Koperasi Muslimin, Kedai Mamak Kedah Royale dan Kedah FC
Selepas majlis pelancaran Sayap Keusahawan Alumni UIAM di Bangi, saya terus bergegas untuk menghadiri mesyuarat dengan ahli lembaga Koperasi Muslimin Malaysia Berhad. Kami habis waktu solat Maghrib. Saya solat di sana yang diimamkan oleh al-Fadhil Ust Abdul Rahman, Pengerusi KMMB & juga senior saya di Kolej Islam Klang.
Beliau amat dedikasi sangat. Setiap minggu datang KL dari Terengganu menggunakan bas. Di KL, meeting dan program dari pagi hingga malam. Saya tidak tahu dari mana beliau dapat tenaga & kecekalan minda. Hebat. Seorang role model. Umurnya tidaklah muda lagi.
"Dalam hidup, kita bukan sahaja perlu minda pejuang tapi otot & anggota badan seorang pejuang" (dipetik daripada novel kedua saya tentang sukan badminton)
Saya kemudian bersesi santai dengan Ust Khairul Anuar Basri di Royale Kedah. Beberapa tahun lepas, beliau adalah pelajar saya di peringkat Master. Sekarang, beliau seorang usahawan. Macam2 isu yang dibincangkan gabungan antara ilmiah, bisnes & best practices.
Saya tanya kepada dia kenapa Syariah tidak pernah memperuntukkan hukuman yang spesifik kepada jenayah riba & rasuah yang diperangi dan dilaknati Allah. Kemudian kami berijtihad mencari jawapannya.
Selepas sesi makan malam dan sembang, saya terus bergerak pulang ke rumah sambil mengikut perbincangan FB live Kedah United. Rancak sugguh perbincangan tiga ahli panel dengan bahasa Kedah yang berdenggung.
Saya menyokong hasrat penswastaan Kedah FC & juga menyokong hasrat Koperasi Anak Kedah untuk membeli saham dalam Kedah FC. Tentang nama kelab, cantik juga nama FC Kedah 1924. Memang Kedah FC ditubuhkan sejak tahun 1924.
Aktiviti sukan adalah rukun kehidupan dalam masyarakat. Ia mesti disuburkan. Kalau boleh ia ditadbirkan secara pengurusan bisnes yang mantap...kurangkan kos, tambah produktiviti, tingkatkan valuation.
Rakan2 saya anak Kedah, di mana sahaja hampa semua berada, mari bersama menyokong hasrat Koperasi Anak Kedah memiliki Kedah FC. Kalau jadi, setiap ahli koperasi adalah pemilik Kedah FC. Kelab bola sepak yang dimiliki oleh penyokong bukan perkara baru. Ianya sudah berjaya di Eropah. Kena pulun bagi jadi.
MDB
Search