Aku masih teringat, Siaran TV hari itu adalah sangat menakutkan, berita terkini memaparkan Malaysia telah di serang, kelihatan gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out.
Kemudian terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..
Dalam kegelapan black out, aku merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, aku merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama kebingitan perperangan, Aku kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..
Tiga hari kemudian, bekalan makanan di rumah Aku sudah habis, beras, tepung, biskut, Maggie, dan kacang semua sudah habis di makan, Aku yang tidak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak makan aiskrim, lalu dengan terpaksa, Aku keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anakku, tapi anak saudara merangkap anak tiri kerana ayahnya yang merangkap kembarku telah meninggal dunia akibat kencing manis dua tahun lalu, tapi aku anggap macam anak sendiri, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..
Dari luar rumah, Aku terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta serta motorku nampaknya sudah hancur berkecai..
Dalam kesamaran pagi, yang dipenuhi kabus dan asap, namun aku masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai sudah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah aku perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan aku yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Aku kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, ajk surau, pemuda PAS, orang tabligh, JKK Umno, anti vaksin, ejen shopee, sipolan sipolan..
Oh, mereka semua sudah menjadi mayat..
Tiba tiba Aku terdengar bunyi tembakkan lagi, dan aku sempat lari bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Aku bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..
Dari tingkap bangunan persembunyian, Aku dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan, rumah di pecah masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan aku sangat panic tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahku di tendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri aku di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri aku mengelumpur meronta tapi di sepak dan di terajang membuatkan isteri Aku terus pengsan, air mata aku terus tumpah apabila melihat anakku juga di layan dengan cara yang sama kejam..
Mereke di seret ke tengah padang, sedang darah mengalir dari kepala mereka.
Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sorang demi sorang, anak anak juga di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri aku juga di rogol dan di tembak di kepla, anak aku juga mati di pijak..
Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu, atau parang lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur.., aku sudah tidak sedarkan diri.
Tak lama kemudian, aku terjaga dari pengsan, Aku dapati diriku bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat melarikan diri buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru aku perasan, kakiku yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kakiku telah tiada, dan rupanya aku pengsan akibat pendarahan teruk terputus kaki akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang sempat membantu memapah Aku lari ke hutan, kemudian mereka membalut lukaku.
Aku menangis lagi, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Aku makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh, air mata menamkah masin pada ubi mentah yang sungguh menyelarakan aku yang lapar ini..
Belum sempat aku habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membasahi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Aku campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Aku mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba aku menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut aku yang tenggelam timbul cuba menggapai sebab tak mampu berenang dengan satu kaki...
Akhirnya Aku dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., oh, rupa rupanya bukan kayu hanyut, tapi beratus ratus mayat yang sedang hanyut ke muara, dan aku bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu aku kenal, dan aku menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anakku juga sedang hanyut menuju muara..., sungai telah lama menjadi merah..
Apabila sungai mulai cetek, dengan susah payah aku tarik mayat isteri dan anakku ke tebing sungai, lalu aku baringkan mayat isteri di sebelah kanan, dan mayat anak di sebelah kiri sedang aku berbaring di tengah antara mereka..
Aku berbaring menunggu maut, kematianku sangat sedih, di saat begini aku teringat dengan kembarku yang pernah terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap kritikal. Kakinya di potong, tapi tak sesedih aku, sakitnya di ziarahi kawan kawan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, siap makan anggur dan layan Facebook, malahan, segala permintaan arwah yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun arwah masih rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis ‘installment’ dan baru lepas ‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!
Tapi aku hari ini, berbaring di tepi sungai bersama mayat isteri dan anak yang semakin berulat, tiada teman datang ziarah, tiada buah anggur,..oh, kejap lagi aku akan mati, kembarku waktu mati, mayatnya di mandikan, dikapan, di solat dan di arak kekubur naik keretamayat, lepas tu ada tahlil 3 hari, tapi aku mati hari ini, bersama mayat isteri dan anak yang berulat, dan mayatku juga akan berulat, dan mungkin akan datang anjing meratah mayatku, oh.., mengertilah aku kini erti merdeka..
Erti Merdeka:
"Merdeka adalah bila kita mati, mayat kita dimandikan, dikapankan, disolat, dan ditanam dengan bermaruah, dan jiran datang tahlil rumah kita, tak merdeka, bila kita mati, mayat kita dibiarkan berulat di tepi jalan kerana jiran sibuk berperang, selamat menjadi mayat yang merdeka.”
