Anda kata saya tidak pernah buat bisnes? Ha ha ha ha ha.....
Saya tertarik dengan beberapa komen bahawa bagaimana saya mengajar tentang bisnes dan pemasaran sedangkan (kata mereka) saya tidak pernah run bisnes.
Tulisan saya ini agak panjang tetapi ia akan meletupkan sel otak anda Insha Allah untuk berfikir. Di sini suka saya kongsikan senarai pengalaman perjalanan bisnes saya. Dan faham satu perkara penting, di Malaysia, anda bukan boleh sesuka hati sebut anda jutawan melainkan anda benar-benar bayar cukai selayaknya kepada LHDN. Dibawah ini adalah perjalanan saya dalam berniaga walaupun mula kecil dan tiada modal hingga kini :-
1. First time saya "berniaga" adalah jual nasi lemak dan bihun goreng di sekolah rendah, sekolah Cina - Darjah 2 (1982).
2. "Perniagaan" seterusnya adalah darjah 4, mengajar tuisyen kepada 2 budak darjah 1, budak Melayu sekolah Cina. Ibu dan ayah mereka minta saya tolong ajar tuisyen dan saya dibayar satu subjek RM25/sebulan. Saya mengajar 3 subjek sahaja - 1984.
3. "Perniagaan" seterusnya adalah mengajar tuisyen kepada pelajar PMR - Umur 16 tahun.
4. Mula 'bermain' saham pada umur 17 tahun menggunakan akaun kakak.
5. Umur 18: Ambil exam insuran dan jadi agen Insuran - tidak pernah close case.
6. Umur 18: Jual vacuum cleaner Rainbow Hydrocleaner. Buat demo by appointment dari rumah ke rumah. Berjaya jual berpuluh biji, patutnya dapat RM550/biji tapi tak dapat duit sebab leader kata saya bawah umur - Duit tak dapat.
7. Umur 18: Jadi broker agen hartanah untuk Raine Horne Zaki Partners - 1 biji hartanah pun tidak mampu jual.
8. Umur 19-22: Masuk UiTM (Dulu ITM) Segamat. Mula berniaga dalam kolej. Jual nasi lemak/ nasi goreng/ bihun/ ambil order upah dobi/ jual rokok/ jual kalkulator/ bantal/ tempahan fotostat buku / ajar tutorial/ jual handphone (handphone baru masuk Malaysia).
9. Umur 22-24: Kerja mula basic RM1,500/bulan dan sambung belajar secara part-time pada waktu yang sama.
10. Umur 24 (1998) - 26 (2000) : Berhenti kerja dan berniaga.
- Jual kelapa - gagal
- Jual sabun basuh baju - gagal
- Jual produk kesihatan- gagal
- Agen Kontrak Pengilangan GMP produk kesihatan-gagal
- Berhutang dengan along/ bank - hampir bankrup / mati
11. Umur 27 (2/1/2001): Mula bekerja sebagai trainee door to door marketing & sales untuk produk kad kredit HSBC (100% Komisen) di bawah syarikat pemasaran di Melaka dan pada masa yang sama ambil exam Unit Trust untuk cuba jadi agen unit amanah secara part-time tapi tidak menjadi.
12. Umur 27 (1/9/2001): Masih bekerja syarikat yang sama. Berjaya lalui seluruh latihan dan melayakkan diri untuk ditawarkan memulakan syarikat perniagaan sendiri, syarikat pemasaran dan pengiklanan kontrak di bawah prinsipal tersebut di Melaka untuk projek pemasaran client HSBC Bank dan kemudian Standard Chartered Bank sehingga kemudian barulah Standard Charted Bank berani buka cawangan di Melaka
13. Umur 28 (2002) - Dari 1 orang dalam syarikat menjadi 300 orang. Portfolio pemasaran terbesar di Malaysia untuk client TMNet Streamyx.
