・・・
Syukur kehadrat ilahi, sekali lagi saya mendapat penganugerahan yang tinggi dalam dunia akademik apabila di berikan Anugerah Kecemerlangan Tokoh Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) @upsi_malaysia dan ditawarkan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah serta jawatan sebagai pensyarah. Tawaran seperti ini adalah satu langkah dinamik dari pihak UPSI yang mana suatu masa nanti apabila tiba masa untuk saya menggantungkan basikal, saya tahu yang sudah ada peluang baru disitu. Saya berharap, penganugerahan seperti ini akan menjadi motivasi untuk rakan-rakan atlet di luar sana untuk bekerja dengan lebih keras dan mencapai kejayaan di peringkat yang tertinggi.
.
Ucapan terima kasih kepada seluruh warga UPSI yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung didalam upacara ini terutamanya Naib Canselor Prof Dato Dr Md Amin Md Taff, Dekan FSSK Dr Jafry Zakaria, Dekan IPS Prof Madya Dr Raja Nor Safinas Raja Harun dan Pengarah Pusat Sukan En Mohammad Faeez Mohammad Alias.
.
Saya juga telah memaklumkan kepada pihak UPSI yang buat masa ini saya tidak akan membuat mana-mana pilihan konkrit ke atas tawaran-tawaran yang diterima kerana fokus saya adalah untuk memberikan tumpuan penuh kepada Olimpik 2024 terlebih dahulu.
.
Terima kasih semua.
.
#UniversitiPendidikanSultanIdris #UPSI
#university #education #knowledge
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
「ucapan syukur dan terima kasih」的推薦目錄:
ucapan syukur dan terima kasih 在 Facebook 的精選貼文
・・・
Alhamdulillah syukur🤲
.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan seluruh pihak yang terlibat khususnya Menteri Besar Negeri Terengganu YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar dan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Terengganu YB Wan Sukairi Bin Wan Abdullah serta Majlis Sukan Negeri Terengganu di atas Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo.
.
Pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah menghadiahkan sebuah rumah kediaman yang bernilai RM300,000 serta wang tunai berupa RM50,000 diatas kejayaan memenangi pingat perak baru-baru ini.
.
Seperti yang dikatakan oleh YAB Dato’ Seri
‘Kekuatan tidak hanya datang dari kemampuan fizikal semata-mata, tetapi ianya juga datang dari semangat yang tidak pernah mengalah’.
Saya harap semangat ini dapat dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
Ke Guane Boh😉.
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia #malaysiaboleh
#Terengganu #GanuHanelang
#teamazizul #azizulawang
ucapan syukur dan terima kasih 在 Facebook 的最讚貼文
・・・
Terima kasih kepada isteri Athiah Ilyana dan anak-anak yang di kasihi Amna Maryam dan Amna Khadeeja, hanya Allah yang mengetahui pengorbanan kalian. Pepatah ‘Di belakang kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang perempuan yang hebat’ adalah benar sama sekali. Saya berkahwin seawal usia 22tahun, ketika itu ramai yang kata karier saya akan hancur, perut akan membuncit dan lutut akan longgar. Biasalah, stigma masyarakat. Saya buktikan itu semua dusta, syukur Alhamdulillah sampai ke hari ini masih perkasa. Orang hanya lihat kejayaan saya adalah hasil dari kerja keras latihan dan sebagainya tetapi sebenarnya sokongan jitu dari isteri dan keluarga adalah melangkaui segala-galanya. Kebenarannya adalah kejayaan ini tidak dapat di butirkan tanpa sokongan isteri dan anak-anak dan juga tanpa kehadiran mereka dalam hidup saya.
.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ibu ku yang disayangi, Selamiah Bt Yong. Sejak berusia 16 tahun. Ma dengan rela hati melepaskan saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita untuk menjadi atlet negara. Sejak dari itu, amat jarang dapat berjumpa apatah lagi untuk meluangkan masa bersama-sama seperti orang lain. Setelah arwah abah meninggal ketika saya berusia 16 tahun, Ma tinggal sendirian dan terpaksa bersusah payah sendirian. Tetapi dalam keadaan begitupun, Ma masih sentiasa memberikan sokongan, menyuruh saya supaya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh dan mengejar impian peribadi dan misi negara.
.
Terima kasih juga kepada Ayah saya, Awang Bin Embong. Walaupun juga jarang dapat bersua, tetapi semangat Ayoh sentiasa bersama dengan saya. Ayoh adalah pesakit Dementia dan pernah diserang stroke sebelum jni. Kali terakhir ayoh datang melihat saya beraksi di Velodrome Nilai ketika itulah keadaan ayoh tiba-tiba makin merosot. Beberapa hari sebelum terbang ke Tokyo saya dapat berita Ayoh kene stroke lagi dan di masukkan ke hospital. Allah je tahu perasaan masa tu. Tetapi terima kasih kepada adik-beradik di Dungun yang menjaga Ayoh dengan rapi dan menyuruh saya memberikan tumpuan penuh kepada Olimpik ketika itu.
.
[Bersambung]
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#olympics #olympic
#tokyo2020 #tokyo