Selamat Merdeka, selamat hari Malaysia.
(Kisah ini dipetik dari Buku Hamka Keretamayat)
Ps: Merdeka yang sebenar adalah apabila kematian kita dicemburi oleh orang yang beriman. Sebagaimana kisah Sahabat yang syahid, Nabi uruskan mayat mereka hingga Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar merasa cemburu kepada mayat yang merdeka! sejauh mana kematian kita dicemburui orang beriman? atau kematian kita tidak dipeduli langsung kerana kita gagal menjadi muslim yang bermanfaat-renung renungkan, semoga Woha sampai syurga.
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Sedapnya makan biskut Florentine ni masa rangup2. Rasa manis dengan penuh rasa kekacang tu memang tak cukup kalau makan satu. Resepi Florentine Berk...
「biskut kacang」的推薦目錄:
- 關於biskut kacang 在 Facebook 的精選貼文
- 關於biskut kacang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於biskut kacang 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於biskut kacang 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於biskut kacang 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
- 關於biskut kacang 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於biskut kacang 在 Resepi Biskut Kacang | Try Masak | iCookAsia - YouTube 的評價
- 關於biskut kacang 在 Biskut Kacang Mazola yang mudah, step by step sukatan cawan 的評價
- 關於biskut kacang 在 Biskut Kacang - YouTube 的評價
- 關於biskut kacang 在 Cara Buat Biskut Kacang | Nostalgia Hari Raya | Wajib Buat 的評價
- 關於biskut kacang 在 Biskut Kacang Mazola Sukatan Cawan - YouTube 的評價
- 關於biskut kacang 在 Pin on Biskut Raya - Pinterest 的評價
- 關於biskut kacang 在 RESEPI BISKUT KACANG MOZELA Fav... - Kampung PASIR ... 的評價
biskut kacang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
RESEPI TEMPTATION RASPBERRY CAKE 8"
⠀
Bahan2
⠀
Biskut klasik:
5 biji telur
150gm gula
150gm tepung.
Campur semua bahan. Uli sampai jadi doh. Ratakan dalam loyang dan bakar
⠀
Kek Span Coklat:
30gm koko
200gm gula
100ml air
130ml minyak masak
5 biji telur
200gm tepung
0.5 sk soda
0.5 sk garam
0.5 sk serbuk penaik.
Campur semua bahan kacau sebati guna whisk / senduk dan bakar.
Cream Cheese
500ml Dairy Whipping Cream (anchor)
500ml mascarpone cheese
3-5 sb gula aising
Pukul WC dan gula aising hingga bertanduk. Dalam mangkuk lain pukul mascarpone cheese manja2. Kemudian satukan adunan. Kaup balikkan hingga sebati.
⠀
Respberry Cheese
70gm cream cheese
100gm puri respberry.
Kacau sebati sahaja
⠀
Krim Ganache:
200gm Dark Coklat
200gm Dairy Whipping Cream (anchor)
Double boil dan kacau sebati.
⠀
Lemon Curd:
3 kuning telur,
90ml jus lemon
90gm mentega
10gm kulit lemon
125gm gula
5gm tepung jagung
50gm blueberry - belah 2 - untuk tabur
Sedikit garam.
Campur semua bahan kecuali blueberry dan kacau sebati atas api kecil hingga pekat
Berry Kompot
350-400gm raspberi atau strawberi,
70 gm gula
70 gm air
10 gm tepung jagung
10 gm agar2
Campur semua bahan. Dan masak higga mendidih
Untuk tabur dan hiasan
50 gm kacang pistachio - di cincang halus
blueberry dan raspberry
Nak assemble tengok gambar.. x larat nak taip panjang2 sebab banyak lapisan
Dari lapisan bawah
Kek coklat - sapu bancuhan respberry cheese
Lapisan cream cheese
Tabur kacang pistachio
Lapisan ganache
Lapisan barry kompot
Lapisan cream cheese
Kek coklat - sapu bancuhan respberry cheese
Lapisan lemon curd - tabur blueberry
Lapisan biskut
Lapisan cream cheese
Kek coklat - sapu bancuhan respberry cheese
Coated dengan lapisan cream cheese
Lapisan coklat ganache
Tabur respberry dan bluberry
Kredit: fauzi karim
biskut kacang 在 Facebook 的最佳貼文
Siapa yang tak kenal dengan gula-gula yang rasa masam-masam manis ini.
