Mari lihat antara makanan-makanan yang enak di sekitar Pasar Malam Seksyen 7 Shah alam ini! 🥰
📍Pasar Malam Seksyen 7 (Dibuka setiap Rabu)
48, Jalan Plumbum 7/99, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
#destinasitv #asmr #pasarmalam #seksyen7 #shahalam #malaysianfoodie
同時也有45部Youtube影片,追蹤數超過3,530的網紅Iena Eliena,也在其Youtube影片中提到,Pada 9 Febuari yang lepas Syarikat dimana Cik iena bekerja telah mengadakan annual dinner secara virtual. Mungkin kedengaran agak pelik tapi ianya ada...
makanan yang enak 在 Lee Chong Wei 李宗伟 Facebook 的精選貼文
Selamat Hari Malaysia, anak-anak Malaysia.
Tak pernah tak bangga bercerita yang saya ni anak Malaysia. Kalau adanya next life atau hidup semua selepas akhirat, harap dilahirkan di tanah air yang indah ini jugak.
Lokasi mantap, bebas dari bencana alam dan malapetaka. Cuaca elok sepanjang tahun dengan adanya sumber semula jadi berleluasa. Matahari, Hydro, Angin, Petroleum, Gas, Kelapa Sawit, timah, emas, arang dan lain-lain lagi. Selat Melaka pun kita punya. Rakyat berbilang kaum beramah mesra berbudi bahasa. Makanan enak macam-macam ada. Gunung dan lautan semuanya lawa-lawa. Holiday paling banyak dan disambut bersama-sama. Malaysia sememangnya negara paling best dan masyuk sekali sepatutnya.
Tahun 2020 2021 memang tak senang. Tetapi waktu yang paling teruk telahpun lepas. Saya yakin kita akan menang berlawan Covid ini tak lama lagi. Sememangnya Covid tidak dapat dihapuskan, tetapi dengan usaha program vaksin negara, jelas nampak ianya berhasil. Cahaya di hujung terowong semakin jelas kelihatan!
ChongWei sayang betol dengan negara Malaysia kita. Sempena Hari Malaysia tahun ini, jom sama-sama kita menghayati negara kita ini, dengan tukar sikit soalan dalam hati ramai. Dari “Apakah yang boleh negara lakukan demi saya?” kepada “Apakah yang boleh saya lakukan demi negara saya?”
“Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country” – John F. Kennedy
这些抗疫的日子,大家都有着不一样的经历,无论是喜是悲是好是坏,一切终将会过去,随着时代巨轮一起跨越和向前迈进。马来西亚日这天,有句很喜欢的肯尼迪名言要跟大家分享"别问国家能为你做什么,要问你能为国家做什么!"希望马来西亚越来越好,一切可以早日回到轨道。
makanan yang enak 在 Facebook 的最佳解答
Jangan tak percaya tau saya tak pernah makan taugeh goreng kicap sehingga lah saya dah berkahwin. Belajar makan dan belajar masak ni dengan keluarga mertua di https://www.aziekitchen.com/2021/09/taugeh-goreng-kicap-yang-sedap.html Video di Azie Kitchen Youtube Channel di https://youtu.be/c9YHuXpMbao
Nampak tak macam mana saya jadi sangat berminat untuk belajar dan mengumpul resipi sejak kecil kerana saya ingin merasa masakan enak enak yang disiarkan dalam majalah majalah wanita. Saya teringin nak makan mee goreng kerana hanya makan mee bodo yang dijual dalam talam atas pasar sahaja.
Keluarga saya makan simple sekadar makan untuk hidup sahaja. Banyak masakan dan makanan yang tak pernah makan kecuali hari raya. Antaranya sate dan nasi minyak yang makan pada hari raya di rumah mak saudara setahun sekali sahaja.
Di mana kita bermula tak penting kerana akhirnya saya juga diberi peluang untuk menikmati keenakan makanan dan masakan dalam hidup ini. Alhamdulillah.
makanan yang enak 在 Iena Eliena Youtube 的最佳貼文
Pada 9 Febuari yang lepas Syarikat dimana Cik iena bekerja telah mengadakan annual dinner secara virtual. Mungkin kedengaran agak pelik tapi ianya adalah kenyataan. Seperti kita sedia maklum duia telah dilanda wabak Covid-19. Wabak yang sangat bahaya ini sedikit sebanyak telah melumpuhkan sistem ekonomi negara. Banyak sektor terpaksa bekerja daripada rumah dan hanya sebahagian sektor sahaja yang dibenarkan beroperasi namun perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Acara Annual dinner bagi setiap syarikat merupakan acara wajib setiap tahun bagi menghargai pekerja. Bagi meneruskan acara ini walau dimusim pandemik covid-19, Syarikat kami telah menganjurkan Virtual Annual Dinner melalui voov meeting. Persediaan untuk Virtual annual Dinner ini tentulah telah diatur lebih kurang dua minggu awal oleh Buffed club committe.
Buffed Club merupakan nama kelab yang kami namakan dimana ianya merupakan sekumpulan ahli jawatankuasa yang berfungsi untuk merancang aktiviti sosial syarikat dikalangan pekerja. Wujudnya Kelab ini adalah untuk mempereratkan lagi sillaturrahim sesama rakan sekerja. Kami tidak sekadar bekerja malahan tetap keep in touch diluar waktu bekerja.