14. Umur 29 (2003): Syarikat pemasaran Regal-Tycoon Holdings dinobatkan syarikat kontrak pemasaran terbaik di bawah prinsipal untuk projek TMNet dan mendapat anugerah 'Owner of the Year' dan 'Chairman's Platinum Award Winner 2003'. Hanya 11 orang dari seluruh dunia. Portfolio client ketika itu mencecah RM15 juta setahun.
15. Umur 30 (2004) : Expansion syarikat ke KL. Projek TMNet & Celcom.
16. Umur 31 (2005): Syarikat berkembang ke Pulau Pinang.
17. Umur 32 (2006): Syarikat berkembang ke Johor Bahru dan total portfolio client syarikat melebihi RM60 juta. Projek termasuk TMNet & Digi.
18. Umur 33 (2007): Prinsipal minta kembali ke Kuala Lumpur selepas expansion dan dinobatkan sebagai Ketua Organisasi Malaysia dan syarikat mempunyai portfolio menghampiri RM100 juta. Portfolio: TMNet, MAKNA, WWF dan Budimas.
19. Umur 34 (2008): Menamatkan kontrak syarikat dengan prinsipal dan decided untuk run independant syarikat pengiklanan dan pemasaran saya tanpa bergantung kontrak dengan mana-mana prinsipal. Dan mula established syarikat sebagai akredited advertising agency and marketing consultant firm. Dan masih run sehingga hari ini.
20. Umur 35 (2009) : Set-up beberapa buah syarikat lain di bawah Richworks Group of Companies termasuk Event Organiser, Training & Coaching, Marketing Consultant Firm, Corporate Services, Publications company, Property Investment Companies dan banyak lagi. Boleh baca di laman web Richworks.
21. Umur 41. Kepuasan hari ini Alhamdulillah adalah apabila dapat membantu lebih ramai anak bangsa membuka minda dan berkongsi ilmu pengalaman melalui seminar-seminar atau perkongsian secara online samada secara percuma atau berbayar. Komited menggunakan seluruh pengalaman jatuh bangun untuk terus membantu ramai di Malaysia dan misi seterusnya adalah seluruh dunia Insha Allah. Setakat hari ini, lebih 650,000 orang yang telah hadir program anjuran kami Masya-Allah Tabarakallah.
*Saya percaya dengan prinsip, jika anda mahu mengajar orang lain jadi usahawan dan jutawan yang berjaya, anda sendiri mestilah telah terbukti berjaya dan membayar cukai yang membuktikan anda telah mencapai tahap yang membuktikan anda boleh berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.
Saya tidak percaya dengan apa sesetengah orang di mana untuk berjaya dalam bisnes mesti kena anak orang kaya, mesti ada banyak modal, mesti kena dapat pinjaman kerajaan atau bank.
Dan saya juga percaya matlamat membina perniagaan adalah untuk membina kekuatan ekonomi dan kewangan agar dapat membayar zakat serta membantu lebih ramai orang lain Insha Allah.
Kenapa saya share ini?
1. Saya tidak suka bila ada yang kata, susah nak berniaga nak start kena guna banyak modal. Belum apa-apa mentaliti dah kata susah then susahlah.
2. Saya tidak suka orang kata saya jual air liur. Jika air liur begitu senang dijual, kenapa tidak semua orang boleh buat seminar dan create result sebagaimana begitu banyak kejayaan anak didik kami Insha Allah. Boleh tonton di YouTube: Azizan Osman. Saya membantu mereka yang mahu dibantu dan mahu dibimbing. Masa, dewan, sound system dan macam-macam lagi kos. Ini semua bukan percuma. Walaupun banyak seminar kami sebelum ini adalah percuma.
3. Saya bukan pakar motivasi. Saya berkongsi dan bercakap berdasarkan pengalaman yang telah terbukti Insha Allah serta formula-formula yang saya kumpulkan dan simpulkan agar lebih mudah orang lain follow.