Ini pun kegemaran orang kita.
Macam-macam perisa ada.
Tetapi mungkin ramai yang tak tahu gula-gula Lot100 ini dimiliki oleh Cocoaland Holdings Bhd. Ya syarikat ini tersenarai di Bursa Malaysia dan ianya patuh syariah.
Saham mereka pula berharga RM 1.85 pada 27/07/2021.
Dan sebenarnya ada banyak lagi produk yang di hasilkan oleh syarikat ini seperti air, biskut dan kacang.
Kejap, ini contoh sahaja.. Saya tak suruh anda beli.
Buat kajian yang sepatutnya terlebih dulu. Pelaburan adalah tanggungjawab diri sendiri.
Ada 746 lagi saham patuh syariah.
Pilihlah yang dapat memberi pulangan yang baik.
Faham ke faham?
.
.
#MentorSaham
#SahamIsCool
biskut kacang 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Sedapnya makan biskut Florentine ni masa rangup2. Rasa manis dengan penuh rasa kekacang tu memang tak cukup kalau makan satu.
Resepi Florentine Berkacang Rangup, Biskut Raya Mewah Tapi 'Mampu Milik'
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Biskut Florentine
Bahan-bahan
300 gm tepung florenta
100 gm kuaci putih
100 gm kepingan badam
100 gm bijan hitam
100 gm bijan
100 gm walnut
100 gm biji labu
Cara memasak
1. Bakar kuaci putih, kepingan badam, walnut, dan biji labu di dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 5 minit.
2. Kemudian, campurkan bijan hitam, bijan, tepung florenta dan kekacang yang telah dibakar sehingga sebati.
3. Tuangkan campuran tersebut ke dalam acuan kek cawan kertas untuk bentuk bulat dan loyang yang dialas baking paper untuk bentuk petak.
4. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 160°C.
5. Biskut Florentine Berkacang Rangup siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Crispy Florentine Recipe, Luxury But 'Affordable' Raya Cookies
This crispy Florentine biscuits is so delicious. The sweet taste with the full taste of nuts, seriously not enough one.
Crispy Florentine Cookie Recipe
Ingredients
300 gm florentine flour
100 gm white sunflower seeds
100 gm almond flakes
100 gm black sesame seeds
100 gm sesame seeds
100 gm walnuts
100 gm pumpkin seeds
Cooking methods
1. Bake white sunflower seeds, almond flakes, walnuts, and pumpkin seeds in the oven at 160°C for 5 minutes.
2. Then, mix black sesame seeds, sesame seeds, florentine flour, and baked nuts until well-combined.
3. Pour the mixture into a paper cupcake holder for a round shape and a tray lined with baking paper for a square shape.
4. Bake for 10-15 minutes at 160°C.
5. Crispy Florentine Cookies now ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #homemade #kuihraya #florentine #kacang #sedap #manis #rangup #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #nntaca #aquamarine #fightingrose
biskut kacang 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Selalunya kalau beli kat kedai biskut brownies ni boleh tahan mahal tau harga dia..baik buat sendiri je..resepi dia pun tak susah mana..sekali try ni mesti nak lagi..
Resepi Biskut Brownies Kedut Berbadam | Brownie Cookies With Almond Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Biskut Brownies Berbadam
Bahan-bahan
2 biji telur
140 gm gula aising
1 sb esen vanila
100 gm tepung naik sendiri
240 gm coklat gelap coin
80 gm mentega
Kacang badam (dicincang)
Nota: Juga boleh gunakan jenis kekacang yang lain.
Cara memasak
1. Campurkan telur bersama gula aising dan kacau sekata menggunakan pemukul telur.
2. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
3. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam campuran dan kacau sebati.
4. Dengan menggunakan kaedah double boil, cairkan coklat gelap coin dan mentega sehingga larut.
5. Campurkan larutan coklat ke dalam adunan tepung dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan menjadi bentuk bulat.
7. Taburkan badam yang dicincang dan bakar pada suhu 150°C selama 30 minit.
8. Biskut brownies berbadam siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Brownie Cookies With Almond Recipe
Ingredients
2 nos eggs
140 gm icing sugar
1 tbsp of vanilla essence
100 gm self-raising flour
240 gm dark chocolate coins
80 gm butter
Almond nuts (crushed)
Note: Also can be used with different types of nuts.
