"Abang mayat, ada tak movie kartun islamik yang best saya nak tonton waktu PKP ini?"
*****
Err, boleh cuba Filem Bilal: A New Breed of Hero. (2015)
Tidaklah terbaik, Namun boleh tonton dan lepas tu baca ulasan ini...
Alkisahnya, Filem ini adalah terbitan arab, dan bila ditayangkan pihak barat sendiri terhibur dengan filem ini, siap masuk 100 filem animasi terbaik dunia.
Apabila saya tonton, patutlah Barat suka, sebab filem ini tak nampak terlalu islam, mesej islam terlalu tersembunyi dalam filem dan saya seolah olah menonton Bilal versi yang lain, bukan versi Bilal yang saya kenal.
Namun pujian saya berikan kepada animasi 3D yang sangat cantik, setaraf Pixar atau Disney Filem. Gambaran tanah arab yang cantic, malahan Watak Kuda sangat “hidup” termasuk watak “helang”.
Tak lupa, waktu End Credit, lukisan tangan dibelakang nama pembikin filem sangat indah.
Bila saya baca pembikinan filem Bilal, wah, sangat dahsyat! 20 negara berkerja sama nak buat animasi ini, babak burung helang sahaja perlukan masa selama 10 bulan nak siapkan, dengan 5 Tera Byte punya saiz untuk setiap babak burung tu.
Lepas tu kuda pulak, 2 tahun masa yang diperlukan untuk siapkan animasi yang cantik tu, siap dengan bulu rambut kuda semua berjumlah 2 juta helai yang perlukan masa 4 jam untuk proses render bagi setiap single frame! Kebetulan waktu tonton saya baru belajar berkuda, jadi melihat kuda dalam movie ini nampak sangat "menjadi".
Lepas tu babak perang Badar, adalah babak perang berjemaah yang terpanjang dalam dunia animasi dengan 1000 kuda yang detail, 1300 manusia, pedang, perisai, panah, dan perlbagai aksesori, pergghh, memang kerja yang sangat tekun dan sabar.
Waktu Malaikat datang tolong, adalah moment yang best untuk movie ini.
Kisahnya dalam movie ini simple sahaja, Bilal diseksa, lepas tu Abu Bakar beli, pindah ke Madinah, lepas tu Orang Kafir datang serang Madinah, kemudian dalam perang, Bilal dapat peluang bunuh orang yang siksa dia dahulu. Lepas tu babak Sahabat Hamzah dibunuh terlalu cepat suntingannya, dan filem pun habis.
Jadi apa komen saya?
Macam saya cakap tadi, Jika saya tak kenal Bilal, maka filem ini Okey, hero kena tindas dan dapat peluang membela, lepas tu habis dan hidup di teruskan. Babak azan pun tiada detail dalam movie ini, adohai…
Tapi jika sayalah.., Jika.., seorang yang pernah baca kisah Sahabat Nabi, dan di beri peluang menulis kisah Bilal, maka saya akan bermula dangan kisah Bilal sedang menjadi orang kaya di Syam, (gambarkan suasan orang kaya) yang mana sebelum pakai pakaian mewah, terlihat parut parut di badannya, kemudian beliau memberitahu isterinya yang cantik, beliau bermimpi bertemu dengan Nabi yang bertanya khabar, kenapa sudah lama tidak menziarahi Madinah?
Lalu beliaupun bertolak ke Madinah, sampai sana cucu Nabi sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.
Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.
Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.
Lalu lepas solat, ketika kanak kanak ramai mengerumuminya, Bilalpun duduk sama tinggi dengan mereka dan membuka cerita kisah awal hidupnya dahulu,
Imbas kembali, Bilal bin Rabah adalah seorang hamba berkulit hitam, and nobody care! Zaman itu hamba dipaksa bekerja siang dan malam, jika engkar akan diseksa.
Dalam keadaan hidup penuh derita, tiba tiba datang seorang orang merdeka mahu berkawan dengannya, melihat Bilal yang kepenatan mengsar gandum, Nabi Muhammad suruh dia rehat, dan Nabi tolong Bilal kisarkan gandum.
