Rendang Uwan Den kembali open order untuk Hari Raya Haji hari kedua, alhamdulillah, terima kasih atas sokongan U all .Memandangkan sambutan meronta ronta, ramai yang nak order lagi ada yg frust tak dapat order sebab dah sold out, ada yg nak repeat so ini peluang for u all masuk order okey. By: 12 tghari esok order akan di tutup. So cepat masuk order okey, Ala Carte sahaja okey, Lemang takde ya dah sold out. Rendang 1 ekor ayam atau 1kg Rendang Daging , resepi asli negeri sembilan. ORDER VIA WHATSAPP ONLY:
016 6919156, 018 3994225.
同時也有48部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Resepi Rendang Ayam Cili Api Minang, Hantu Makanan Pedas Wajib Cuba Resepi Ni! Nak tahu cara masakan? Tonton di https://youtu.be/aKkH1GYx4wQ #Shorts...
「resepi daging rendang」的推薦目錄:
- 關於resepi daging rendang 在 Facebook 的精選貼文
- 關於resepi daging rendang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於resepi daging rendang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於resepi daging rendang 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於resepi daging rendang 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於resepi daging rendang 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於resepi daging rendang 在 RESEPI RENDANG DAGING SAMBIL LAYAN LAGU RAYA 的評價
- 關於resepi daging rendang 在 Resepi Rendang Daging Warisan... - Makan Sedap Johor 的評價
resepi daging rendang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Resepi Rendang Daging
( utk 2 kg daging)
Bahan kisar:
- bwg merah 5 biji
- bwg besar 3 biji
- bwg putih 5 ulas
- halia 5 cm pnjg
- kunyit sepanjang ibu jari
- serai 3 btg dihiris halus
- lengkuas setgh inci
Masukkan daging, lada kisar 2 senduk/lebih (kalau nk pedas), bahan kisar dan minyak 2 senduk dalam kuali.. masak sampai rempah mendidih...
Tambah santan Kara 500 mls,
Separuh biji gula melaka( yg besar tu)
Tambah air
Tutup kuali utk empukkan daging.. tambah lagi air sehingga daging empuk
Bila daging dah empuk buka penutup kuali, masukkan kerisik 3 senduk/lebih ikut suka
Masukkan 2-3 keping asam keping
Masuk garam, gula & perasa bila kuah hampir kering.. utk elakkan termasin..
Masukkan daun kunyit hiris...
Bila dah hampir nk kering kna rajin gaul takut hangus...
Minyak akan keluar sendiri hasil dari santan & kerisik...
*ada org suka letak rempah kari daging.. boleh masukkan 2-3 sudu besar masa awal2..
Selamat mencuba ya...
Sumber : BAIZURA KADIR
resepi daging rendang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
HARI NI ABAH SENANG HATI. Nah! ABAH belanje 2 RESEPI ABAH.😍😍😍
Resepi RENDANG OPOR ABAH.
Bahan2.
1. 3 kg daging dipotong sebesar kotak mancis.
2. 1 kg santan.
3. 20 batang serai. Separuh dikisar. Separuh dititik.
4. 250 gram halia. Dikisar.
5. 100 gram lengkuas. Dikisar.
6. 10 biji bawang besar. Dikisar.
7. 2 labu bawang putih dikisar.
8. 20 tangkai cili kering. Direbus dan dikisar.
9. 4 sekawan.
10. Seinci belacan.
11. 5 sudu besar air asam jawa .
12. 200 gram rempah opor.
13. 2 keping gula kerek.
14. 5 sudu besar kerisik.
Cara memasaknya.
Rebus daging hingga lembut. Abah rebus selama 1/2 jam je. Tumis 4 sekawan. Bila dah naik aromanya, masukkan bahan2 yg dikisar. Masak hingga naik minyak. Masukkan daging yg dah direbus bersama pati santan. Masukkan juga belacan, gula kerek dan air asam jawa. Bila dah mendidih baru masukkan rempah opor. Masukkan serai yg dah titik. Masak dgn api yg sederhana. Bila hampir kering masukkan kerisik dan garam. Masaklah hingga kering dan naik minyak.