Cooking methods
1. Mix eggs with icing sugar and cooperate them using a whisk.
2. Add in vanilla essence and stir well.
3. Sift self-raising flour into the mixture and mix well.
4. Using a double boil method, melt the dark chocolate coins and butter.
5. Pour melted chocolate into the batter and stir evenly.
6. Pour the batter into a piping bag and pipe into round shape.
7. Sprinkle crushed almonds on top of it and bake at 150 °C for 30 minutes.
8. Brownie cookies with almonds ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#biskutbrownies #browniesberbadam #biskut #browniescookies #almondbrownies #brownies #pastry
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #mr_lovva #makenon #nntaca #kdboom
biskut kacang 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Korang suka tak makan biskut yang dipenuhi rasa coklat ?.. korang kena cuba resepi ni..sangat sedap dan rangup memang tak cukup sebalang kalau makan..
Resepi Biskut Cip Coklat Mudah | Simple Chocolate Chip Cookies Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan
1 cwn mentega
1 cwn gula kastor
1 cwn gula perang
2 biji telur
2 sk esen vanila
3 cwn tepung gandum
1 1/4 sk soda penaik
2 cwn cip coklat
1 cwn kacang badam cincang
Nota: Tambahkan 1/2 sk garam sekiranya menggunakan mentega tanpa garam.
Cara memasak
1. Bakar kacang badam pada suhu 160°C selama 5 minit atau sehingga warnanya bertukar coklat keperangan.
2. Ayakkan tepung gandum dan soda penaik ke dalam satu mangkuk.
3. Gunakan pengadun untuk pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sebati.
4. Masukkan pula telur satu persatu dan gaul sebati.
5. Tambahkan esen vanila bagi menaikkan bau adunan biskut.
6. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaulkannya sehingga sebati.
7. Tambahkan cip coklat dan kacang badam yang telah dibakar, seterusnya gaulkan sebati juga.
8. Sediakan dulang yang telah disapukan mentega dan alaskan dengan kertas minyak.
9. Kaupkan doh biskut dan letakkan di atas dulang yang telah disediakan tadi. Pastikan ada jarak antara biskut kerana ia akan mengembang ketika dibakar.
10. Bakar biskut pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga biskut bertukar keperangan.
11. Setelah selesai dan dibiarkan sejuk seketika, biskut cip coklat sedia untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients
1 cup of butter
1 cup of castor sugar
1 cup of brown sugar
2 nos egg
2 tsp of vanilla essence
3 cup of all purpose flour
1 1/4 tsp of baking soda
2 cups of chocolate chip
1 cup of almond nib
Note: Add 1/2 tsp of salt if you use unsalted butter.
Cooking methods
1. Bake almond nib at 160°C for 5 minutes or until the color turns golden brown.
2. Sift all-purpose flour and baking soda into a bowl.
3. By using mixer, beat the butter, castor sugar and brown sugar until well mixed.
4. Add eggs gradually and mix well.
5. Add vanilla essence to enhance the smell of the biscuits.
6. Add the mixture little by little and mix it thoroughly.
7. Add chocolate chip and baked almond nib, mix them well.
8. Prepare baking tray that has been greased with butter and put parchment paper on top of it.
9. Portion biscuits dough on baking tray that has been prepared. Make sure there's a gap between biscuits as the they will expand when baked.
10. Bake the biscuits at 160°C for 20 minutes or until it turns golden brown.
11. Once everything has been done and let to chill, the chocolate chip cookies are ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#biskutcipcoklat #chocchip #cookies #resepi #recipe #biskut #cipcoklat
#chocolatechip
#kisahdunia #rasaflix
#dapurterpanas #mr_lovva #lawakdboom #tanjakbiru #rinrinchan
biskut kacang 在 Biskut Kacang Mazola yang mudah, step by step sukatan cawan 的推薦與評價
Bismillahirrahmanirrahim,Biskut raya yang mudah. Biskut Kacang Mazola @surianti_kitchen.Bahan-bahan : 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak) ... ... <看更多>
biskut kacang 在 Biskut Kacang - YouTube 的推薦與評價
Hello ❤Boleh Follow dan Like Facebook saya untuk video terkini :)https://www.facebook.com/anishomerecipeCara-Cara Membuat Biskut Kacang ... ... <看更多>
biskut kacang 在 Resepi Biskut Kacang | Try Masak | iCookAsia - YouTube 的推薦與評價
Dapatkan resipi penuh Biskut Kacang di: http://www.icookasia.com/ biskut - kacang -2/ Bahan-bahan1 cawan kacang tanah (Kacang tanah ini digoreng ... ... <看更多>