4. Seminar saya ada yang free, contohnya seminar online 4-jam, ia adalah free. Ada yang RM30/orang dan ada yang beribu ringgit bergantung kepada apakah komitmen masa dan tahap pengalaman serta formula yang saya kena berikan. Universiti pun tidak free. Dan tidak ada sesiapa pun yang dipaksa untuk membayar apa-apa jika anda tidak mahu belajar dari saya. Baca buku dan baca melalui internet jika anda mahu. Cuma, saya ajar ikut apa yang telah terbukti berjaya kepada saya dan anak-anak didik saya yang telah aplikasikan apa yang saya bimbing mereka Insha Allah.
5. Saya amat mementingkan tindakan dan Result. Dan saya tahu seminar saya bukan untuk semua orang. Tetapi sesiapa yang pernah benar-benar laluinya, ikutinya dan aplikasikannya, Insha Allah akan dapat result yang luar biasa.
Saya ada bukti-bukti kejayaan anak-anak didik saya. Jika mereka belajar dan belum berjaya, saya yakin itu adalah kerana mereka tidak benar-benar komited melakukan tindakan dan komitmen mengaplikasikannya atau ia hanyalah proses tindakan mereka yang tidak cukup luar biasa.
Kenapa saya mula mengajar dan excited mengajar?
Pada tahun 2000, saya pernah jatuh hampir bankrup dan dikejar along. Saya pernah minta tolong 3 orang jutawan Melayu untuk berjumpa mereka, bukan untuk minta duit tetapi nak minta nasihat tetapi tidak ada seorang pun mahu berjumpa saya sedangkan mereka asalnya dulu juga dari keluarga susah seperti saya. Ayah saya kerja Jabatan Parit Tali Air sahaja. Mak surirumah. 3 orang jutawan Melayu tersebut tidak mahu berjumpa dengan saya tetapi seorang jutawan Cina yang tidak pernah sekolah sanggup jumpa saya dan beri nasihat kepada saya.
Kejadian itu membuatkan saya berjanji, sekiranya saya menjadi jutawan satu hari nanti, saya berjanji untuk bersedia berkongsi ilmu saya bagaimana untuk merubah hidup dan kewangan dengan berniaga Insha Allah. Dan Alhamdulillah hidup dan bisnes saya benar-benar berubah bermula tahun 2001 apabila saya mempunyai mentor, ilmu dan sistem serta strategi bisnes dan pemasaran yang betul.
Banyak perkara sentap yang berlaku yang "mould" diri saya sejak saya sekolah Cina 12 tahun ketika kecil. Saya didedahkan tentang mesti berniaga dan kuasai ekonomi dengan bisnes. Tetapi pada masa yang sama, anak bangsa saya sendiri bukan semua nak perbaiki hidup mereka. Kita jauh tertinggal dalam penguasaan ekonomi dan bisnes. Kita nak tunggu bila untuk bangkit?
Kenapa nak teruskan hidup biasa-biasa jika anda boleh hidup luar biasa bila ada ilmu?
Dan kenapa nak sakit hati bila lihat orang lain bangsa kita sendiri berniaga? Atau sakit hati melihat usaha dan pencapaian orang lain?
Ramai orang nak bisnes pula tetapi gagal atau rugi bertahun-tahun kerana sebenarnya tidak ada ilmu terutamanya ilmu pemasaran dan ego sombong tidak mahu belajar.
Saya pemilik syarikat swasta, saya bukan kerajaan. Saya pun bayar cukai kepada kerajaan. Saya tidak mampu beri semuanya percuma. Sebab itu Klinik Usahawan terbaru saya bulan November nanti, yurannya "mahal" iaitu RM30/orang (Bila daftar 3 orang sekumpulan) dan saya juga berikan buku terbaru saya free. Ia yuran yang hanya cukup untuk cover kos dewan dan penganjuran seminar. Dan jangan hadir jika anda tidak rasa penting untuk tingkatkan potensi diri, hidup keluarga anda dan tahap kewangan anda.
Maaf zahir batin jika ada perkongsian saya ini mungkin tidak selesa di hati anda. Dan niat saya juga untuk memberi inspirasi buat yang perlukan.
Yakinlah Allah swt boleh ubah hidup sesiapa sahaja yang Dia suka. Kita kena cari jalan untuk buat apa yang Dia suka dan belajar dari orang lain yang telah terbukti berjaya!
