Motivasi untuk fully breastfeed baby sehingga dua tahun.
Menyusukan bayi tidak mudah. Ada masa susu drop ada masa stok susu frozen rosak.Ada masa bayi reject frozen ebm.
Saya sendiri kalau ikut pengalaman menyusukan kembar sehingga dua tahun memang banyak memori suka dan duka. Antaranya bila stok susu yang dikumpul semasa berpantang habis sebelum kembar berusia enam bulan. Cuba bayangkan macam mana saya survive pump on daily basis,hasil perahan harini untuk dibawa ke nursery esok?
Selepas habis maternity leave,saya bekalkan susu sebanyak 2 oz untuk 5 kali menyusu kepada kembar bermakna demand setiap orang ialah 10 oz dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. So saya perlu supply setiap hari at least 20oz untuk bekalan hari esok. Bila kembar dah nak masuk 4 bulan saya up kan setiap orang 3oz sekali minum. Jadi saya perlu supply 30oz setiap hari untuk esok.
Bila stok susu dah makin menyusut dan lama kelamaan habis,saya punyalah risau tak tahu macam mana nak survive.
Alhamdulillah saya bertemu dengan rakan- rakan alam maya yang sama-sama berjuang menyusukan kembar sambil bekerja. Kami banyak bertukar ilmu dan saling beri semangat antara satu sama lain. Saya juga join group facebook Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM). Dalam group itu,kami diajar untuk tidak stress nak fully breastfeeding sampai dua tahun.
Caranya macam ini,bahagikan tempoh dua tahun kepada empat peringkat mengikut umur bayi:
(0-6 bulan)
(6-12 bulan)
(12-18bulan)
(18-24 bulan)
Peringkat pertama 0-6bulan
Mula-mula peringkat pertama iaitu (0-6bulan) ini seboleh- bolehnya diusahakan untuk dapat sampai habis.Okay sekejap sahaja baby dah umur 6 bulan. Alhamdulillah,kalau ikut pengalaman saya masa ni menyusukan kembar memang sangat meletihkan sebab menyusukan dua bayi serentak. Bila Dhia nak susu,Fina tidur. Jadi saya susukan Dhia sampailah dia tertidur kekenyangan. Okay settle seorang. Kemudian Fina pula merengek hendak susu,haaaa masa tu Dhia pun tersedar dan menangis jadi bila Fina minum of course lah Dhia pun minum kan 😅😂 Tu belum campur pulun nak buat stok,pump di ofis,pump waktu malam dan sebagainya.
Bila dah sampai 6 bulan, rasa bersyukur sangat sebab Allah Maha Mencukupkan dan memudahkan seiring dengan usaha.
Peringkat kedua (6-12bulan)
Peringkat ni masa tu sangat kritikal di mana saya perlu pump hari ini untuk bekalan esok. Demand ialah sebanyak 30oz untuk kembar.
Masa ini jugalah mama rasa stress,down, juga demam teruk sebab emosi pun tak berapa stabil. Termenung depan peti ais sambil tengok berapa oz susu ebm. Cukup ke untuk esok? Malam ni kena bangun pump. Nak pump pun susah sebab kembar kuat menyusu sampai mama pun tak tahu bila masa mama tidur. Tahu-tahu dah pagi 😂
Bila down sebab susu tak cukup. Saya akan bukak peti ais dan termenung sambil tengok susu. Kadang2 menangis. Bila solat selalu merayu2 dengan Allah "Ya Allah tolonglah hambaMu yang lemah ini. Tolonglah Ya Allah bagilah susu mama cukup untuk Dhia dan Fina".
Ada hari yang saya tak dapat supply sampai 30oz. Saya pernah bekalkan 6oz sahaja kepada kembar satu hari ini. Saya bahagikan dalam 4 botol untuk dua kali minum si kembar.
1.5oz x 4botol saya hantar ke sekolah pagi sebelum ke pejabat. Saya cakap dengan cikgu nursery. "Cikgu,saya dapat bekalkan ini sahaja untuk kembar. Nanti saya ambil seawal mungkin ya" Hati memang berat tapi kuatkan sahaja lah sambil fikir tak apalah Dhia Fina dah makan banyak mama bekalkan homemade food Insha Allah cukup susu itu.
Konsep tawakal saya kepada Allah memang lebih daripada 100% sebab saya tahu tiada siapa boleh tolong saya melainkan Dia. Allah Maha Pemberi Rezeki dan Maha Mencukupkan.
Alhamdulillah walaupun banyak ujian termasuk saya demam panas sampai tidak boleh bangun tiga hari. Belum campur nipple luka berdarah dan infected. Sampai bila check kat klinik doktor pun cakap "Aduh sakitnya macam manalah awak boleh tahan?!"
Allahuakbar. Pengalaman semua itu. Indah bila dikenang.Sekejap sahaja kembar dah setahun rasa macam tak percaya boleh survive fully breastfeeding walaupun susu sudah habis stok.
Peringkat ketiga 12-18bulan
Okay masuk ke fasa/ peringkat ketiga.
Masa ini sedapkan hati sebab tak mahu stress. Saya selalu cakap dengan diri sendiri "Takpa boleh ni sampai 18bulan sahaja.Lepas itu kalau dah tak larat cari alternatif lain untuk susukan kembar"
Bila suami tanya ok ke? Saya akan jawab " Allah memang akan bagi susu tu cukup. Kalau kembar susu pun banyak dan cukup untuk kembar. Kalau kembar tiga susu pun cukup untuk tiga orang Insha Allah"
Masa cakap tu memang ala-ala ustazah tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu macam mana rasa risau nak cukupkan susu si kembar. Nak tidur malam pun fikir susu esok cukup ke.
