Ada kawan kena covid dan sedang di kuarantin. Bila call katanya tak boleh jawab sebab nafas pendek. Jadi berbalas mesej sahaja.
Okey, panjang perbualan, sahabat itu tanya saya apa persiapan saya untuk mati secara tiba tiba?
Okey, yang penting dalam sehari jangan pernah tinggal solat, jangan lengahkan solat, berjemaah semampu mungkin, lepas tu cuba luangkan masa untuk baca sedikit ayat Al quran dan sentiasa berzikir di waktu lapang dengan cara mensyukuri segala nikmat bertalu talu.
“Itu sahaja?”
Sebagai tambahan, boleh tinggalkan ilmu yang bermanfaat untuk dibaca oleh orang lain dan menjadi sumber pahala walaupun dalam kubur.
“Contoh yang kau buat?”
Saya menulis buku isu isu agama, dan dua tahun lepas saya tulis buku terakhir jika saya mati iaitu kisah ayah kepada anak yang perlu di baca mengikut umur kerana ayah sudah masuk kubur dan hanya mampu bercerita melalui surat.
“apa tajuk buku tu?”
Ngeteh di kubur ayah. Nanti saya hadiah sebijik.
“terima kasih”
Kesimpulannya..
Sungguh tiada sesiapa yang boleh tulis buku kisah hidup sendiri sebaik diri sendiri. Hidup ini adalah tempat mencipta kenangan dan membina pahala.
Kenangan kita adalah sangat mahal sebab iainya tidak boleh diundur, tapi boleh dikekalkan momen indah tersebut dalam buku, terutama hal keluarga. Hal perkahwinan, cerita adik beradik, kisah hadapi masalah dan cara penyelesaian yang tak terduga, semua itu mestilah diingat sampai bila-bila.
Tanpa dokumen dalam bentuk buku bercetak, semua itu terhapus dek masa, memori hilang, hangus terbakar hancur kerana banjir, dan lenyap bersama mayat yang reput maka wajarlah semua itu dibukukan.
Saya sendiri telah menulis 12 buku kisah hidup. (dah boleh mati?, huhuhu)
Ada terbitan Karangkfaf, Tarbiah sentap, Dubook, Write and Barve, Terfaktab, dan lain lain,
Ada best seller dan masih diulang cetak, menghias almari buku di kedai buku juga menghias almari dirumah rumah mereka yang mahu menimba ilmu dari kisah hidup orang lain.
Terkini, bila ada anak OKU, saya tulis buku kisah saya dan anak autisme, semoga anak saya dewasa nanti dapat membaca dan dapat memahami hati budi seorang ayah, dan dapatlah dia sedekah Al Fatihah
Jadi masa sangat singkat, menulislah kisah hidup sendiri, atau apa sahaja yang baik baik, jadikan ianya sebuah kenangan bermakna atau dapat berbuah pahala.
Sungguh Tak susah menulis. Baca buku saya dan nilaikan sendiri. Ehem ehem! Senang sahaja menulis ini. InsyaAllah.
Akhit kata. Waktu kuarantin sangat sesuai menulis. Waktu tak kuarantin pun sangat sesuai menulis.
Dan waktu kita boleh menulis (semasa hidup) tapi tak nak menulis tak kan lah waktu kita tak boleh menulis (semasa mati) baru nak menulis?
Menulislah bersama malaikat yang sedang menulis pahala kita.
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「terfaktab」的推薦目錄:
- 關於terfaktab 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於terfaktab 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於terfaktab 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於terfaktab 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於terfaktab 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於terfaktab 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於terfaktab 在 Terfaktab - Facebook 的評價
- 關於terfaktab 在 Kitab Terfaktab (kitabt) - Profile - Pinterest 的評價
- 關於terfaktab 在 Life At Thinker: Edisi Giveaway Daging dan TerFaktab 的評價
terfaktab 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Kisah penulis lapar.
Dua tiga hari ni kecoh isu penerbit tak bayar Royalti, alamak? Teruk ke jadi penulis?
Maka saya sebagai penulis 12 buku nak bercerita kisah penulis yang ada waktu kenyang, banyak waktu lapar, dan kadang kadang kebuluran.
Semoga tulisan ini dapat dijadikan pedoman hidup, atau sebagai rujukan, atau batu loncatan, atau batu yang di baling laju ke permukan air lantas dipuji kerana melambung lambung tiga percikan lalu tenggelam dan nobody care.
Nasihat pertama, bagi mereka yang nak jadikan kerjaya menulis ini sepenuh masa: tengoklah siapa penerbit anda, dan siapa kerajaan memerintah zaman tu, jika dapat kerajaan mesra buku, dan penerbit yang telus. Alhamdulillah.
