Cerita Hantu bunuh diri
Alkisahnya, Dulu orang asia sahaja kot ada Hantu perempuan berambut panjang dan berbaju putih, jika di Malaysia hantu puntianaklah, tapi lepas filem The Ring popular, maka dah banyak hantu rambut panjang muncul di pasaran antarabangsa.
Bagi yang belum tahu, apa itu Hantu The ring, ianya adalah Hantu rambut panjang yang paling mencetus keseraman peminat filem seram kerana Hantu itu merangkak keluar dari TV dan membunuh penonton dengan renungannya.
Filem dari Jepun ini popular hingga ada Sambungan part 2, malahan Mat saleh pun buat remake filem hantu ini versi Hollywood.
Saya bukanlah penggemar filem seram, Cuma waktu PKP baru baru ini, tersebar berita pelakon jepun, filem The Ring itu, telah mati membunuh diri, sebelum tu pelakon jepun juga, dari filem Attack of Titan mati membunuh diri, dan dengar cerita, Tahun lepas saja ada 4 orang artist Jepun yang telah bunuh diri. Bayangkan pelakon yang cantik, kaya dan glamour pun boleh bunuh diri, apatah lagi orang yang tak ada apa-apa?
Untuk pengetahuan anda, Jepun ni menduduki carta top ten negara paling banyak kadar bunuh diri, dan dikatakan waktu PKP, bila rakyat duduk rumah, kadar bunuh diri mulai berkurang. Rupanya orang jepun lebih bahagia bila tidak bekerja.
Menurut Kajian yang saya pernah baca akan factor kenapa bunuh diri berlaku di Jepun, adalah kerana tekanan untuk kekalkan di tempat kerja, selain masalah cinta dan buli.
Untuk itu di stesen tren yang utama sudah dipasang banyak lampu biru dan cermin berdekatan dengan platform. Ini kerana tempat itu menjadi medan yang kerap orang jepun membunuh diri.
Kajian mendapati Lampu biru bertindak sebagai medium penenang manakala pantulan imej diri pada cermin memberikan peringatan kepada bakal mangsa bunuh diri agar ‘cermin diri’ dengan melihat seluruh diri kita dari kejauhan dan selamatkan diri sendiri sebagaimana orang lain ingin diri mereka di selamatkan.
Rujuk negara kita, kadar bunuh diri yang rendah, iaitu sangat jauh jika nak berbanding negara lain. Tak dapat tidak kita nafikan, suasana negara kita yang di kelilingi masyarakat yang mudah redha serta bersykur, amat membantu.
Jika kita dikelilingi orang yang suka mengeluh dan mengritik, akan jadi barah dalam diri yang meracun jiwa.
Maka untuk itu, pilihlah kawan atau suasana orang yang selalu sabar, redha, dan untunglah mereka yang di kelilingi orang yang selalu bersukur.
Best sangat jika orang yang dekat dengan kita jenis Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.
Suami isteri yang bersyukur akan wujudkan suasana rumahtangga yang aman damai, hingga semua ahli rumah bersyukur atas sekecil kecil rezeki.
Kemampuan bersyukur waktu senang ramai orang boleh buat, tapi lebih tinggi darjat kita adalah waktu di uji susah pun bersyukur, dan anggap ujian sebagai rezeki yang dapat menaikkan Darjat, meluaskan Syurga dan menjauhkan dari azab api neraka!
Saya selalu pesan pada isteri waktu susah, jika beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api neraka dan masukkan kita ke syurga yang kekal abadi, alangkah indahnya penderitaan ini!
Alhamdulillah, semua ini rezeki Allah.
Bercerita tentang rezeki, saya terbaca rakan FB saya Kamal Zharif Bin Kamaludin menulis, di Jepun tiada kefahaman tentang REZEKI, sebab kita faham REZEKI itu dari Tuhan!
Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, tapi di Jepun tiada ruang untuk REZEKI sebab kebanyakkan dari mereka tiada agama.
Kita bila cerita bab rezeki, terus otak kita kaitkan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi. Tapi di jepun, kata si penulis, yang berkawan dengan orang Jepun. Telah bertanya:
"Kalau bahasa Jepun, apa perkataan untuk rezeki?"
"Hmm, nampak macam tiada."
"Mungkin perkataan paling dekat ialah 'megumi'."
(Megumi(恵み) maksudnya 'blessing')
Rupanya Perkataan 'megumi' pun jarang disebut dalam kehidupan harian orang Jepun yang mana berbanding orang kita, perkataan rezeki itu tak perlu lagi dibuat perbandingan perkataan. Rezeki adalah rezeki. No any other word for explanation.
Datang ke Jepun, perhatikan sahaja ucapan-ucapan yang dikeluarkan, baik dalam program realiti ataupun drama, tiada langsung menyebut tentang rezeki. Tak pelik sebab Di Jepun hanya 20% sahaja mengakui diri mereka beragama. Lagi 80% tidak menjadikan agama sebagai elemen penting dalam kehidupan.
Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL, maka mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress hingga mereka memilih menamatkan nyawa.
Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.
Bila kita di buli, sedarlah bahawa Alah sedang uji saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal. Malahan saya akan bersyukur kerana di jalanan saya melihat lebih ramai orang jauh menderita dari saya. Saya bukanlah orang yang berada di puncak penderitaan. Rujuk sejarah, ramai lagi orang yang sedang menderita macam Sahabat Nabi di seksa tapi masih dapat menjada REZEKI keimanan mereka.
