengan ritual melepaskan ikan ke dalam sungai. Mereka juga ada upacara bersiram untuk sami-sami dan juga beberapa ritual lain bersama dengan sami.
Kesimpulan Perbincangan
1) Jelas bahawa Songkran itu adalah perayaan agama iaitu tahun baru mengikut era Buddha.
2) Manakala pesta menyimbah air pula pada asalnya adalah pesta budaya yang telah diserap dengan kepercayaan mitos dewa-dewi, falsafah agama Buddha dan juga ritual yang berasaskan kepada agama Buddha. Ia merupakan kombinasi sinkretisme yang mewujudkan satu pesta keagamaan yang ekslusif yang baru.[4]
3) Oleh disebabkan berlaku sinkretisme antara sambutan tahun baru Songkran dan disertai dengan kepercayaan agama Buddha dalam pesta menyimbah air itu maka pesta menyimbah air itu juga dilihat sebagai sebuah kombinasi perayaan keagamaan dan bukan lagi perayaan budaya.
Dapat dirungkai di sini bahawa pesta air Songkran itu merupakan perayaan agama yang telah diresap dengan falsafah dan ritual dalam agama Buddha Theravada. Ia bukan lagi perayaan budaya seperti mana dibahas oleh sebahagian ahli politik di Malaysia.
Malah, untuk membincangkan soal boleh atau tidak boleh umat Islam merayakan perayaan ini bukan sahaja perlu dilihat dari sudut ia perayaan agama atau budaya semata-mata. Ia juga perlu dibahas dari sudut masalah-masalah lain seperti percampuran lelaki perempuan, pembaziran air pada musim kemarau, situasi pesta berbasahan dan lain-lain lagi. Oleh itu tidak ada keperluan dan apa-apa kebaikanpun untuk umat Islam menyertai pesta air tersebut. Malah ia juga merupakan perayaan agama.
Wallahua’lam.
[1] Di negara-negara Mahayana, tahun baru bermula pada hari bulan penuh yang pertama pada bulan Januari. Walau bagaimanapun, Tahun Baru Buddha bergantung kepada negara asal atau latar belakang etnik rakyat. Sebagai contohnya, Cina, Korea dan Vietnam meraikan akhir bulan Januari atau awal Februari mengikut kalendar lunar, manakala Tibet biasanya meraikan kira-kira sebulan kemudian.
[2] Lihat (2006). Hari-Hari Perayaan Masyarakat Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa), Kuala Lumpur, hlm 88-89
[3] Lihat Ibid, hlm 89-91
[4] http://www.buddhanet.net/festival.htm
R&D Team MRM
teka teki islam dan jawapan 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Teka Teki keretamayat part 12
------------------------------------
Teka taki part 10 satu like dan betul, teka teki part 12 pulak, 15 like, baru ada yang betul, handal korang semua, seolan next:
"Apakah fatwa kata haram, tapi ada sebahagian umat islam cakap, harus., dan ada fatwa yang kata harus, tapi ada sebahagian umat islam cakap haram, apa tu?"
Lepas jumaat aku bagi jawapan.
(gambar sekadar hiasan)