Malam esok Nabi datang tolong lagi, dan tanpa sebarang kata kata dakwah, sehingga Bilal jadi malu kerana hamba Allah hensem mana ntah datang tolong aku tanpa mintak upah sedangkan aku hanya seorang hamba yang tiada rupa, adohai...
Sepanjang tiga malam itu Bilal masuk tidur sambil berfikir siapakan gerangannya lelaki kacak ini yang ingin bersahabat aku seorang hamba berkulit hitam?
Lalu pada malam ke tiga, bilal pun bertanya, apa kamu mahu Muhammad?
Nabipun bagitahu tentang islam dan keinginannya mengajak bilal masuk islam, dan bagaimana Islam itu hanya bertuhankan satu, dan janji akan masuk syurga jika iman betul walaupun seorang hamba.
Harapan kini datang dalam diri seroang hamba, jika dahulu mati lebih baik dari terus diseksa, kini mati itu indah bagi orang yang beriman! terus bilal masuk islam dan menjadi antara 10 sahabat terawal masuk Islam.
Kebahagian Bila tidak lama, sebaik tuan Bilal Si Umayah dapat tahu hambanya masuk islam, Bilal telah diseksa dengan dicemeti sepanjang malam.
Bilal ada susuk badan yang kuat hingga si cemeti rasa penat pukul Bilal, tapi tetap Bilal tidak berganjak dari Islam.
Waktu itu Keluarga Yasir dibunuh kejam kerana masuk Islam, Sumayyah ditombak oleh Abu Jahal kerana masuk islam, tapi bilal tidak dibunuh, diseksa perlahan lahan agar menjadi pengajaran pada hamba yang lain.
Setelah sepanjang malam dicemeti, maka di siang hari, Tuan Umayah telah jemur Bilal di tanah lapang, yang mana tangan dan leher di ikat, lalu dihempap pula oleh sebuah batu besar sewaktu cuaca sedang hangat kepanasan di tengah padang pasir yang panas terik.
Tapi, apa kata Bilal?
“Ahad, Ahad…”
Yang bermaksud: aku tetap beriman pada Allah yang Satu!
Maka the rest is history, Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar dan kini dia menjadi orang yang bebas, namun islam belum merdeka di tanah Mekkah, maka Bilal terpaksa berpindah bersama Nabi ke Madinah.
Di sana, Bilal terus menjadi sahabat Nabi yang terkenal, mendampingi Nabi siang dan malam, dan dilantik menjadi Menteri kewangan baitul Mal.
Dan paling epic, bila Nabi bermesyuarat bagaimana nak panggil orang datang bersolat, maka sorang sahabt bermimpi malaikat ajar azan, dan Nabi perintahkan Sahabat itu ajar Bilal kerana suaranya yang kuat dan lantang, lalu bergemalah masjid Madinah dengan azan dari Bilal!
Bila Bilal azan, semua orang datang solat berjemaah dimasjid, di mana ada Nabi Muhammad SAW, di situ ada bilal.
Pernah satu hari Bilal hampir kena jual sebab tersalah ambil hutang dari Yahudi untuk kewangan Nabi, alangkah susah hatinya bilal dan bagitahu pada Nabi bahawa pagi esok sebelum subuh beliau akan lari dari Madinah untuk bekerja ditempat lain dan bila dah dapat duit akan datang balik tebus hutang Nabi, tapi Nabi Muhammad SAW telah selamatkan beliau dengan bantuan dari Allah melalui cara yang tidak di sangka-sangka. Ada orang bagi hadiah yang sangat banyak hingga Nabi dapat tebus kembali maruah Bilal yang sedang bercuruan air mata.
Selepas diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Terus beliau sujud syukur dan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW tidak berbelah bagi buat selama-lamanya.
Pernah Nabi Muhammad bagitahu kepada Bilal, apa amalanmu yang membuatkan aku bermimpi nampak kamu masuk syurga seiringan denganku? Kata Bilal: amalan sentiasa memperbarui wudhu..
