Satu lagi pingat emas bersejarah diraih atlet negara, Cheong Jun Hoong pada Kejohanan Akuatik Dunia (FINA) di Budapest, Hungary semalam.
Dalam tempoh seminggu kebelakangan ini juga, kita telah menerima perkhabaran gembira dari Khairul Hafiz Jantan memadamkan rekod kebangsaan acara pecut 200 meter; Muhamad Ziyad Zolkefli memecahkan satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 di London dan kejayaan Abdul Latif Romly meleburkan rekod kejohanan acara lompat jauh lelaki T20 dalam Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017.
Setinggi tahniah diucapkan kepada kesemua mereka.
Siri kejayaan ini diyakini akan memberi inspirasi kepada kontinjen Malaysia mempamerkan persembahan terbaik mereka, seterusnya membantu negara muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA dan prestasi terbaik pada Sukan Para ASEAN akan datang.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...