Fuh, memang sedap betul Sagu Gula Melaka ni. Tambah bila dimakan sejuk-sejuk. Rupa dia pun cantik, berwarna-warni je.
Resepi Sagu Gula Melaka | Sago Pudding with Palm Sugar Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan Sagu
250 gm sagu
4 cwn air
Pewarna makanan (merah & hijau)
Nota: Warna yang digunakan boleh dipilih dan diubah mengikut cita rasa masing-masing.
Bahan-Bahan Air Gula Melaka
100gm gula melaka
4 sb gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan (diikat)
Bahan-Bahan Kuah Santan
300 ml santan
1 sk garam
2 helai daun pandan (diikat)
Cara memasak
1. Untuk memasak sagu, tuangkan air ke dalam periuk dan biarkan ia sehingga mendidih.
2. Setelah itu, masukkan biji sagu. Sentiasa kacau untuk elakkan sagu hangit pada permukaan bawah periuk.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika perlu.
4. Didihkah sehingga menjadi sagu bertukar menjadi jernih.
5. Bilaskan sagu pada air mengalir menggunakan tapis untuk menghilangkan kanji pada sagu.
6. Kemudian, bahagikan sagu kepada beberapa mangkuk dan warnakannya. Pastikan semuanya digaul dengan sebati.
7. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.
8. Untuk larutan gula melaka, didihkan air di dalam periuk.
9. Masukkan gula melaka dan gaulkan sehingga semuanya larut.
10. Masukkan pula gula pasir dan gaulkan sebati.
11. Tambahkan daun pandan untuk menaikkan lagi bau.
12. Untuk kuah santan pula, panaskan santan di dalam periuk.
13. Tambahkan garam dan daun pandan, masak sehingga mendidih sedikit. Pastikan sentiasa gaul untuk mengelakkan santan berketul.
14. Setelah semuanya siap, bolehlah nikmati sagu gula melaka bersama kuah santan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sago Ingredients
250 gm sago
4 cups of water
Food coloring (red & green)
Note: You can use any preferable food coloring.
Palm Sugar Syrup Ingredients
100 gm palm sugar
4 tbsp of sugar
1/2 cup of water
2 strands of pandan leaves (knotted)
Coconut Milk Sauce Ingredients
300 ml coconut milk
1 tsp of salt
2 strands of pandan leaves (knotted)
Cooking methods
1. For sago, pour water into a pot and let it boiled.
2. Then, add sago. Make sure to always mix it to avoid it burned at bottom of the pot.
3. Add water gradually if needed.
4. Cook sago until becomes fully translucent.
5. Rinse sago with flowing water by using strainer to remove the sago starch.
6. Next, divide sago into several bowl and color it. Make sure to mix it well.
7. Chilled it in the refrigerator for a while.
8. For palm sugar syrup, boil water in a pot.
9. Add palm sugar and mix it until all dissolved.
10. Add sugar and mix it well.
11. Add pandan leaves to enhance the smell of the sugar syrup.
12. For coconut milk sauce, heat coconut milk in a pot.
13. Add salt and pandan leaves, cook until it simmer. Make sure to always mix it to avoid the coconut milk become lumpy.
14. Once it is all done, you can enjoy palm sugar sago with coconut milk sauce.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#sagugulamelaka #sagu #gulamelaka #sugarpalm #creamy #sago #pudding #dessert #recipe #resepi #pencucimulut
#kisahdunia #rasaflix
#dapurterpanas #mr_lovva #lemankakap #lawakdboom #rinrinchan
sugarpalm 在 Sugarpalm (sugarpalm80) - Profile - Pinterest 的推薦與評價
Save space on your device. Sign up. S. Sugarpalm. @sugarpalm80. 0 followers. ·. 0 following. Follow. sugarpalm80 hasn't saved any Pins yet. ... <看更多>
sugarpalm 在 Sugarpalm - Facebook 的推薦與評價
Sugarpalm, Hong Kong. 3 likes. Beauty, cosmetic & personal care. ... <看更多>