Kek Lapis Benji Roll MyZiff Bakers sejuk beku ni sedap buat kudap-kudapan sambil minum teh petang-petang. Nak pulak tambah ais krim vanila, lagi terangkat sampai gunung Everest!
Ikuti Laman Rasmi Pembangunan Usahawan Negeri Selangor
#destinasitv #benjiroll #UPENSelangor #PKNS
同時也有9部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH ? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10 Link Shopee » https://shopee.com.my/rasaku...
「pencuci mulut sejuk」的推薦目錄:
- 關於pencuci mulut sejuk 在 Facebook 的精選貼文
- 關於pencuci mulut sejuk 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於pencuci mulut sejuk 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於pencuci mulut sejuk 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於pencuci mulut sejuk 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於pencuci mulut sejuk 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於pencuci mulut sejuk 在 Rasa - Pencuci mulut enak manis, dingin dari peti sejuk.... 的評價
- 關於pencuci mulut sejuk 在 PLUS Malaysia | - Facebook 的評價
- 關於pencuci mulut sejuk 在 22 Ice cream ideas | aiskrim, pencuci mulut, resipi makanan 的評價
pencuci mulut sejuk 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Resepi Cheesekut Leleh banjir 🤩🤩😋🤩
Boleh la mendessertkan diri 😂
Ikut resepi ni yee 😌😌😌
BAHAN BAHAN :
1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
1/2 tin susu pekat
1/4 cawan susu segar
250g cream cheese Tatura
*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)
CARA BUAT :
1. KISAR BAHAN
Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.Nak guna mixer pun boleh.
2. RENDAMKAN BISKUT
Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.
3. LAPIS-LAPISKAN
Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.
Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.
4. LETAK TOPPING
Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.
5. SEJUKKAN
Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!
Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.
Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.
Selamat mencuba!
Sumber : Tun Natasya
pencuci mulut sejuk 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Pencuci mulut yg sedap & ringkas. Enak dimakan walaupon cuaca sejuk sbb hujan membasahi bumi hampir setiap hari. Resepinya kt bawah ye 👇
AGAR² LUMUT VERSI JAGUNG
Bahan-Bahan:
1 peket agar-agar tali 25g
2 cawan santan
Gula – ikut suka manis masing-masing
Secubit garam
6 cawan air
3 biji telur
Sedikit pewarna kuning + sedikit perisa jagung
Cara Memasak:
💚 Rendam agar² 15 min.
💚Cuci & toskan.
💚Masukkan air ke dalam periuk bersama-sama agar-agar & masak hingga agar-agar larut sepenuhnya.
💚Tambah gula ikut manis yg disukai. Kacau lagi & tunggu sehingga gula hancur sepenuhnya.
💚Sementara itu telur, santan, garam & pewarna kuning dipukul bersama.
💚Setelah sebati semuanya bolehlah di tuangkan ke dlm periuk agar² tadi.
💚Kacau² supaya sebati semuanya. Kemudian biarkan sebentar supaya ia mendidih lagi.
💚Biarkan saja ia mendidih tapi jngn sampai melimpah dari periuk ya.
💚Bila dh nampak ia hampir melimpah kecilkan api.
💚Masak sebentar lagi.
💚Tutup api & bolehlah tuangkan ke dlm loyang yg sesuai ( loyang basahkan dulu ya supaya senang nk keluarkan ).
💚Sejukkan sebentar di luar sebelum dimasukkan ke dlm peti sejuk.
💚Dah siap bolehlah potong. Enak dimkn sejuk². Selamat mencuba 😋.
pencuci mulut sejuk 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok Di Dapur Fendi, yang dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod lepas, Fendi dah pun tunjuk cara-cara membuat Tomyam Masak Lemak, Paprik Ayam dan juga Kerabu Taugeh dengan Kerang. Tak lengkap lah hidangan makan malam kita kalau tak ada pencuci mulut . Haaa jom tengok macam mana cara mudah buat Cendol dan Sagu Gula Melaka.
Bahan dan cara penyediaan gula melaka:-
Sedikit air
3 helai daun pandan
4 blok gula melaka
3 sudu gula merah
Panaskan periuk bersama sedikit air. Masukkan daun pandan, gula melaka dan gula merah. Kacau sehingga semua sebati bahan sebati. Biar gula melaka sejuk dalam suhu bilik.
Bahan dan cara penyediaan santan berlemak:-
Sedikit air
3 helai daun pandan
1 kotak kecil santan pekat Rasaku
Panaskan periuk bersama sedikit air. Masukkan daun pandan dan santan pekat Rasaku. Tambahkan sedikit garam untuk rasa yang lebih berlemak.
