#RichWellBantu - 400 Keluarga Terima Sumbangan Kilat
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) hari ini menyumbang sekotak makanan keperluan asas kepada 400 keluarga yang memerlukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria & Flat Bukit Angkasa.
Menurut Timbalan Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd, sumbangan tersebut diperolehi daripada usahawan-usahawan dan orang ramai yang bersama dengan nilai-nilai dibawakan kami bagi memberikan manfaat kepada orang lain.
Katanya, RichWorks terpanggil apabila melihat kesusahan dialami anggota masyarakat di luar sana hingga ada yang kibarkan bendera putih bagi mendapatkan bantuan segera.
"Sehubungan itu, pengagihan sumbangan kilat ini merupakan peringkat pertama selepas dilancarkan sendiri oleh Pengasas RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada Ahad lalu.
“Sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga terkesan setelah diberhentikan kerja, bisnes terpaksa ditutup, tidak dapat bekerja disebabkan operasi ditutup menyebabkan kehilangan punca pendapatan,” katanya ketika ditemui di PPR Pantai Ria, sebentar tadi.
RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks di mana ia mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008 lagi.
Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti memberi bantuan pada golongan asnaf, sumbangan makanan untuk barisan hadapan dan sumbangan ibadah korban.
Tambah Radz, alhamdulillah RichWell berjaya mengumpulkan sebanyak RM45,000 setakat ini.
"Terima kasih atas kerjasama semua pihak termasuk Datuk Rosyam Nor bersama St Rosyam Mart Sdn. Bhd. yang membantu dari segi barangan dan Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) agar terus diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.
“Pengagihan sumbangan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menyalurkan sumbangan yang diterima untuk keluarga-keluarga yang memerlukan ketika ini," jelasnya.
Radz memberitahu, pihaknya menyasarkan untuk mengumpul sumbangan berjumlah RM1 juta bagi bantu kira-kira 10,000 keluarga terjejas.
"Kami mahu menunjukkan bahawa usahawan bukan hanya memikirkan soal bisnes dan keuntungan semata-mata sebaliknya memberi dan menyumbang kembali kepada masyarakat seperti selalu ditekankan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” ujarnya lagi.
Bagi usahawan dan orang ramai yang mahu menyumbangkan bersama-sama RichWell, bolehlah melayari laman web richworks.com/RichWellBantu.
#RichWellBantu
#TeamRichWorks
「web bendera putih」的推薦目錄:
web bendera putih 在 ROTIKAYA Facebook 的精選貼文
Aplikasi yang dibangunkan tepat pada masanya
web bendera putih 在 3 Laman Web Untuk Mudahkan Pengguna Mencari Bendera ... 的相關結果
Sebagai usaha untuk memudahkan pengguna, kumpulan pembangun ini hasilkan laman web dalam memudahkan mencari bendera putih dan hulurkan ... ... <看更多>
web bendera putih 在 Bendera Putih ‒ Applications sur Google Play 的相關結果
Aplikasi ini bertujuan memudahkan orang awam mengesan lokasi rakyat yang memerlukan bantouan. Ia sebagai satu inisiatif rakyat Malaysia membantu satu sama ... ... <看更多>
web bendera putih 在 Sambal SOS 的相關結果
The rebranded and upgraded version of the previous bendera putih app. ... like the functionality of sambal SOS (previously Bendera Putih) app/website. ... <看更多>