Ibadah Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
Sebagaimana ibadah haji, umrah di wajibkan ke atas manusia sekali dalam seumur hidup, dengan ketentuan adanya istitha'ah (kesanggupan), kecuali penduduk Makkah sebab mereka hanya di wajibkan menunaikan haji, sedangkan umrah tidak. Di antara kelebihan dan hikmah ibadah umrah ialah:-
1. Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya.
2. Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.
3. Menghilangkan kefakiran dan dosa. Diriwayatkan oleh hadis sahih bawasa 1 dirham yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan dan kebaikan akan digandakan sebanyak 700 dirham.
4. Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya "masuklah ke dalam syurga"
5. Menjadi tetamu Allah, tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji,berumrah dan berperang.
6. Pahala dan ganjaran dilipatgandakan, mengabulkan apa yang mereka doakan.
Oleh itu saya menyeru kepada semua saudara-saudari Islam sekalian. Tangguhkanlah niat ke Paris, Disneyland, dan tempat-tempat lain dan fokuskan segala tenaga dan usaha ke Tanah Suci dahulu. Datanglah ziarah ke rumah Allah. Sesungguhnya tiada tempat yang lagi afdal dan indah selain bumi Makkah dan Madinah. Amin..
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「miqat haji dan umrah」的推薦目錄:
- 關於miqat haji dan umrah 在 Ashraf Muslim Facebook 的最讚貼文
- 關於miqat haji dan umrah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於miqat haji dan umrah 在 Najib Asaddok Facebook 的最佳貼文
- 關於miqat haji dan umrah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於miqat haji dan umrah 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於miqat haji dan umrah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
miqat haji dan umrah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
[7 Kali Umrah Pahala Sekali Haji?]
Selepas sesi tazkirah bersama Ustaz Abdul Ghafur dan Ustaz Akbar Azmi, baru saya sedari dari mana asal usulnya umrah berulang kali yang dikejar oleh masyarakat Nusantara. Dikatakan 7 kali umrah maka pahalanya sama dengan sekali haji. Hadisnya berbunyi;
"Haji, Haji, Haji, Haji, 7 Kali umrah sekali Haji"
Hadis ini diriwayatkan oleh pemandu teksi Mekah. Ya, HADIS RIWAYAT PEMANDU TEKSI MEKAH menurut Ustaz Abdul Ghafur yang belajar di Mekah dan berguru juga dengan Sheikh Yusuf al-Qardhawi. Kini pemandu teksi yang mencipta serta menyebarkan hadis palsu sebegini telah ditangkap oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Amar Makruf Nahi Mungkar. Namun masyarakat Nusantara masih terus melakukan umrah berulang kali kerana hadis riwayat pemandu teksi itu tadi. Lebih menyedihkan apabila disampaikan perkara ini kepada jemaah yang lain, mereka beralasan takkan mutawif tak tahu sedangkan dia kata ini hadis sahih. Wallahi, ini suatu pendustaan atas nama Baginda SAW.
Perbuatan mengulangi umrah beberapa kali dalam satu perjalanan tidak diketahui daripada sunnah Nabi dan para sahabat. Nabi SAW pernah berada di Makkah selama 19 hari waktu Pembukaan Makkah, baginda tidak keluar ke tanah halal untuk berihram umrah. Baginda pernah berada di Makkah 3 hari sewaktu Umrah Qadha’, tanpa melakukan umrah lain pun. Begitu juga para sahabat.
Kata Ash Sheikh `Abdul `Aziz Bin Abdullah Bin Baz رحمه الله : “
Ada pun mengerjakan `umrah berulang kali selepas selesai mengerjakan haji dengan keluar untuk berihram ke Tan`im, Ji`raanah atau lainnya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang padahal sudah mengerjakan `umrah sebelum haji, tidak mempunyai satu dalil pun yang menunjukkan disyariatkan amalan ini. Bahkan nas-nas yang ada menunjukkan bahawa yang utama ialah meninggalkannya kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat رضي الله عنهم tidak pernah melakukannya setelah mereka menyelesaikan haji , kecuali `Aaishah رضي الله عنها . Beliau mengerjakan `umrah adalah kerana beliau belum lagi mengerjakan `umrah bersama orang lain ketika masuk Makkah kerana datangnya haidh. Kerana keuzurannya beliau meminta izin Nabi صلى الله عليه وسلم untuk mengerjakan `umrah , sebagai ganti umrahnya yang telah diniatkan sejak dari Miqat dan Nabi صلى الله عليه وسلم mengizinkannya .