Jumpa saya nanti di Klinik Usahawan Dr Azizan Osman- Kuasai Potensi Diri, Wang & Bisnes Menjelang 2016.
P/S: Bisnes tidak semestinya produk fizikal. Syarikat arkitek, peguam, khidmat nasihat, perunding kejuruteraan adalah contoh perniagaan yang tidak berasaskan produk fizikal tetapi semuanya bermodalkan "air liur". Persoalannya ialah, adakah orang sanggup bayar untuk "air liur" anda?
Ini perjalanan bisnes. Perjalanan akademik akan menyusul.
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia!
#AzizanOsman
「unit trust consultant exam」的推薦目錄:
unit trust consultant exam 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
Perkongsian dari Kak Mel - Delizio Pizza
3.30pagi Jun 4,2013
Assalamualaikumwbkt..
Dao ,muga sentiasa dlm peliharaan Allah SWT.
Bukan salah tarikh lahir jika kita tidak berjaya..kalau kita ni “born to be rich’ pun kalau sikap boros dlm diri ada lama-lama kecundang juga.
Just nak sharing coz sharing is carring !
Allhamdulillah ..Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezekinya.
Kak Mel berterima kasih atas perkongsian elmu yg dipelajari sepanjang bergelar “Student” dlm program-program yg dianjurkan, Walaupun hampir setahun setengah untuk bergelar Graduan Platinum’…kak mel rasa bertuah dan sangat-sangat bersyukur kerana dengan izin Nya jua berjaya menjadikan ianya realiti Pertama kali seumur hidup sebab tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke menara gading so menitis airmata kesyukuran in real life nak tamatkan pengajian setelah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.
Kita hanya mampu merancang,tetapi perancangan Allah jua yg terbaik …selagi kita mampu dan masih diberikan kesempatan utk menikmati hidup didunia ini maka hargai lah setiap helaan nafas yg diberi.kesusahan,keperitan,kegagalan adalah lumrah hidup tetapi sejauh mana kita mampu bertahan dan pasrah atas ketentuanNya disitu lah letaknya keyakinan dan harga diri sebenar.
Disebalik tirai kejayaan pasti ada ranjau duri yg berliku yang ditempuhi,.Apakah kita terus menyalahkan takdir atau kembali muhasabah diri?
Berjaya? Soalan dan jawapan dlm perspektif yang berbeza bagi setiap individu.
Buat diri kak mel saat yg paling bahgia dan berjaya apabila dapat kembali membaiki kesilapan diri, menampal kekurangan yang ada,kembali bangkit mengatur langkah mengapai impian yg tercalar sekian lama.Mencari ‘cahaya’ yg hilang dek kelalaian dan kealpaan duniawi.
1) Elmu- kalau dulu mmg “Zero Knowledge” ,hidup syok sendiri berniaga…itu yang “jatuh gaung & langgar dinding sampai tersungkur …mujur lah temui formula MESTI dgn komitment dan kepercayaan akan HIKMAH disebalik kejadian .Allah SWT masih menyayangi hambaNya ,ujian yg diberi tanda kasih sayang Allah SWT ,sebagai peringatan …Allhamdulillah ! kak mel terjaga dari lamunan kesombongan diri ,rasa duka,kecewa,resah,marah dan mula belajar mensyukuri setiap yg dimiliki tanpa rasa keluh kesah lagi.
