Resepi buttermilk shellout yang senang gila nak buat dekat rumah sendiri.
Saya pernah makan dengan mak berdua shellout ni dekat kedai. Sedap gila tapi tak puas hati dengan kuantiti seafood tu n harga yg mahal jugak😫 nak tmbah kuah pun kene rm5 so saya try buat resepi ni n memang dah banyak kali repeat. Memang saya punya febret food skrg( ˘ ³˘)❤. Boleh tambah salted egg kalau nak tp saya tak pernah tmbah lagi ( belum terbuka pintu hati) |°з°|
↗Bahan kuah
Buttercup separuh buku
Bawang putih 8 ulas cincang
Cili padi merah 8 biji potong ( lagi pedas lagi kawww rasa dia sebab pedas pedas lemak haa dari 8 bjik tmbah bg 15bijik mcm saya hahaha)
1 kiub ayam
Gula 2 sudu
Garam
Susu cair 1 tin
Daun kari
Cara penyediaan
1.Cairkan buttercup
2. Tumis bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi potong
4. Masuk kiub ayam 1
5. Masuk susu cair 1 tin
6. Perasakan dengan gula dan garam tabur daun kari
7. Pekatkan dengan tepung jagung. (3 sudu tepung jagung dicampur air dan masuk dalam masakan). Agak2 kuah pekat sgt tmbah air sikit.
↗Bahan sayur
Brocoli
Jagung
Carrot
Bunga kubis
Cara penyediaan
1. Potong dan rebus semua sayur
↗Bahan lauk celup tepung
Sotong
Udang
Tepung gandum
Tepung jagung
Lada hitam
garam
Telur
Cara penyediaan
1. Cuci bersih sotong udang
2. Adunan tepung 1 senduk tepung gandum+ 1 senduk tepung jagung + garam + lada hitam
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Celup udang sotong dalam telur
5. Kemudiaan baru celup tepung dan goreng, akan jd crispy gitu.
Nak tambah kupang kerang ke boleh rebus je dengan garam n bawang sikit lepas tu nanti ruang sekali
Akhir sekali makanla shellout dgn gaya anda sendiri. Nak feeling g beli kertas minyak dan bulat2kan nasi dalam mangkuk makan berjemaah tuang kuah atas lauk dan sayur. Memang feels abis(ノ^o^)ノヽ(*゚ー゚*)ノ
Kredit resepi: Fa Phong via mahn
同時也有17部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Laksa merupakan hidangan terkenal di Malaysia. Setiap negeri mempunyai kepelbagaian laksa tersendiri tetapi secara amnya, laksa terdiri dari mi yang d...
「tepung crispy」的推薦目錄:
tepung crispy 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
RESIPI ROTI GORENG CRISPY CABONORA CHEESE 10 MINIT LICIN HABIS.
Resipi ni memang feberet anak anak la. Cukup suka dorang. Buat sarapan pagi atau bawak bekalkan anak anak.
Bahan Bahan
Roti
Serbuk roti
Tepung gandum
Telur
Sosej
Cheese slide cheddar
Sos Prego Cabonara
Carrot
Bawang putih
Cara Cara buat cabonara:
1. Gunakan minyak olive oil untuk menumis bawang putih yang di cincang.
2. Masukkan sosej yang dah di potong. Biarkan seketika. Baru masuk carrot yang di potong halus.
3. Biarkan masak sekejap. Selepas tu baru masuk sos cabonora ye. Sedikit serbuk lada hitam. Masak sampai likat dan kering.
4. Ketepikan biar sejuk.
Cara cara buat roti:
1. Ambil satu sudu tepung gandum dan satu biji telur. Gaulkan dan masukkan sedikit air. Biar seikit cair. Jangan cair sangat ye.
2. Roti buang kan kulit roti tu. Sapukan planta.
3. Letakkan inti cobonara. Atas ye dletak kan slide cheese yang dah di potong.
4. Selepas tu boleh buat bentuk segitiga. Tutupkan rapat supaya inti tak keluar nanti.
5. Celupkan bancuhan tepung tadi. Keluarkan dan salutkan dengan serbuk roti.
6. Goreng kan dengan minyak panas.
7. Bila kekuningan emas. Baru angkat yee.
8. Siap untuk di hidang.
Senang je nak buat. Yang nak sharee di persilakan. Boleh la buat menu ni untuk anak anak bawa bekal ke sekolah kan. 💖
kredit: zana mokhtar
tepung crispy 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Thai crispy chicken ...
rangup dan juicy lagi la bertambah sedap bila dicicah dgn sos thai homemade yang pedas lagi berapi ni.. ada yang nak cuba? silakan share resepinya
1 kilo ayam chicken wings /drumstick cuci dah toskan air
1 @ 2 sudu besar chilli thai (cili kering bersihkan dan sangrai atas api dan kisar halus) beli yang dah siap pun boleh
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu besar beras goreng yang telah dikisar/ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air ais (ais yang ditambah ais ketul)
1 biji perahan limau nipis
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
sedikit potongan daun ketumbar
(garam jika perlu tp bg saya sos tiram dan sos ikan sudah masin)
caranya gaul semuanya dan perap selama 2 jam
*Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan
*Boleh dicicah bersama sos thai homemade
**1 cawan beras nasi dibersihkan dan disangrai atas api sehingga kekuningan.. kemudian angkat dan tumbuk hingga halus atau dikisar.. lebihan boleh disimpan
Resepi Sos Thai Pedas Berapi
segenggam asam jawa*
1 cawan air suam* - campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
3 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
1 keping gula melaka ditumbuk halus
10 biji cili api tumbuk halus nak pedas boleh tambah lagi
8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
daun ketumbar dipotong halus
garam
caranya
air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas, dan tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat... dan perah limau nipis ...perasakan dgn sedikit garam..