Tuan tuan dan Puan puan, amalan mengambil wudhu walaupun nampak kecil, tapi dari amalan kecil ini maka terbukalah peluang untuk bersolat, baca Al quran dan lain lain ibadat yang membuka pintu langit mengundang seribu rahmat!
Dipendekan cerita, berlakulah Perang Badar yang mana 1200 tentera kafir lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah. Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat termasuk Bilal.
Orang Islam hanya ada dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali. Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam. Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili Ansar.
Dalam perang inilah Bilal dapat membunuh orang yang siksa dia dahulu.
Dipendekan cerita, Nabi Muhammad SAW akhirnya wafat, dan ini sangat menyedihkan Bilal, setiap sudut masjid Nabawi ternampak kelibat Nabi, air mata kerinduanpun mulai bercucuran lalu beliau berpindah ke Sham dan dilantik oleh Khalifah menjadi gebenor di sana, satu hari Nabi Muhammad SAW kekasih hati bilal datang dalam mimpinya, bertanya: kenapa dah lama tak ziarah saya?
Terjaga dari mimpi, terus Bilal bertolak ke Madinah, sampai sana cucu Nabi sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.
Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.
Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.
Tak lama Bilal di Mandinah, semua tembok bangunan mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW dan beliau kembali pulang ke Syam.
Dipendekan lagi cerita, Bilal akhirnya sakit, dan isterinya yang cantik, anak keturunan raja, kulit putih kemerahan menyatakan rasa sedih sebab abang bilal sayang dah nak meninggal dunia.
Tapi jawab Bilal..
“Sayang, jangan bersedih, abang sangat gembira mendekati ajal, kerana abang dah tak sabar nak berjumpa dengan sahabat terbaik dalam hidup abang, Nabi Muhammad SAW…”
Air mata pun berlingangan..
Kematian ini, akan menghilangkan rindu yang dipendam sekian lama..
Tuan tuan dan ibu ibu sekalian,
Kita jika mati esok, agak agak, Nabi nak jumpa kita tak?
Kepada Allah aku sampaikan salam rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Aku juga rindu kepada Bilal!
TAMAT.
Semoga Woha sampai syurga!
(post kredit: Bilal pujuk Abu Bashir agar sabar, kelihatan Abu Bashir terpaksa lari dari Madinah.., kisahnya bersambung di sini http://keretamayat.blogspot.com/2021/07/surat-paling-sedih.html)
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Apa yg sy share kan ni jgn lah dijadikan bahan gaduh atau kebencian kpd perubatan pantang,, tak semua pantang itu salah, tak semua juga pantang itu be...
「negara kulit putih」的推薦目錄:
- 關於negara kulit putih 在 Facebook 的精選貼文
- 關於negara kulit putih 在 Facebook 的最佳解答
- 關於negara kulit putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於negara kulit putih 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
- 關於negara kulit putih 在 Warner Music Malaysia Youtube 的精選貼文
- 關於negara kulit putih 在 Kulit Putih & Kulit Hitam Hidup Terpisah! Inilah PERBATASAN ... 的評價
negara kulit putih 在 Facebook 的最佳解答
“EH MUKA ANAK SAMA SEBIJI MACAM MAK DIA PUTIH MELEPAK!”
Ayat ni kalau Bengah baca dekat komen memang peratus banyak yang kata muka Luth Zareef ikut ibunge. Takde la terasa apa pon.. tapi kekadang tu ada la terasa SIKIT.
Kalau ikut Bengah mungkin nanti.. Kulit gelap? Gigi kuning? dan.. dagu ke depan panjang? Boleh kemurungan kalau fikir terlalu jauh ni.. sebab rupa anak tak ikut bapak lansung! 😰
Takde la sampai macam tu.. Bengah tak amek kisah pon. Cuma ada terbaca berita yang netizen mengata tidak baik pada seorang Bapa yang mempunyai anak muka macam baby korea. Jahat betul kata-kata netizen tu! Bengah cuma bernasib baik followers je yang komen kata muka anak ikut muka mak.
