Oppa Dennis 颜小丹 is back!! This time he's going to recommend some yummy food for you on Selera Lazada! Stay tuned on his #LazLive on 16 July, 10pm!!
Watch here :>> https://s.lazada.com.my/s.byRaE
#GoWhereYourHeartBeats #SeleraLazada
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
seleralazada 在 Abang Brian Facebook 的最佳貼文
Sebelum kite masak masak lagi secara langsung esok di #SeleraLazada pada kul 10pm ni abg brian payungkan resipi minggu lepas menggunakan udang besor besor dari @mysejadi
#AbangBrianCooks
UDANG BUTTERMILK berempah
* 10-13 ekor udang besar
* Sedikit serbuk kunyit dan garam
* 5 tangkai daun kari, diambil daun sajo
* 3 sudu mentega
* 2 sudu besar bawang putih dicincang
* 1 sudu kecil serbuk kari ikan
* 4 cili api, dibelah dua
* 125ml susu sejat
1. Dalam kuali, goreng udang yang telah digaulkan bersama kunyit dan garam sehingga kemerahan (setengah masak). Ketepikan dan toskan minyak berlebihan.
2. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan daun kari dan bawang putih sehingga bau naik. Masukkan serbuk kari dan cili api. Masak sehingga serbuk kari garing.
3. Tuangkan masuk susu cair dan ubah rasa dengan garam dan gula mengikut citarasa. Biarkan mereneh dan memekat sedikit. Gaulkan masuk udang.
#tipsAbangBrian
-kalo suka pedas boleh tambahkan lagi cili api
- Kuah ini boleh digunakan utk makanan laut lain seperti sotong atau kupang
#prawns #buttermilk #udang #seafood #tumis #malaysianfood #malaysianrecipes #asianrecipes #recipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #resipi #101kesihatan #kesihatan
seleralazada 在 Abang Brian Facebook 的最佳解答
Kalo korang cam abg brian selalu terlebih masak nasi impit lepas tu kuah, rendang semua dah abis nak buat apooooo?!!!
Seperti yang dijanjikan di #SeleraLazada setiap khamis pada kul 10pm, ni abg brian payungkan resipi yang telah dikongsikan secara langsung di applikasi @lazada.my
#AbangBrianCooks
LONTONG GORENG
8 biji ketupat segera yang telah direbus
1 keping dada ayam, dihiris kecil
2 ulas bawang putih, dicincang halus
3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3 daun bawang dihiris kasar
2 cili merah, dihiris kasar
1/2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil gula
Kicap cair secukup rasa
2 biji telur, dipukul sedikit
1. Dalam kuali besar, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga bau naik.
2. Masukkan cili kisar dan juga rempah kari yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kesemua bahan perasa dan juga ayam dan gaul sehingga ayam cukup masak.
4. Gaulkan masuk cili, daun bawang dan nasi impit.
5. Ketepikan dan pecahkan telur. Masak cam telur hancur dan bila kental, gaulkan dengan nasi impit yang telah dimasak.
6. Perasakan dengan gula, kicap cair dan lada putih secukup rasa.
#tipsAbangBrian
- pastikan cukup minyak digunakan supaya cili dan rempah kari masak dengan sempurnanya.
- Utk elakkan nasi impit berkecai, gunakan yang telah disimpan semalaman dalam peti sejuk.
#lontong #lontonggoreng #rayarecipes #raya #syawal #nasiimpit #malaysianfood #compressedrice #malaysianrecipes #asianrecipes #recipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #resipi