Kredit: tahrunnisah jari
tepung crispy 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Laksa merupakan hidangan terkenal di Malaysia. Setiap negeri mempunyai kepelbagaian laksa tersendiri tetapi secara amnya, laksa terdiri dari mi yang diperbuat dari tepung beras dan kuah yang berasaskan makanan laut seperti ikan, udang dan lain-lain.
Laksa Beras Kampung Petani terkenal dengan mi laksa yang mereka buat segar sendiri setiap hari dan juga tambahan cucur udang dan sambal sotong di dalam hidangan mereka. Mereka sudah beroperasi lebih 50 tahun dan terkenal dalam kalangan penduduk setempat.
? Laksa Beras Kampung Petani (Ana)
? Kampung Petani, Kubang Semang, Pulau Pinang
⏰ Sabtu - Khamis: 10:30 am - 5:30 pm
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
tepung crispy 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Warna-warni seakan pelangi biskut Lidah Kucing ni memang comel betul la. Lagi comel dalam bentuk bunga macam ni. Rasanya yang rangup dan rapuh tu, confirm budak-budak suka?
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga, Unik & Tak Rugi Cuba!
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga
Bahan-bahan
250 gm mentega
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 sb esen vanila
1 sb emplex
3 biji putih telur
pewarna makanan (merah jambu, oren, biru, ungu, hijau dan kuning)
1/2 cwn gula kastor
Cara memasak
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila sehingga kembang.
2. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan emplex. Kacau semua bahan sehingga tercampur rata.
4. Kemudian, asingkan adunan menjadi enam bahagian.
5. Warnakan setiap satu bahagian dengan pewarna makanan dan kacau sehingga warna sekata.
6. Masukkan setiap adunan ke dalam piping beg tersendiri.
7. Paipkan ke atas loyang satu persatu sehingga membentuk bunga.
8. Akhir sekali, bakar pada suhu 150°C selama 15-17 minit.
9. Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga siap untuk dihidangkan.
Nota: Biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan biskut lemau.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies Recipe, Unique & Worth To Try This Eid
The bright rainbow colors of these Lidah Kucing Cookies is super cute! Plus, a beautiful flowery-pattern. The crispy texture is definitely a favorite, especially for kids!
Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies Recipe
Ingredients
250 gm butter
200 gm wheat flour
50 gm corn flour
1 tbsp of vanilla essence
1 tbsp of emplex
3 egg whites
food coloring (pink, orange, blue, purple, green, and yellow)
Cooking methods
1. Beat butter, sugar, and vanilla essence until fluffy.
2. Pour in egg whites bit by bit and mix until well-combined.
3. Sieve wheat flour, corn flour, and emplex. Mix until all ingredients are nicely combined.
4. Then, divide the batter into 6 portions.
5. Color each of them with food coloring until evenly mixed.
6. Insert the colored batter into piping bags.
7. Pipe the batter one by one on the baking mold forming a flower.
8. Lastly, bake at 150°C for 15-17 minutes.
9. Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies ready to be served.
Note: Leave to cool for a while before storing them in an airtight container to avoid becoming soggy.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #homemade #kuihraya #lidahkucing #biskutraya #pelangi #rainbow #warnawarni #biskut #sedap #manis #rangup #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #nntaca #aquamarine #fightingrose
tepung crispy 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Sedapnya makan biskut Florentine ni masa rangup2. Rasa manis dengan penuh rasa kekacang tu memang tak cukup kalau makan satu.
Resepi Florentine Berkacang Rangup, Biskut Raya Mewah Tapi 'Mampu Milik'
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Biskut Florentine
Bahan-bahan
300 gm tepung florenta
100 gm kuaci putih
100 gm kepingan badam
100 gm bijan hitam
100 gm bijan
100 gm walnut
100 gm biji labu
Cara memasak
1. Bakar kuaci putih, kepingan badam, walnut, dan biji labu di dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 5 minit.
2. Kemudian, campurkan bijan hitam, bijan, tepung florenta dan kekacang yang telah dibakar sehingga sebati.
3. Tuangkan campuran tersebut ke dalam acuan kek cawan kertas untuk bentuk bulat dan loyang yang dialas baking paper untuk bentuk petak.
4. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 160°C.
5. Biskut Florentine Berkacang Rangup siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Crispy Florentine Recipe, Luxury But 'Affordable' Raya Cookies
This crispy Florentine biscuits is so delicious. The sweet taste with the full taste of nuts, seriously not enough one.
Crispy Florentine Cookie Recipe
Ingredients
300 gm florentine flour
100 gm white sunflower seeds
100 gm almond flakes
100 gm black sesame seeds
100 gm sesame seeds
100 gm walnuts
100 gm pumpkin seeds
Cooking methods
1. Bake white sunflower seeds, almond flakes, walnuts, and pumpkin seeds in the oven at 160°C for 5 minutes.
2. Then, mix black sesame seeds, sesame seeds, florentine flour, and baked nuts until well-combined.
3. Pour the mixture into a paper cupcake holder for a round shape and a tray lined with baking paper for a square shape.
4. Bake for 10-15 minutes at 160°C.
5. Crispy Florentine Cookies now ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #homemade #kuihraya #florentine #kacang #sedap #manis #rangup #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #nntaca #aquamarine #fightingrose