Bahan dan cara penyediaan Sagu Gula Melaka:-
1 mangkuk sagu
1 camca pewarna merah
4 sudu gula putih
Gula merah (dimasak)
Santan (dimasak)
Masakkan kesemua sagu bersama air dan pewarna merah. Biar selama 10 minit untuk sagu masak. Sejukkan sagu yang sudah dimasak dan sedia untuk dihidang. Hidangkan sagu bersama santan berlemak dan gula merah.
Bahan dan cara penyediaan Cendol:-
Ketulan ais batu
Cendol
Jagung manis Rasaku
Kacang merah tin
Gula merah (dimasak)
Santan (dimasak)
Tumbuk ketulan ais batu dengan lesung batu ataupun kisar dengan penyisar ais. Letakkan cendol, jagung manis dan kacang merah di atas ketulan ais. Tambahkan gula merah dan santan yang telah dimasak tadi. Cendol sedia dihidang untuk di nikmati pada waktu panas terik.
Jangan lupa untuk mencuba kedua-dua pencuci mulut dengan menggunakan produk Rasaku, mudah dan confirm sedap. Tag kami di Facebook dan Instagram @DESTINASI TV
#destinasitv #resepitok #rasaku #resepimuda #dapurfendi
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
pencuci mulut sejuk 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Sekali pandang dessert ni pun dah nampak 'menggiurkan'. Rupanya yang cantik berkilat dengan warna-warni daripada pelbagai jenis buah-buahan segar. Makan pula sejuk-sejuk, fuhhh memang nikmat sangat!
Resepi Agar-Agar Cermin Buah, Cantik Berkilat Bikin Hati Terpikat
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Agar-Agar Cermin Buah
Bahan-bahan (Agar-agar Putih)
1 paket serbuk puding vanila
1 liter air
Bahan-bahan (Agar-agar Buah)
1 paket serbuk agar-agar
1 liter air
1 cwn gula
buah tembikai
buah tembikai susu
buah strawberi
buah limau tin
buah laici tin
Cara memasak
1. Agar-agar Putih: Didihkan air dan masukkan serbuk puding vanila. Kacau sebati dan tuangkan larutan tersebut ke dalam acuan.
2. Keraskan agar-agar tersebut sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Potong agar-agar putih dan susun semula agar-agar tersebut ke dalam acuan.
4. Masukkan buah-buahan dan agar-agar putih yang telah di potong secara berselang-seli ke dalam acuan.
5. Agar-agar Buah: Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut.
6. Tuangkan larutan ni ke dalam acuan tadi.
7. Keraskan semula selama 30 minit – 1 jam sebelum dihidangkan.
8. Agar-Agar Cermin Buah siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tasty Glass Fruit Pudding Recipe That Everyone Will Love
This dessert texture is very 'seductive'. The mirror glaze cosists with various colors from several fresh fruits. Imagine when it is eaten cold, definitely very yummy and tasty!
Glass Fruit Pudding Recipe
Ingredients (White Jelly)
1 packet vanilla pudding powder
1 liter water
Ingredients (Fruits Jelly)
1 packet agar-agar powder
1 liter water
1 cup of sugar
watermelon
honeydew
strawberries
canned mandarin
canned lychee
Cooking methods
1. White Jelly: Boil water and add in vanilla pudding powder. Stir well and pour the mixture into the mold.
2. Set the agar-agar for at least 1 hour.
3. Cut the white part and arrange it back into the mold.
4. Pour the fruit jelly mixture into and add in selection of fruits that have been cut.
5. Fruits Jelly: Boil water, add in agar-agar powder and sugar into the pot. Cook until sugar dissolves.
6. Pour this mixture into the previous mold.
7. Set them back for 30 minutes – 1 hour before serving.
8. Glass Fruit Pudding is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #agaragarcerminbuah #glassfruitpudding #agaragarbuah #agaragarkaca #mirrorjelly #cake #pudding #dessert #pencucimulut #agaragar #jelly #resepimudah #resepimudahdansimple #dessertrecipe #resepiagaragarbuah #cantikberkilat #buahbuahan #fruit #pudding
#kisahdunia #rasaflix
#mr_lovva #nntaca #kdboom
pencuci mulut sejuk 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Teringin nak makan dessert yang sedap dan gebu ? Korang wajib try buat cream puff ni..tekstur yang lembut dan rasa yang sangat creamy..ditambah dengan rasa buah-buahan..takkan rugi punyalah !