Kata orang jangan ambil peduli kata-kata yang negatif warganet ni.. tapi kena la bertindak dengan betul? Block jela.
Yang penting didikan nak diberi pada anak. Untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Kemas sikit ayat camni.. Bengah nak anak soleh ni Dia berbakti pada kami dan masyarakat.
Bengah tak ambil hati dengan komen followers.. cuma tu la nanti Bengah tekan block jela. Padan muke. 😜 begitulah kehidupan...
#AbangYangPenyayang
#DahPutihPonPakaiBedak
negara kulit putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Fuh, dalam kereta pun boleh ye?
negara kulit putih 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Apa yg sy share kan ni jgn lah dijadikan bahan gaduh atau kebencian kpd perubatan pantang,, tak semua pantang itu salah, tak semua juga pantang itu betul, kita ambil yg baik shj lah..kalau rasa tak perlu jgn pakai , jgn dikecam ia bukan isu negara dn ugama
.
Apa yg sy rakamkan ni full video di dalam youtube bumi ratu channel ttg pemakanan yg baik semasa dlm pantang ..!! tak ada lah mkn ikan masin setiap hri je kan..!! tapi kalau boleh elakkan mkn ayam daging dan juga daging lembu kerana kalau daging lembu penyebab kpd stress / melibatkan darah , tapi kalau ayam daging boleh dpt kegatalan dan hormon nanti tunggang langgang
.Niat kita, lepas bersalin agar hormon yg dihasilkan hormon baik yg wanita perlukan ..makanan pantang ni kita niat membina kembali sel-sel kulit baru dan juga mempercepatkan kesembuhan luka.
.
Hari ni sy berkongsi ttg ikan & sayuran yg boleh dimakan, antara sayuran yg boleh dimakan atau sayuran tak boleh dimakan ..!!
.
Kita nak elak makanan yg membawa kpd bentan spt kubis dan kacang pjg ..sbb setengah org tak tahan ..bisa mencucuk2 kancing gigi, menggigil, kejang urat, demam urat..Seeloknya klu nk makan kubis biarlah 20 hari keatas.Makanan baik sekali ialah, Serai, bawang putih, bawang besar merupakan bahan yg wajib dimakan sebanyak yg boleh semasa dlm pantang kerana ia bagus utk sistem pencernaan dan salah satu bahan makanan memperbaiki msalah darah.
. Darah yg berkualiti menyihatkan manusia sihat dan pengalaman bonda pernah merawat 2 org pekerja yg dpt penyakit denggi berdarah setiap hari sy minumkan jus serai bersama madu,, darahnya bertambah baik dan sgt cepat kesan penyembuhan tapi sy parutkan brsama batu landak.
.
Dari segi klinikal test mmg tak ..!! dari segi pengalaman saya lihat sendiri , tidak salah ikhtiar kerana kesembuhan itu hak Allah
.
Sebelum datang perubatan moden, Allah mendatangkan ilham kpd manusia mcm kita lihat nabi Adam dan nabi Muhammad SAW ..ubat ni termasuk doa dan bahan alam utk berubat.
.
Maaf kan lah kalau kata2 sy dan ilmu sy ni menyinggung perasaan pihak lain dan tidak ada tujuan memandai2 atau mencari publisiti murahan hanya sekadar berkongsi ilmu yg patut disebarkan. Sekadar sy Sayang kpd perubatan nenek moyang lama kita.
negara kulit putih 在 Warner Music Malaysia Youtube 的精選貼文
Ritma Merdeka (Feat. Iwere, W.A.R.I.S, Nawi, Juzzthin, WoShiJay, Aathitiyanz & Stylomannavan)
Maxis Caller Ringtones: Dial *131*353438# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones: Dial *888*209368# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes: Dial *233*1800869# dan tekan call/send
U Mobile Colour Tones: Dial *118*5*2*534866# dan tekan call/send
Warner Music Malaysia:
Twitter: @wmmalaysia (https://twitter.com/wmmalaysia)
Facebook: wernermusicmalaysia (https://www.facebook.com/warnermusicmalaysia)
Instagram: warnermusic_malaysia (http://instagram.com/warnermusic_malaysia)
It available now in all music stores nationwide, iTunes, Spotify, KKBox, Deezer, and Ringback tones are available on all telco platforms.