Jika dapat kerjaan yang dalam pembentangan bajet kau search perkataan “buku” tak ada, dan dapat pula penerbit yang tak takut rohnya tergantung di langit kerana berhutang dengan penulis, atau tipu bilangan jualan agar royalty rendah, maka bersiap sedialah untuk rebus buku dan hisap dakwat.
Alkisahnya, awal menulis dulu, buku saya semua direject penerbit, sebab katanya tulisan saya tak sesuai dengan zaman ini.
Tapi saya tak putus asa, buku pertama saya PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, pinjam duit kawan kawan RM10 ribu cetak sendiri.
Alhamdulillah, setahun, habis terjual. Tapi penat dan puas hati sebab dapat bayar hutang namun masa menjual lebih banyak dari masa menulis buku baru, maka saya dah tak nak terbit sendiri.
Maka buku kedua saya, ada Penerbit datang tawarkan, iaitu kompeni TERFAKTAB MEDIA, judulnya KAMAR SUTERA.
Laku keras katanya, buat cetakan baru dengan dua Cover berbeza.
Dengan TERFAKTAB ni, saya buat lima buku, selain KAMAR SUTERA, buku saya berjudul SEMUSIM DI SYURGA (laku hingga ada dua cover) SEMUSIM DI NERAKA (habis di pasaran) dan KISAH HANTU TERAKHIR. (ada 10 bijik lagi,)
Royalti Alhamdulillah, di bayar ikut bilangan buku dijual, setahun sekali, atau setahun dua kali, jika saya beli sendiri ada diskaun 50%, dan pernah kompeni ini taja saya dan isteri melancong ke Bandung.
Dapatlan naik gunung berapi dan main indoor game di transbandung!
Namun, pelango tak selalunya berbelang. Kompeni ada masalah, dan dah tutup, lalu Karya saya di serap ke WRITE and BRAVE kompeni baru tapi Nampak gaya tiada cetakan baru untuk karya saya. Hu huh u.
Baik, Syarikat kedua yang lamar saya adalah KARANGKRAF, dijadikan penulis indie pertama bawah penerbitan BUKU POJOK, di Karang Kraf, saya tulis buku KISAH LAKI BINI yang mendapat best seller, jualan sampai lima angka, dapat naik pentas bersama Ramlee Awang Murshid terima Anugerah. Alhamdulillah. Pernah juga di bawa Karangkraf jalan -jalan ke Sawarak dan Sabah.
Selain KISAH LAKI BINI, saya menulis KISAH ANAK BINI, SATU, dan MENGETEH DI KUBUR AYAH.
Sistem Royalti di Karangraf sangat tersusun, jualan buku dinyatakan, dan Royalti akan di bayar ikut jadual. Masih mendapat royalty walau dah tak banyak, faham factor ekonomi, dan Hingga sekarang buku saya under KarangKraf masih dijual diseluruh negara, boleh tegur jika jumpa, dan jika tak jumpa boleh mesej saya untuk beli. He he
Syarikat ketiga yang lamar saya, adalah TARBIAH SENTAP, dan saya menulis buku MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA.
Cetakan pertama 10 ribu unit, dan habis! Saya rasa the best penerbit forever dari segi royalti dan kontrak adalah TARBIAH SENTAP, jualan buku dijual kepada penulis sangat tinggi diskaun, dan rasanya Royalti paling tinggi saya terima adalah dari Kompeni ini, di bayar Royalti dulu, walau buku tak habis dijual. Perghhh Dahsyat! Kontrat habis tempoh pun sedap termanya!
Zaman tu zaman kaya lah jugak, zaman penulis kenyang!
Kemudian saya di lamar oleh Dubook, saya tulis AKU ALMOND LONDON DAN GAY, dan saya akui pernah terima royalty sekali, lepas tu membisu, saya follow up balik (dan lepas betahun tahun membisu) dua tiga hari lepas, mereka kata dalam proses, saya tunggu sahajalah. Semoga mereka Berjaya dengan janji terkini mereka, Amin.
Terkini, saya dilamar PTS bawah penerbitan Puteh Press, dengan karya KERANA DIA ANAK SYURGA, baru setahun buku itu, Alhamdulillah dah dapat royalty pertama dan mana mana kedai buku saya pergi Nampak jer buku saya ada atas rak. Rezeki anak OKU Autisme saya ni, Alhamdulillah.
Dan sisi gelap, bukan semua karya saya diterima, KISAH PEMBUNUH DAN TAKDIR, masih diperam oleh sebuah penerbitan, TEKA TEKI ISLAMIK, ditolak, dan terbaru saya buat KISAH MUALAF BERCAKAP DENGAN KUCING dan sedang tunggu jawapan dari penerbit baru anak muda, kita tengok hasilnya.