Pelbagai aktiviti yang diaturkan. Terpulang sama ada pekerja mahu sertai atau tidak. Untuk yang sertai pasti ada reward. Kami mempunyai aplikasi untuk Buffed club yang merekodkan kehadiran. Bagi setiap kehadiran pula diberi diamond. Dimana diamonds ini boleh ditukarkan kepada pelbagai jenis barangan makanan di pantry office.
Okay Cik iena teruskan kepada acara Virtual Annual Dinner kami. Antara aktiviti yang kami rancang adalah pertandingan best dress,pertandingan nyanyian dan juga terdapat game ringkas iaitu Draw and guess. Anda boleh tonton vlog yang sempat Cik iena rakam. Wlaubagaimanapun untuk draw and guess cik iena tak sempat rakam sebab Cik iena sedang menyemak keputusan undian pertandingan nyanyian.
Untuk acara-acara yang kami aturkan setiap bahagian mempunyai person incharge untuk laksanakan . Cik iena ditugaskan untuk membuat borang online bagi penyertaan nyanyian dan juga borang untuk undian. Untuk borang penyertaan serta undian pertandingan nyanyian dan pertandingan Best Dress kami menggunakan Google form sahaja.
Seperti annual dinner biasa mesti ada host untuk majlis ni. Kali ni acara ini di hostkan oleh Afni dan juga Shah. Memang meriah afni and shah yang jadi host sebab mereka berdua di pejabat memang suka tergelak dan memang lawak orangya jadi acara jadi lebih meriah. Comel sangat bahasa rojak Afni buat kami terhibur.
Jika sebut annual dinner pasti tidak lari dari hidangan makanan yang sedap. Pastinya kami juga dijamu dengan makanan yang enak. Syarikat mengaturkan penghantaran makanan dari Nale The Nasi Lemak untuk semua pekerja. Maaf Cik iena pun tak sempat ambil gambar makanan sebab masa makanan sampai team ajk buffed club sedang rehearsal untuk majlis virtual annual dinner.
Ya sudah pasti akan ada reherasal supaya majlis virtual annual dinner nerjalan lancar sama seperti majlis annual dinner yang sering kita adakan. Berikut merupakan tentatif majlis kami dan juga Cik iena kongsikan vlog Virtual Annual dinner kami baru baru ini.
Virtual Annual Dinner 2020
Baca selanjutnya di http://www.ienaeliena.com/2021/02/virtual-annual-dinner-2020.html
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger
Virtual dinner,Online dinner,Virtual meeting,Voov,Voov dinner,virtual gala,virtual dinner party,virtual dinner date ideas,annual dinner performance,annual dinner performance ideas,virtual reality,Virtual Annual Dinner 2020,annual,dinner,virtual,annual dinner,Draw and guess,lucky draw,cabutan bertuah,majlis virtual annual dinner,vlog Virtual Annual dinner,vlog,undian pertandingan nyanyian,Nale The Nasi Lemak,nale,host,buffed club,pertandingan nyanyian
makanan yang enak 在 putri oshyn Youtube 的精選貼文
nah gaes jadi hari ini aku mau kuliner makan Tahu campur daging sapi cuma Rp.10.000 aja tepatnya ada disragen kidul pasar bunder.
jangan salah biarpun jualannya dipinggir jalan dan pakai gerobak tapi rasanya tu gak kalahsama yang diresto.
soooo,,,,
buat kalian yang serimg lewat sini jangan lupa mampir ya.maknyooossss
makanan yang enak 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Pokok Lemuni (lemuni hitam) atau nama saintifiknya Vitex trifolia adalah tanaman herba yang popular di utara Semenanjung Malaysia. Spesies lemuni tumbuh renek dan berkayu serta mempunyai ketinggian rata-rata satu hingga tiga meter, namun mampu mencecah hingga lima meter.
Tumbuhan yang lebih mudah dijumpai di kawasan kampung ini ternyata menyimpan banyak khasiat dan digunakan sebagai ubat tradisional merawat penyakit. Daun yang direndam dan dijadikan mandian dikatakan mampu memulihkan anggota badan lemah manakala bahagian akar yang direbus dipercayai baik untuk ibu baru lepas bersalin.
Selain diambil sebagai ubat tradisional, pucuk muda atau daun lemuni turut enak dijadikan ulam selain digunakan sebagai bahan masakan. Antara hidangan yang terkenal adalah nasi lemuni yang mencampurkan jus daun lemuni bersama santan dan dimasak bersama nasi.
Ikuti Fendi di dalam Resepi Tok Minggu ini belajar untuk menyediakan Nasi Lemuni, beserta lauk pauk yang menjadi kebiasaaan dalam menu ini. Antara makanan yang dimasak ialah, Ikan Sambal Giling yang sangat enak dimakan bersama nasi berasa herba ini.
Link Bahagian 1: https://www.youtube.com/watch?v=mubz2-FzMM8
#destinasitv #nasilemuni #resepitok
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.