2) Disiplin…itu kesilapan yg dilakukan,tidak komit dengan apa yang dilakukan.Malas dan tiada perancangan dan matlamat yg jelas , buat asal boleh ajer…buat kerja tidak pernah habis,suka sekerat jalan…walhal ada bakat dan kepakaran.Akhirnya kak mel sedar masa disia-siakan begitu sahaja tanpa perancangan yg bijak.Sekarang kak mel jadikan setiap pekerjaan itu rutin harian yang menyeronokkan .Have Fun ” bukan keterpaksaan lagi …bila kita tidak ikhlas dengan apa yg kita buat itu yg kita rasakan ianya suatu tekanan dan bebanan,Allhamdulillah..setiap pekerjaan adalah ibadah kepada Allah SWT jua.Bila kak mel faham dimana silap cepat-cepat bertindak memperbaiki kelemahan yg ada… rasa happy sangat sekarang jalani hidup harian,
3) Saling Bermaafan dan kasih sayang kerana Allah SWT
Kita manusia yg tidak sempurna tapi Allah tidak pernah menghalang hambaNya mencari kesempurnaan itu…belajar memaafkan walaupun kadangkala terlalu sukar utk dilupakan.Hubungan suamisteri,ibubapa,adikberadik,jiran tetangga,rakan taulan …waimah musuh kita sekalipun,..
kadangkala kita tak perasan atau terlepas pandang akan perkara ini.Bila dah semak meter hati baru sedar keangkuhan dan keegoaan yg meranapkan kasih sayang.carilah redha orang-orang yg kita sayangi.pujuk hati utk memaafkan setiap malam dan pagi ,jadikan ianya rutin harian,lama kelamaan kita rasa tenang dan mula melupakannya.Bersangka baik selalu…walau tak semudah diucapkan tapi sekurang-kurangnya kita berusaha melatih diri.
4)Online 24434 dengan Allah SWT
Bila telefon tak berdering macamana nak dengar kabar berita,nak mengadu domba,berkasih sayang…kalau dok minta dengan manusia memanjang bosanlah pulak kan tapi bila kita dok telefon Allah tiap 5 waktu solat dlm setiap doa ,nak menangis,nak mengadu,nak minta tiap saat,jam ,hari Allah SWT lagi suka,lagi kasih dan sayang tanpa jemu atau bosan mendengarnya jadi apa pun situasi kita samada senang atau susah sentiasalah mengingatiNya jua dan bersyukur.Bila solat itulah kesempatan utk kita berbicara/komunikasi dengan Allah SWT. PadaNya jua tempat kita minta pertolongan …surah AlFatihah cukup besar makna yg tersirat.
5)Add Value Others People Life
The More U Give The More U Get It Back ” Gedung Rezeki Milik Allah SWT….kak mel mula sedari bertapa hidup ini lebih bererti bila kita dapat membahgiakan org lain,menghargai sebelum dihargai,menyayangi sebelum disayangi,membantu org lain berjaya bila kita sudah berjaya bukan buat hal sendiri.
kalau dulu x ramai kawan yg positif mind tapi bila kita bercampur dgn org2 berjaya dan berfikiran positif ,kaya dan berjaya kita tumpang juga aura kejayaan mereka.Jadikan kejayaan mereka inspirasi hidup kita bukan sakit hati,irihati akhirnya jd depressi hidup org lain.Happy bila ada network yg saling membantu tak lah rasa buat kerja sorang2…
Kalau nak sebut pasal kiraan tarikh lahir,kerjaya yg kak mel pilih ni langsung tidak bersesuaian ,sekadar jadikan panduan,baiki kelemahan dan cari kekuatan dan bakat atau kepakaran yg ada..kita tidak dilahirkan terus jadi Pakar dlm sesuatu bidang sehingga kita jadikan ianya kebiasaan..(terjebak belajar tarikh lahir dgn Dao )
contoh : Kak Mel terlibat dlm bidang perlaburan unit amanah saham hampir 5 tahun dgn zero knowledge ttg perlaburan.Dari org biasa jadikan diri luar biasa dgn mecari ilmu dan latih diri jadi mahir dan pakar dlm bidang tu. cabar diri jadi juara pada diri sendiri dan melayakakn diri utk jd qualifier tiap tahun ke luar negara anjuran sykt.Walhal bidang kewangan ni paling tak sesuai pilihan kerjaya utk org yg lahir elemen Kayu atau Root No 9 …lps IMKK di Dewan Mawar Johor kalau tak silap ,seminar potensi diri ,…tak ada pilihan lps gagal berniaga .nak berniaga lagi nama dah kena blacklist”,modal tak ada..do or die …itu aja pilihan kerjaya yg dtg masa tu ,modal air liur kata org kerja unit trust consultant ni..kena ambil exam utk dapat lesen…dalam Bahasa Inggeris pulak tu..kita ni sekolah tak sampai U ..bayangkan ajer nak terjun bidang tu tpi dah terdesak dan itu peluang yg ada sebulan juga mentelaah dgn siap kamus dewan kat sebelah bila belajar.Hari-hari latih tubi soalan-soalan Cute Exam ,akhirnya lulus setelah sebulan mentelaah maklum generasi X” otak dah beku bayangkan umur masa tu 45thn baru jumpa peluang tu..