Resepi Krim Puff Sos Kastard Berkrim | Cream Puff & Creamy Custard Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan (Krim Puff)
100 gm mentega
275 gm air
150 gm tepung gandum
3 biji telur
1 sk esen vanila
1 sb gula aising
Bahan-Bahan (Sos Kastard)
1 cwn susu segar
1 cwn krim putar
1/2 sk esen vanila
1/3 cwn gula
3 kuning telur
1/4 cwn tepung jagung
Nota: Ayakkan satu sudu besar gula aising keatas krim puff sebagai hiasan.
Cara Memasak (Krim Puff)
1. Masak air seketika. Masukkan mentega dan masak sehingga cair.
2. Masukkan esen vanila dan tepung. Gaul sehingga campuran menjadi doh.
3. Letak di tepi dan biarkan ia sejuk seketika.
4. Masukkan telur satu demi satu dan whisk sehingga doh sebati dan berkilat.
5. Masukkan doh tersebut ke dalam piping bag dan paipkan di atas dulang yang beralaskan kertas minyak.
6. Basahkan sedikit hujung jari dan ratakan sedikit puncak krim puff tersebut. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.
Nota: Dilarang membuka ketuhar ketika proses membakar kerana ia akan membuatkan krim puff penyek.
Cara Memasak (Sos Kastard)
1. Masukkan susu, krim putar, esen vanila, gula, kuning telur dan tepung jagung ke dalam periuk.
2. Kacau pada suhu rendah sehingga campuran tersebut menjadi pekat dan berkilat.
3. Tutup api dan sos kastard siap untuk dipaipkan ke dalam krim puff.
Nota: Gunakan suhu api yang sederhana untuk mengelakkan sos kastard hangit.
Cara Penyediaan
1. Potong separuh krim puff dan paipkan dengan sos kastard.
2. Hiasakan dengan potongan buah strawberry dan ayak gula aising keatas krim puff.
3. Krim puff sos kastard siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (Cream Puff)
100 gm of butter
275 gm water
150 gm of all-purpose flour
3 nos eggs
1 tsp of vanilla essence
Ingredients (Custard Filling)
1 cup of fresh milk
1 cup of whipping cream
1/2 tsp of vanilla essence
1/3 cup of sugar
3 egg yolks
1/4 cup of corn flour
Note: Dust one tablespoon of icing sugar on the top of cream puff as garnishing.
Cooking Methods (Cream Puff)
1. Boil water for a moment. Add in butter and cook until fully melted.
2. Put in vanilla essence and flour. Mix until it becomes a dough.
3. Set it aside and let it cool for a while.
4. Put in eggs one by one and whisk until dough is well-combined and shiny.
5. Place the dough inside a piping bag and pipe it on a tray lined with parchment paper.
6. Wet your finger tip lightly with water and smooth the peaks out. Bake at 180°C for 15 minutes.
Note: Do not open the oven during baking process to avoid the puff from flatten.
Cooking Methods (Custard Filling)
1. Put milk, whipping cream, vanilla essence, sugar, egg yolks and corn flour in a pan.
2. Stir at low heat until the mixture thicken and shiny.
3. Turn off the heat and custard filling is ready to be piped into cream puff.
Preparation Methods
1. Cut cream puff into half and pipe custard filling into the puff.
2. Garnish with sliced strawberries and dust top of cream puff with icing sugar.
3. Cream puff with custard sauce is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#krimpuff #creampuff #soskastard #creamycustard #pencucimulut #dessert #creamy #krim
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #lemankakap #sya #rinrinchan
pencuci mulut sejuk 在 PLUS Malaysia | - Facebook 的推薦與評價
OrderDisini pencuci mulut sejuk yang pasti menyegarkan dari Ali's Juice ✨ [Whatsapp untuk pesanan]... ... <看更多>
pencuci mulut sejuk 在 22 Ice cream ideas | aiskrim, pencuci mulut, resipi makanan 的推薦與評價
Pencuci Mulut Sejuk. Aiskrim. Yogurt Sejuk · Recipe for creamy coconut mojito ice pops! Made with coconut milk, lime, maple. ... <看更多>
pencuci mulut sejuk 在 Rasa - Pencuci mulut enak manis, dingin dari peti sejuk.... 的推薦與評價
Pencuci mulut enak manis, dingin dari peti sejuk. Ummpph pelengkap sajian anda. Jom cuba aneka resipi pencuci mulut nih. #majalahrasa #rasashare. ... <看更多>