疑難雜症萬事通
在網路上遇到任何問題都可以在這邊找找看唷

Search

double-decker bus的相關標籤

相關貼文 相關照片 相關影片
SATU LAGI USAHA KERDIL KITA UNTUK UMMAH MAPIM Malaysia gerakkan Ummah Double-Decker Mobile Clinic untuk beri Khidmat Percuma kepada pesakit Non-Covid Insyallah 'Ummah Double-Deck Mobile Clinic' kita akan digerakkan dalam masa terdekat untuk berkhidmat kepada pesakit non-covid19. Bakal ada 5 ruang rawatan dan sangat selesa untuk memberi bakti kepada mereka yang memerlukan khidmat dalam keterbatasan ini. Projek ini asalnya adalah untuk mobile dakwah bus namun kita ubahsuai sedikit sebuah bas untuk memenuhi permintaan perkhidmatan sokongan dengan nasihat team doktor pakar sukarelawan kita. Terima kasih kepada doktor sukarelawan yang bakal bertugas dan juga pewakaf yang menjadikan projek ini bermanafaat secara berganda! Kita beri khidmat percuma sahaja sepanjang PKP ini dan digerakkan atas sokongan sumbangan 'Dari Ummah Untuk Ummah' . Infaq berterusan sangatlah dialu-alukan, penyertaan wakaf dibuka dengan nilai RM300 untuk 1000 bahagian. Dana ini akan digunakan untuk memberikan khidmat ubatan, pemeriksaan percuma serta lanjutan pembukaan klinik Ummah. Hulurkan sumbangan dan sertai MISI UMMAH BANTU UMMAH ini menerusi wakaf/infaq/zakat online di www.BantuUmmah.com ATAU infaq menerusi akaun Tabung Kemanusiaan MAPIM (Maybank 562263540066). MAPIM boleh dihubungi menerusi talian Hotline 1300-888-038 #365HariAkuUntukUmmah (Dr) Sani Araby Al-Kahery Ketua Aktivist Kemanusiaan MAPIM Malaysia

SATU LAGI USAHA KERDIL KITA UNTUK UMMAH MAPIM Mal...