Umur bkn halangan ..bila terdesak dan tertekan itulah menolak kita utk berusaha …ada bagus juga kan .Ujian hidup mematangkan kita.
Berniaga makanan itu kerjaya sebelum jadi unit trust consultant(utc), akibat tak berilmu ttg perniagaan habis semua hilang” ..berniaga sekadar cukup makan,hutang tak mampu nak bayar,hartabenda tergadai ,mujurlah semangat ni kuat,tak berputusasa,mula berjinak dgn seminar2 motivasi dan elmu..bila mula bergaul byk peluang datang ,melalui pendapatan komisen sebagai utc barulah dapat menyelesaikan masalah yg dihadapi.Bina semula perniagaan Pizza di Tapak Pasar Tani dan Pasar Malam.Lepas AMP Mac 2012 bertambah semangat dengan bantuan anak sulong yg juga turut serta AMP July 2012 mengorak langkah meluaskan kuasa perniagaan dari satu lokasi kepada 10 lokasi perniagaan .Allhamdulillah…lepas Graduasi Platinum 3/3/13 impian utk jadikan perniagaan Pizza atas jenama Delizio Pizza sebagai kesinambungan impian perniagaan utk anak-anak warisi lahirlah outlet /restoran Delizio Pizza yg Pertama di Danga Bay Skudai.Johor.Telah sebulan beroperasi ,syukur sangat-sangat bila pelbagai bangsa/kaum yg datang .Jualan di tapak pasar tani dan pasar malam sejak setahun mencecah hampir Rm 500k (sekitar Rm 38-40 k sebln ) ..hasil simpanan dan dengan pengurusan kewangan yg mula stabil kami mampu mebuka restoran tersebut dgn modal tunai sebanyak Rm 150k
Kutipan di restoran sekitar rm 800-1500 sehari ,dlm proses utk buat promosi, tempahan banting sekitar 100btg ,apa yang dipelajari akan kami follow dan praktikkan.
Kami mensasarkan jualan sebanyak Rm 150k sepnjang bulan ramadan di 3 lokari bazar ramadan sekitar Johor Baharu dan di Restoran Delizio Pizza di Danga Bay.
Tiada yang mustahil bila kita percaya pada kemampuan diri sendiri. Kita yg mampu ubah,tukar,dan inilah kalinya utk kita buat tindakan yg cepat tanpa terhegeh-hegeh ‘ ,dok komplen dan merungut memanjang..lebih baik bertindak ,lakukan sesutu daripada ianya menjadi tekanan yg meragut kebahgian dan impian.
Jadilah hamba Allah yg terbaik dan hebat di mata Allah justru kita akan kelihatan hebat dimata manusia. Bersyukurlah …
Ikhlas perkongsian ini utk renungan
yg baik datang dari Allah.sebaliknya atas kelemahan kak mel sendiri.
Salam maaf dan salam kasih sayang
https://www.facebook.com/DelizioPizza
-admin nao-
unit trust consultant exam 在 V Trust Consultancy | George Town - Facebook 的推薦與評價
V TRUST CONSULTANCY WISH all of you Happy New ... become Professional Unit Trust Consultant. ... New Members Passed Exam ... <看更多>
unit trust consultant exam 在 Unit Trust Basics CUTE Part 1/6 - YouTube 的推薦與評價
Watch the video to know the basics of Unit Trust in Malaysia. Also to prepare you for the Unit Trust CUTE Exam. ... <看更多>