Jadi jika bertanya, kenyangkah jadi penulis?
Untuk saya jika saya menulis sahaja, maka saya akan kelaparan, sebab royalty ni dibayar setahun sekali. Dah dapat terus bayar hutang.
Zaman mewah adalah zaman baucer buku, memang penerbitan tumbuh macam cendawan lepas hujan.
Jadi saya bukan full time menulis, buat macam macam kerja jugak, jual tanjak, tolong kawan jual ebook, buat kursus penulisan, buat homestay (tak menjadi dah tutup), dan macam macam lah, tapi saya tetap menulis sebab seronok menulis.
Pendek kata, Nak jadi kaya dengan menulis ni belum rezeki saya, tapi Alhamdulillah bersyukur dengan segala nikmat.
Jadi pesanan saya kepada semua penerbit yang ada hutang dengan penulis, bayarlah, sebab si mati syahid, patut masuk syurga tanpa hisab, namun rohnya tergantung sebab ada hutang, maka apatah lagi kita semua yang banyak dosa,
ingatlah roh yang tak boleh dipegang... Nampak macam boleh lari sambil terbang tapi kuasa Tuhan, mampu di gantung roh kita, mana kau nak lari wahai roh? Adohai..
Akhir kata, terima kasih kepada semua penerbit yang sudi terbitkan buku saya, Terima kasih yang bayar royalty buku saya,
Juga Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi beli buku saya, dan kepada yang nak beli lagi, stok yang ada, Semusim di Syurga, Hantu Terakhir, Kisah LAki Bini, KIsah Anak Bini, Mengeteh di Kubur ayah, Kerana dia Anak Syurga. http://www.wasap.my/60199117163 Nak Beli tanjak pun boleh jugak, hehehe.
Last! Semua ini akan menjadi kenangan, izikan buku aku terselit di almari rumahmu, memerhati kehidupanmu dan tiba tiba kau menoleh melihat bukuku, sambil masing masing: kagum dari jauh.
Woha!
#hamkakeretamayat
terfaktab 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Gambar minggu lepas.
Terima kasih MaTiC, Tourism Malaysia kerana bagi tempat dan ruang untuk saya berceramah ilmu penulisan.
Dalam penceramahan saya, ada saya cerita kisah Nabi Ulul Azmi dan dari sifat terpuji mereka boleh dijadikan semangat untuk kita menulis atau apa sahaja amalan kebaikkan dalam kehidupan.
Satu contohnya adalah: Hikmah dalam Dakwah, rujuk kisah Nabi Musa a.s yang ikhlas berdakwah kepada Firaun, tetapi Firaun tetap mati kafir, namun hikmahnya ahli sihir Firaun yang masuk Islam.
Sama juga dalam menulis, dulu di blog, saya menulis dengan niat anak isteri saya akan baca bila saya mati, namun sekarang ini, hikmahya: Selain tulisan itu dibaca oleh anak bini, tulisan itu juga dijadikan buku dan dibaca oleh semua rakyat Malaysia yang sudi membeli hasil karya saya.
Sudah 13 tajuk saya menulis!
Ada yang saya cetak sendiri, ada terbitan Karangkraf, PTS, Terfaktab, Dubook, Tarbiah Sentap, Write and Brave dan lain-lain.
Jadi itulah hikmah dunia penulisan, kita target anak bini, tapi manfaatnya boleh tersebar asalkan kita ikhlas menulis.
Jadi, alkisahnya selesai berbengkel, saya didekati oleh seorang individu misteri.
“Abang, lawa tanjak, beli kat mana?”
“Saya buat sendiri”
“Abang jual ke?”
“Adalah sikit sikit”
“Ok, saya nak 15 bijik”
“Boleh, tapi lambat sikit, minggu depan baru saya start lipat, boleh?”
“Boleh”
Maka minggu ni, saya tak ke mana-mana, sedang melipat Tanjak diruang tamu sambil berborak dengan anak bini tentang hikmah bertanjak pulak.
Woha!
terfaktab 在 Kitab Terfaktab (kitabt) - Profile - Pinterest 的推薦與評價
Save space on your device. Sign up. User Avatar. Kitab Terfaktab. @kitabt. 3 followers. ·. 0 following. Follow. kitabt hasn't saved any Pins yet. ... <看更多>
terfaktab 在 Life At Thinker: Edisi Giveaway Daging dan TerFaktab 的推薦與評價
![影片讀取中](/images/youtube.png)
Life At Thinker: Edisi Giveaway Daging dan TerFaktab. Watch later. Share. Copy link. Info. Shopping. Tap to unmute. ... <看更多>
terfaktab 在 Terfaktab - Facebook 的推薦與評價
邮箱或手机号, 密码. 忘记帐户? ... <看更多>