Resepi Puding Koktail 😋
💗Resepi Kuah💗 ( bahan A)
1 tin susu cair
2 cawan susu segar (saya gune dutchlady)
1 stgh sudu besar tepung kastard
Secubit garam
6 besar sudu gula (terpulanglah pd masing2 ye..kl nak manis tambah gula lg....)
💗 Cara2💗
Masukkan susu cair dah susu segar dalam periuk....masakkan atau dapur....masukkan gula, garam dan tepung kastard (tepung kastard ni bancuhkan dulu dgn adunan susu tadi dlm cawan supaya tidak berketul...dah bancuh terus masukkan dlm susu tadi)... Kacau semua sehingga menjadi pekat....harus diingat...mesti sentiasa mengacau kuah ini dan menggunakan api perlahan utk mengelakkan hangit...
Nampak kuah dah pekat boleh tutup api....
💗Resepi puding💗 (bahan B)
1 cwn tepung kastart
5 cwn air
Nisbah 1:5 (tak kesah lah nak sukat guna cawan / mug / mangkuk)
💗Cara2💗
Masukkan bahan2 dlm periuk...kacau puding atas api hingga menjadi pekat...(agak2 dah mengelegak lama boleh tutup api...)
Dah sejuk, boleh masukkan dlm bekas..sejukkan dlm peti ais....dah sejuk boleh potong pudong ni kecik2 (potong dadu - sebesar nata de coco)
💗Bahan2 campuran utk dimasukkan ke dalam kuah nanti💗 (bahan C)
1. Buahan campuran dlm tin - ambik sedikit air utk dicampurkan ke dalam kuah..jgn bnyk agt..sekadar kuah tu nanti rasa masam2 manis
2. Kacang merah kidney dlm tin - tapiskan dulu utk buang air...ambik kacangnye shj
3. Nata de coco (letaklah pelbagai warne dan perisa supaya nampak cantik bewarna warni) - ambik isi nye sahaja..air sy x ambik
4. Buah plum ( sy gune sun sweet - utk rasa masam2 manis) - hiris kecik2
5. Kacang goreng
Nota : bahan2 diatas adalah bahan yg saya selalu masukkan utk dijadikan puding koktail.namun anda semua boleh memasukan ape sahaja bahan yg anda semua rasakan sedap utk dimasukkan ke dalam kuah tu nanti..cth : boleh masukkan buah segar seperti tembikai susu, nenas (potong dadu), juga boleh masukkan agar2, sumi..😄😄
Dah ada semua bahan, boleh satukan kedalam satu bekas....
Bahan A + Bahan B + Bahan C....
Nak makan sejuk...masuk
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Puding Trifle Kastard Tiga Layer. Nak tahu cara masakan? Tonton di https://youtu.be/H1oNdZffF88 #Shorts...
「puding kastard koktail」的推薦目錄:
puding kastard koktail 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Resepi Puding Trifle
Resepi Puding Trifle Sedap :
1 gulung Kek Swiss Roll Pandan
Bahan Lapisan Kastard :
1 tin susu cair
1 cawan kastard
2/3 cawan gula
3 cawan air
Lebihan air cocktail
Bahan Puding Jelly :
1 kotak Jelly 90 gram jenama Nona
400 ml air
Bahan Koktail :
1 tin isi buah-buahan koktail yang diasingkan air dan isinya
Cara Penyediaan Resepi Puding Trifle Koktail :
#1: Tapis asingkan isi buahan koktail dan airnya.Air kita akan guna di bahagian lapisan kustard nanti.Potong kek gulung dan susun pada dasar loyang/bekas.Guna bekas empat segi lebih senang daripada bekas bulat.Padat dan rapatkan.Isi celah ruang dengan baki kek gulung. Ambil 2,3 sudu air koktail dan lembabkan kek .Lembabkan bukan basahkan ya.
#2: Dalam satu periuk, masukkan tepung kastard, susu cair, air dan lebihan air koktail tadi, kacau terlebih dahulu supaya sebati dan tepung kastard tidak berketul.Bila dah sebati baru masak dengan api kecil di atas dapur. Masukkan gula dan sentiasa kacau dengan whisk sehingga likat dan mulai pop buih.Tutup api dan tuang ke atas lapisan kek tadi.
Sedapnya resepi puding trifle ni.Tambah-tambah ada tips kek gulung mana yang sedap,cara elak kastard berketul.Memang kena buat puding trifle resepi ni.
#3: Tabur isi koktail pada lapisan kastard.Anda juga boleh guna buah peach,laici.Sedap.Seterusnya masa untuk memasak jelly Nona.Ikut arahan penyediaan di belakang kotak.Ikuti dengan betul supaya puding trifle anda betul-betul menjadi dan rasanya sangat sedap.
#4: Dah masak air Jelly, tuang ke dalam bekas puding.Sejukkan di luar sebelum masukkan ke dalam peti ais dalam anggaran 2 jam.Siap untuk dihidangkan.