DJ Fuzz - Ritma Merdeka (Feat. Iwere, W.A.R.I.S, Nawi, Juzzthin, WoShiJay, Aathitiyanz & Stylomannavan)
(Iwere)
Gomo kelate gomo sek kitow jange pecohh,
rap kawe bau budu panas panas dari beat kitchen,
dari panta timur sampa lekat di semenanjung,
perpaduan kaum kito utamakan, kito sanjung
Kibaran gemilang berkibar megohnya
Dari jauh kelihatan di dataran merdekoo,
Biar putih di tuleng, jangan putih di mato,
Rap somalaysia versi kawe akhir bicaro
(WARIS)
Tak salah kok nak guno bahaso ponjajah
Tapi jgn lupo tompek tanah
tumpah eh darah
Kotughunan pahlawan
pantang monyoghah
Apo yg bermulo
Perlu ado penyudah
Bersekutu bertambah mutu
14 nogori gabung jadi “negaraku”
SEMUA BANGSA BERSATU
Lupokan semuo masalah dalaman
Tiado bezo warno kulit
Merdeka dan aman!
3181957
Merdeka tak dijajah oleh musuh
3181957
1 Malaysia patriotisma perlu utuh
(Nawi)
Jadi kebangaan, tengok berkibaqnya bendera kebangsaan,
Dari puncak tinggi gunung sampai ada angkasawan,
Apa kita capai, jadi mercu tanda negara pacu,
Berdaulat Malaysiaku, tanah tumpahnya darahku,
Jangan leka, bebaskan minda dari dijajah tanpa sedaq,
Macam keluaq pagaq itu definisi merdeka yang sebenaq,
Semangat patriotik membara simbolik macam tentera,
Negaraku Malaysia kekal merdeka di setiap ERA
(Juzzthin)
Multi Ethnic, Multi Cultural, Looking at the past we improved as a government Malaysia, we got the full criteria, food , the place you can find it in the area
Play back and check, read our history
31st August that’s the number of our victory
We conquered our fears for hundreds of years
Keep the troops in our heart
Remember them in our prayers
3181957
Merdeka tak dijajah oleh musuh
3181957
1 Malaysia patriotisma perlu utuh
(WoShiJay)
Merdeka! Zai Wo De Guo Jia Ma Lai Xi Ya,
Merdeka! Rang Wo Jia Sao Ni Wo De Guo Jia,
Merdeka! Wu Shi Nian Zhi Qian Jiu Shi Malaya,
Wu Shi Liu Nian Guo Chin Re Sui Bu Ren Shi Zai Asia .
Yin Du Ma Lai Huo Ren Da Jia Xiong Ti Jie Mei,
Da Jia Dou Zhi Tao Wo Guo Jia Kan Lai Dou Hen Mei,
Hong Pai Huang Lan, You Yi Shi De Yen Se,
Ni Jiu Zhi Tao Zhe Shi Yin Du Nan Hai Chang De Ke.
(Stylomannavan)
Ennathu neeram neelleh vaanathil kodi parakatum,
sigapu neelammum velaiyum manjallum pugallai sollatum,
Nirrathil pirivu yirinthallum nam Oreh Malaysia,
Mathathil pirivu yirunthallum nam Oreh Malaysia,
Namathu Arumai perumai potrideh ennathu varigal pothuma?
pathinaaru
varigaleh pathaathu
Isai thattu sellumma?
Oreh mannam, oreh innam, oreh ratham,
ippudiku Stylomannavan signing off
Nandri vannakam
negara kulit putih 在 Kulit Putih & Kulit Hitam Hidup Terpisah! Inilah PERBATASAN ... 的推薦與評價
Setiap negara di dunia pastinya mempunyai batas wilayah yang berfungsi untuk manifesti dari kedaulatn wilayah suatu negara yang mempunyai ... ... <看更多>