Dengan demikian beliau telah mengerjakan `umrah sebanyak dua kali, iaitu `umrah yang dilakukan bersamaan dengan amalan hajinya dan `umrah secara tersendiri. Oleh itu sesiapa yang mempunyai kes sama seperti `Aaiahah رضي الله عنها maka tidak mengapa dia mengerjakan `umrah selepas selesai haji kerana mengamalkan hadith ini dan memberi keluasan kepada umat Islam . Namun begitu, tidak diragukan lagi, selain `umrah yang telah mereka lakukan ketika masuk Makkah , adalah menyusahkan orang ramai dan menyebabkan berasak-asakan serta boleh menyebabkan kecelakaan , di samping menyalahi sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم . “
Saya hanya berkongsi ilmu yang dipelajari dan terpulang kepada sesiapa untuk mengikutinya atau tidak kerana sesungguhnya hanyalah Allah yang mampu memberikan taufiq & hidayah. Saya mohon siapa yang mempunyai dalil dari kitab hadis tentang 7 kali umrah pahala sekali haji untuk kongsikan dengan saya agar saya dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya. Wallahualam...
miqat haji dan umrah 在 Najib Asaddok Facebook 的最佳貼文
Umrah satu perjalanan jasad, akal, hati & roh.. ia satu ibadah yang mempunyai 'journey' yang sedikit panjang berbanding ibadah2 lain. Kenapa? WHY?
.
Meja bulat malam tadi bersama mentor & guru kami Dr Azizan Osman di Hajar Tower Mekah membuka kotak pemikiran saya pada satu ' next level ' lagi betapa penting ibadah umrah untuk penyucian jiwa..
.
Kenapa umrah satu ibadah perjalanan ? Yerlah kalau dr Madinah kita dah mulakan niat Miqat di satu tempat bernama Bir Ali. Kita memakai ihram sepanjang perjalanan ke Mekah yg ambil masa 3-4 jam.
.
Sampai2 jer terus masuk ke Masjidil Haram utk mulakan 'perjalanan' seterusnya iaitu tawaf keliling kaabah 7 pusingan.
.
Kat situ mcm2 'pakej perangai' manusia akan 'ditayangkan' depan kita. Tak mau sebut, tp anggap ia satu cabaran/dugaan/ujian Allah dlm perjalanan kita tu. Sila ABAIKAN apa shj karenah manusia dan FOKUS sungguh2 utk 'Connect' dgn Allah SWT semasa keliling Rumah Allah tu.
.
Minta ampun, minta doa, minta taubat kita diterima sebab masa ni lah yg kita ada dan kita dah pun dijemput sampai ke Rumah Nya. Tawaf ambil masa, xmcm solat yg ambil masa beberapa minit jer.
.
Peluang ni lah guna utk sucikan jasad, Akal, Hati & Roh kita. Kita tak lari dari silap, sebab tu lah ada peluang Umrah utk sucikan diri kita pada Allah.
.
Tawaf tu sendiri ruang utk connect hati kita pada Allah ... bergetar hati beb masa keliling tu yg sgt sukar kita nak rasa tempat lain. Ada 'gian' nya pada sesaper yg pernah Tawaf ni.. pasti akan rasa rindu pada Rumah Allah ni.
.
Habis jer tawaf kita akan masuk SAIE pula iaitu perjalanan Bukit Safa ke Bukit Marwah yang perlu dilengkapkan 7 perjalanan.
.
Di sini merasai bagaimana susahnya Siti Hajar yg ditinggalkan Nabi Ibrahim berseorang diri mencari air utk anak nya. Akhirnya perjalanan 'larian' tu tamat dengan penemuan air zam zam yg letaknya di tempat berbeza iaitu dekat dgn kaabah.
.
Apa lesson kita belajar tu? Kdg2 kat situ kita sibuk cari rezeki, tapi kalau Allah dah kata rezeki tu ada, cuma tempat jer bukan kat situ, maka kita ni xboleh give up nak mencari rezeki yg sememangnya Allah dah 'rezab' utk kita.
.
Bestkan!
.
Akhir sekali lepas saie ni kita perlu bercukur rambut sbg simbolik korbankan apa yg kita sayang dan 'serah' kepada Allah.
'
Maka lengkap lah perjalanan umrah tu yg melibatkan jasad, akal, hati & roh. Kepuasan & keseronokan tu Allah jer yg tau...
.
Last sesi malam tadi yg buat saya Lagi terbakar bila mentor kami menyatakan lagi penting membayar 'hutang' yg belum selesai sbg seorang Muslim iaitu ibadah 'Haji' yg sepatutnya menjadi keutamaan terpenting bg seorang Muslim sbb ia adalah Rukun Islam...
.
Ialah rukun utk melengkapkan diri sbg Muslim tu... InsyaAllah saya berdoa pagi ini supaya sy dapat bawa Isteri, Emak saya utk ibadah haji tahun ini.. saya mendoakan anda semua juga akan melengkapkan rukun Islam ke 5 ni nanti seberapa segera yang boleh.
.
Jangan sampai org lain yang buatkan kita badal haji sbb kita dah mati .. biarlah kita yang lakukan sendiri ibadah Haji tu selagi ada Nafas yang Allah berikan.... 😭
Dah baca?
Komen ' Tetamu Allah '
Mudah mudahan Allah jemput kita utk Umrah & Haji.
Pastu share ya utk manfaat ramai orang.
Najib Asaddok
Masjidil Haram
4 Ramadhan 1438H
.
#umrahramadhan
#umrahramadhan2017
#azizanosman
#najibasaddok
#titaniumpremier