Memang sedap kan puding trifle ni bila dijamu dalam majlis hari lahir dan sebagainya kan.Selamat mencuba.
puding kastard koktail 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
PUDING BUIH
BAHAN:
2 paket agar-agar serbuk –(1paket 10gm)
1200 ml air
6 sudu besar gula – tambah jika suka manis
4 biji telur gred A – simpankan 1 kuning telur untuk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin buah koktail /longan – pilihan
1 sudu kecil pes pandan
Sedikit pewarna dan pes/emulco- ikut cita rasa
BAHAN KUAH:
1 tin susu cair
2 tin air – guna tin susu cair
7 sudu besar gula – ikut cita rasa, kalau suka manis tambah
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yang diambil dari 4 biji telur tadi
2 helai daun pandan – simpul
1/4 sudu kecil garam
1. Masak agar-agar serbuk bersama air, pes pandan/daun pandan dan gula hingga mendidih. Apabila mendidih padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
2. Setelah itu, agar-agar sudah suam, pukul telur hingga betul-betul kembang dan gebu (4 putih dan 3 kuning sahaja). Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tidak tumpah) barulah masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga kembang dan gebu.
3. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam adunan telur dan pukul dengan mixer hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian jika hendak buat dua lapisan/warna puding. Masukkan pewarna dan pes yang disukai dan kacau hingga sebati. Basahkan acuan dengan air biasa dan tuangkan adunan pertama dan biarkan mengeras sedikit di bahagian atas.
5. Kemudian tuangkan lapisan seterusnya dengan perlahan-perlahan di tepi bahagian mould (seeloknya tuang atas belakang sudu/senduk) supaya adunan tidak masuk ke dalam lapisan sebelumnya. Setelah puding suam, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dihidangkan.
puding kastard koktail 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Puding Trifle Kastard Tiga Layer.
Nak tahu cara masakan?
Tonton di https://youtu.be/H1oNdZffF88
#Shorts
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/FUDAlyEgb8Y/hqdefault.jpg)
puding kastard koktail 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Puding trifle kastard ni bukan je nampak cantik tapi sedap sangat tau. Rasa masam manis buah koktail dalam lapisan agar-agar, keenakkan kek gulung yang lembut di lapisan bawah dan dimakan pula waktu sejuk-sejuk memang padu. Jom try buat.
Resepi Puding Trifle Kastard Tiga Layer Mudah Dan Sedap
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Puding Trifle Kastard
Bahan-bahan (Lapisan Bawah)
kek gulung pandan
1 tin buah koktel
Bahan-bahan (Kastard)
1 cwn tepung kastard
1/2 cwn gula
2 cwn susu segar
Bahan-bahan (Agar-agar)
1 pkt serbuk agar-agar
1/2 cwn gula
2 cwn air
1 sk sirap ros
Cara memasak (Kastard)
Campurkan tepung kastard, gula, susu segar dan kacau sebati.
Masak campuran tersebut menggunakan api sederhana sehinggga pekat dan berkilat. Ketepikan.
Cara memasak (Agar-agar)
1. Campurkan serbuk agar-agar, gula dan air.
2. Masak gunakan api sederhana sehingga semuanya larut sempurna.
3. Masukkan esen sirap, kacau dan ketepikan.
Penyediaan
1. Susun kek gulung pandan di permukaan gelas dan tekan sedikit.
2. Curahkan air koktel ke seluruh permukaan.
3. Tuangkan kastard dan ratakan menggunakan sudu. Sejukkan seketika.
4. Letakkan buah koktel dan tuang pula larutan agar-agar. Sejukkan di dalam peti ais selama 1-2 jam.
5. Puding trifle kastard siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Easy And Delicious Custard Pudding Trifle Three Layers Recipe
"CAPTION"
Custard Pudding Trifle Recipe
Ingredients (Bottom layer)
pandan swiss roll cake
1 canned cocktail fruits
Ingredients (Custard)
1 cup of custard flour
1/2 cup of sugar
2 cups of fresh milk
Ingredients (Jelly)
1 pckt agar-agar powder
1/2 cup of sugar
2 cups of water
1 tsp of syrup rose
Cooking methods (Custard)
Mix custard flour, sugar, fresh milk and stir well.
Cook the mixture using medium heat until thicken and shiny. Set aside.
Cooking methods (Jelly)
1. Mix agar-agar powder, sugar and water.
2. Using medium heat, cook until agar-agar powder and sugar perfectly dissolve.
3. Add in rose syrup, stir and set aside.
Preparation
1. Arrange pandan swiss roll cake on glass surface and press a bit.
2. Pour cocktail juice to all surface.
3. Pour custard and spread well using spoon. Let them cool for while.
4. Put cocktail fruits and pour in agar-agar mixture on top. Chill for at least 1-2 hours.
5. Pudding trifle custard ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#puding #kastard #trifle #custard #pudding #kek #cake #popular #hightea #dessert #pudingkastard #pudingtrifle #easy #resepi #recipe
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #mr_lovva #nntaca #kdboom #nrsalnaz
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/H1oNdZffF88/hqdefault.jpg)