Lupa nak bagitahu,masa ni kembar masih lagi consume 3oz setiap kali minum di nursery untuk 5 sesi penyusuan.
Memang saya catu habis-habis sebab saya takut tak dapat penuhi demand kalau ajar anak sekali minum 5oz.
Ajaibnya dalam tempoh ini deep freezer saya boleh penuh sampai tak muat nak letak susu kat mana. Kat ofis pump memang pulun empat sesi dua kali sebelum lunch dan dua kali sebelum pukul 5 petang. Malam di rumah pun bangun pump malam.
Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah. Allah sangat membantu saya.
Bila susu drop saya akan troubleshoot kat mana silap. Saya stress ke? Saya skip pumping session ke? Saya kurang minum air ke?
Tarik nafas dalam-dalam dan pump sambil tengok gambar anak dalam handphone.
Senyum sorang-sorang dan gelak bila tengok video anak.
Alhamdulillah habis peringkat ni kembar dah berusia 18 bulan.
Peringkat keempat (18-24bulan)
Dah sampai ke peringkat terakhir. Hati rasa gembira sebab tak sangka boleh survive sampai kembar setahun setengah fully menyusukan.Hati kena kuat dan ada sikit degil nak teruskan sampai kembar dua tahun.
Alhamdulillah,susu walaupun taklah mencurah tapi masih cukup untuk penuhi demand si kembar.
Total susu dihantar ke nursery masih sama, 3 oz satu botol 5 botol seorang.
Stok susu frozen juga bergerak. First in first out (FIFO) juga diamalkan macam biasa.
Tak sangka deep freezer boleh penuh sekali lagi dan susu saya sangat meriah pada masa bulan puasa. Subhaanallah!
By the time kembar dah setahun 10 bulan mereka dah taknak EBM di nursery. Bila cikgu panaskan susu dan letak dalam botol kembar akan cakap "Eeeeeee taknak susu putih" Tak tahulah dapat idea dari mana. Jadi di sekolah akan tidur dengan minum air kosong dan peliknya cikgu cakap kembar suka. Saya tak pernah bekalkan susu formula kepada kembar.
Saya masih pump macam biasa walaupun tahu tiada siapa nak minum. Saya ada serahkan susu kepada anak susuan juga.
Bila petang lepas kerja ambil kembar kat nursery memang habislah mama diserang sebab nak qadha minum susu. 😂
Situasi ini berlarutan sampailah kembar berusia 3 tahun dua bulan baru betul2 wean off. Masa tu nisreen dah ada dalam perut mama.
------------------------------
Fully breastfeeding tak mudah. Kita perlu jadi kuat kental dan degil untuk menjayakannya sampai dua tahun. Konsep tawakkal kepada Allah juga sangat diperlukan sebab rezeki susu tu Allah yang beri.
Tak perlu susu banyak melimpah ruah untuk fully breastfeeding. Hanya perlu fahami konsep demand vs supply dan keep on pumping dengan cara yang betul.
Alhamdulillah sekarang saya sedang nak habiskan fasa kedua untuk nisreen pulak. Dua bulan merasai nikmat nipple berdarah berlubang 'macam kucing bergaduh' akibat gigi nisreen.
Doakan saya berjaya susukan nisreen sampai dua tahun 😘😉😉😉
(Updated) 7 Disember 2017: Nisreen wean off pada hari kelahiran baby Saeed pada 27 November 2017.Alhamdulillah atas rezeki dan pengalaman pahit manis menyusukan Nisreen selama dua tahun lima bulan.
Bersambung untuk baby Saaed pula.
May Allah ease.Bismillah.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過9,610的網紅Annur Syuhadah,也在其Youtube影片中提到,Susu Ibu x Susu Formula - Pakar Nutrisi Bayi Dr. Nurul Husna bt. Mohd Syukri #lactation #laktasi #pakarzatmakanan #pakarnutrisi #paediatrik #breas...
「breastfeeding vs formula」的推薦目錄:
breastfeeding vs formula 在 Annur Syuhadah Youtube 的最佳解答
Susu Ibu x Susu Formula
- Pakar Nutrisi Bayi Dr. Nurul Husna bt. Mohd Syukri
#lactation #laktasi #pakarzatmakanan #pakarnutrisi #paediatrik #breastfeeding #momsmilkisthebestmilk #supportbrestfeeding #asi #airsusuibu #pejuangASI #penyusuanSusuIbuEkslusif #susuibu
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/7pyVgiM5L7w/hqdefault.jpg)
breastfeeding vs formula 在 Breastfeeding vs. Formula Feeding - WebMD 的相關結果
Scheduling feedings may be easier. Formula isn't digested as quickly as breast milk, so formula-fed babies don't need to eat as often, ... ... <看更多>
breastfeeding vs formula 在 Breastfeeding vs. formula feeding - MedlinePlus 的相關結果
Health experts agree that breastfeeding is the healthiest option for both mom and baby. They recommend that babies feed only on breast milk for ... ... <看更多>
breastfeeding vs formula 在 Breast-feeding vs. formula-feeding: What's best? - Mayo Clinic 的相關結果
Breast milk contains the right balance of nutrients for your baby and boosts your baby's immune system. It's considered the gold standard for infant nutrition. ... <看更多>