Umrah satu perjalanan jasad, akal, hati & roh.. ia satu ibadah yang mempunyai 'journey' yang sedikit panjang berbanding ibadah2 lain. Kenapa? WHY?
.
Meja bulat malam tadi bersama mentor & guru kami Dr Azizan Osman di Hajar Tower Mekah membuka kotak pemikiran saya pada satu ' next level ' lagi betapa penting ibadah umrah untuk penyucian jiwa..
.
Kenapa umrah satu ibadah perjalanan ? Yerlah kalau dr Madinah kita dah mulakan niat Miqat di satu tempat bernama Bir Ali. Kita memakai ihram sepanjang perjalanan ke Mekah yg ambil masa 3-4 jam.
.
Sampai2 jer terus masuk ke Masjidil Haram utk mulakan 'perjalanan' seterusnya iaitu tawaf keliling kaabah 7 pusingan.
.
Kat situ mcm2 'pakej perangai' manusia akan 'ditayangkan' depan kita. Tak mau sebut, tp anggap ia satu cabaran/dugaan/ujian Allah dlm perjalanan kita tu. Sila ABAIKAN apa shj karenah manusia dan FOKUS sungguh2 utk 'Connect' dgn Allah SWT semasa keliling Rumah Allah tu.
.
Minta ampun, minta doa, minta taubat kita diterima sebab masa ni lah yg kita ada dan kita dah pun dijemput sampai ke Rumah Nya. Tawaf ambil masa, xmcm solat yg ambil masa beberapa minit jer.
.
Peluang ni lah guna utk sucikan jasad, Akal, Hati & Roh kita. Kita tak lari dari silap, sebab tu lah ada peluang Umrah utk sucikan diri kita pada Allah.
.
Tawaf tu sendiri ruang utk connect hati kita pada Allah ... bergetar hati beb masa keliling tu yg sgt sukar kita nak rasa tempat lain. Ada 'gian' nya pada sesaper yg pernah Tawaf ni.. pasti akan rasa rindu pada Rumah Allah ni.
.
Habis jer tawaf kita akan masuk SAIE pula iaitu perjalanan Bukit Safa ke Bukit Marwah yang perlu dilengkapkan 7 perjalanan.
.
Di sini merasai bagaimana susahnya Siti Hajar yg ditinggalkan Nabi Ibrahim berseorang diri mencari air utk anak nya. Akhirnya perjalanan 'larian' tu tamat dengan penemuan air zam zam yg letaknya di tempat berbeza iaitu dekat dgn kaabah.
.
Apa lesson kita belajar tu? Kdg2 kat situ kita sibuk cari rezeki, tapi kalau Allah dah kata rezeki tu ada, cuma tempat jer bukan kat situ, maka kita ni xboleh give up nak mencari rezeki yg sememangnya Allah dah 'rezab' utk kita.
.
Bestkan!
.
Akhir sekali lepas saie ni kita perlu bercukur rambut sbg simbolik korbankan apa yg kita sayang dan 'serah' kepada Allah.
'
Maka lengkap lah perjalanan umrah tu yg melibatkan jasad, akal, hati & roh. Kepuasan & keseronokan tu Allah jer yg tau...
.
Last sesi malam tadi yg buat saya Lagi terbakar bila mentor kami menyatakan lagi penting membayar 'hutang' yg belum selesai sbg seorang Muslim iaitu ibadah 'Haji' yg sepatutnya menjadi keutamaan terpenting bg seorang Muslim sbb ia adalah Rukun Islam...
.
Ialah rukun utk melengkapkan diri sbg Muslim tu... InsyaAllah saya berdoa pagi ini supaya sy dapat bawa Isteri, Emak saya utk ibadah haji tahun ini.. saya mendoakan anda semua juga akan melengkapkan rukun Islam ke 5 ni nanti seberapa segera yang boleh.
.
Jangan sampai org lain yang buatkan kita badal haji sbb kita dah mati .. biarlah kita yang lakukan sendiri ibadah Haji tu selagi ada Nafas yang Allah berikan.... 😭
Dah baca?
Komen ' Tetamu Allah '
Mudah mudahan Allah jemput kita utk Umrah & Haji.
Pastu share ya utk manfaat ramai orang.
Najib Asaddok
Masjidil Haram
4 Ramadhan 1438H
.
#umrahramadhan
#umrahramadhan2017
#azizanosman
#najibasaddok
#titaniumpremier
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...