Bagi mereka yang putus cinta, ingatlah semua orang yang kita sayang akan mati, Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmatnya lebih besar dari dicintai semua bidadari.
Bagi yang gagal dalam apa jua bidang, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.
Ayuh!
"Gambatte kudasai Otsukaresama desu."
(Selamat berusaha bersungguh-sungguh. Terima kasih atas usaha yang keras)
Woha!
Ps: Sungguh bersyukur dengan baki nikmat yang ada;- juga adalah maksud hidup, dapat hayati ini maka segala kesusahan akan menjadi ringan. InsyaAllah.
(Hari ni ramai mesej beli buku abang keretamayat, terima kasih semua sudi izinkan buku abang mayat tersusun menemani hidupmu yang penuh rezeki kesyukuran-Chewah, kagum dari jauh!)
ucapan syukur selain alhamdulillah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Semalam tersebar berita pelakon jepun, The Ring, bunuh diri, sebelum tu pelakon Attack of Titan, dan katanya, Tahun ini saja ada 4 orang artist Jepun yang telah bunuh diri. Bayangkan pelakon yang cantic, kaya dan glamour pun boleh bunuh diri, apatah lagi orang yang tak ada apa-apa?
Tahukah anda? Jepun ni menduduki carta top ten negara paling banyak kadar bunuh diri.
Kajian akan factor kenapa bunuh diri, adalah kerana tekanan untuk Berjaya, selain masalah cinta dan buli.
Untuk itu di stesen tren yang utama sudah dipasang banyak lampu biru dan cermin berdekatan dengan platform. Ini kerana tempat itu menjadi medan yang kerap orang jepun membunuh diri. Lampu biru bertindak sebagai medium penenang manakala pantulan imej diri pada cermin memberikan peringatan kepada bakal mangsa.
Rujuk negara kita, kadar bunuh diri rendah, Alhamdulillah, semua ini rezeki Allah.
Bercerita tentang rezeki, saya terbaca rakan FB saya Kamal Zharif Bin Kamaludin (Kamal) menulis, di Jepun: tiada kefahaman tentang REZEKI yang jelas!.
Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, tapi di Jepun tiada ruang untuk REZEKI sebab kebanyakkan dari mereka tiada agama.
Kita bila cerita bab rezeki, terus otak kita kaitan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi. Tapi di jepun, kata si penulis, yang berkawan dengan orang Jepun. Telah bertanya:
"Kalau bahasa Jepun, apa perkataan untuk rezeki?"
"Hmm, nampak macam tiada."
"Mungkin perkataan paling dekat ialah 'megumi'." Dia menjawabnya. Megumi(恵み) maksudnya 'blessing'.
Rupanya Perkataan 'megumi' pun jarang disebut dalam kehidupan harian orang Jepun yang mana berbanding orang kita, perkataan rezeki itu tak perlu lagi dibuat perbandingan perkataan. Rezeki adalah rezeki. No any other word for explanation.
Datang ke Jepun, perhatikan sahaja ucapan-ucapan yang dikeluarkan, baik dalam program realiti ataupun drama, tiada langsung menyebut tentang rezeki. Tak pelik sebab Di Jepun hanya 20% sahaja mengakui diri mereka beragama. Lagi 80% tidak menjadikan agama sebagai elemen penting dalam kehidupan.
Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress.
Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.
Bila kita di buli, Alah sedang uji saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal.
Bila kita putus cinta, ingatlah semua orang akan mati, Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmanya lebih besar dari dicintai semua bidadari.
Bila kita gagal dalam apa jua bidang, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.
Ayuh!
"Gambatte kudasai Otsukaresama desu."
(Selamat berusaha bersungguh-sungguh. Terima kasih atas usaha yang keras)
Woha!
Ps: Sungguh bersyukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah maksud hidup, dapat ini maka segala kesusahan akan menjadi ringan.
ucapan syukur selain alhamdulillah 在 Nabila Razali Facebook 的最佳貼文
SIARAN MEDIA
Nabila Razali syukur MV Peluang Kedua cecah 1 juta tontonan YouTube dalam tempoh sehari dilancar - “Saya percaya MK jadi faktor tontonan berulang kali”
PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa syukur dan terharu apabila muzik video Peluang Kedua mencapai tontonan 1 juta dalam tempoh sehari dimuat naik di saluran Youtube, ia sekaligus mengulangi rekod single hitnya Pematah Hati.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata, ia satu pencapaian yang sangat bermakna dalam kerjaya seninya sebagai seorang anak seni.
“Alhamdulillah, saya terharu kerana muzik video Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh singkat.
“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya!”
“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan” ujarnya.
Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai hero dan juga rakan duet untuk lagu baharu ini.
Nabila turut tidak menolak sambutan hangat lagu berkenaan juga disebabkan MK K-Clique yang sememangnya menjadi kegilaan para wanita.
“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton muzik video ini berulang kali.
“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu tersebut sejak dimuat naik semalam,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada tim produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab memberi kualiti video terbaik.
“Selain kami juga, orang-orang kuat di belakang tabir patut diberikan ucapan tahniah kerana kejayaan ini.
“Bayangkan banyak dugaan yang kami lalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands, ” ujarnya.
Lagu Peluang Kedua versi baharu ini juga boleh didapati di semua pelantar strim bermula Jumaat ini.
*End*
https://youtu.be/zIpBiEerHOA