Resepi nasi briani ABAH.
Bahan2.
1. 5kg beras basmathi. ABAH guna beras cap rambutan.
2. 8 sudu minyak sapi.
3. 2 tin susu cair.
4. 250 gram rempah nasi briani.
5. 2 labu bawang putih. Dikisar.
6. 10 biji bawang besar dikisar.
7. Daun pudina dan daun ketumbar secukupnya.
8. 4 sekawan.
9. Pewarna kuning telur dan air mawar.
Caranya.
Rendam beras selama 15 minit. Tapis. Sukat air. Cara Abah menyukat airnya. 10 cawan beras yg belum direndam, 15 cawan air. Tumis 4 sekawan dgn minyak sapi dan sedikit minyak kelapa. Bila dah naik aromanya, masukkan bahan2 yg dikisar. Masak hingga naik minyak. Masukkan bahan tumis ke dalam air bersama susu cair dan rempah briani. Masukkan garam. Abah guna garam kasar. Masukkan semua bahan ini dlm peruk bersama beras. Masaklah tanpa mengacaunya. Bila dah kering baru masukkan daun ketumbar dan daun pudina berserta rinjisan air mawar. Tambahlah pewarna kuning telur utk mencantikkannya.
Kredit : Adnan bin mat abu (mahn)
resepi daging rendang 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Resepi Rendang Ayam Cili Api Minang, Hantu Makanan Pedas Wajib Cuba Resepi Ni!
Nak tahu cara masakan?
Tonton di https://youtu.be/aKkH1GYx4wQ
#Shorts
resepi daging rendang 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Tak dapat balik kampung ni, mestilah kena masak rendang sendiri kat rumah kan? Hah.. Jom buat rendang ayam minang untuk raya esok! Rasanya yang pedas-pedas, dimakan pula dengan nasi impit memang ngam?
Rendang Ayam Cili Api Minang, Hantu Makanan Pedas Wajib Cuba Resepi Ni!
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Rendang Ayam Cili Api Minang
Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 biji bawang merah
4 ulas bawang kecil
7-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 inci halia
4 batang serai
10 tangkai cili padi hijau
5 sb pes cili
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit (dihiris)
1 cwn minyak masak
50 gm kerisik
250 ml santan
50 ml air
garam (secukup rasa)
1 keping asam keping
Cara memasak
1. Kisar halus bawang putih, bawang besar, bawang kecil, cili padi hijau, lengkuas, serai, halia, kunyit bersama minyak dan sedikit air.
2. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian, tambahkan pes cili dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit. Kacau seketika.
5. Masukkan sekeping asam keping.
6. Seterusnya, masukkan ayam. Biarkan mereneh dan ayam masak sepenuhnya.
7. Akhir sekali, masukkan kerisik dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kelihatan sedikit kering.
8. Angkat dan hidangkan Rendang Ayam Cili Api Minang bersama nasi impit atau lemang.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Spicy Food Lovers, Let's Try Out Rendang Ayam Minang Recipe For This Raya!
Cannot go back for Raya and trying to cook your own rendang? Fret not! Try this special Rendang Ayam Minang recipe for Raya tomorrow! The spicy kick in addition to the classic flavor is super delicious. Serve with some Nasi Impit, totally irresistible!
Rendang Ayam Minang Recipe
Ingredients
1 whole chicken
2 whole shallots
4 whole onion
7-8 cloves garlic
2 inch turmeric
2 inch galangal
2 inch ginger
4 stalk of lemongrass
10 stalk green bird's eye chili
5 tbsp of chili paste
5 kaffir lime leaves
2 turmeric leaves (thinly sliced)
250 ml coconut milk
1 cup of cooking oil
50 gm toasted coconut paste aka kerisik
50 ml water
salt (to taste)
1 dried tamarind slice
Cooking methods
1. Finely blend garlic, onions, shallots, green bird's eye chili, galangal, lemongrass, ginger, with oil and a little bit of water.
2. Pour the blended ingredients into a pan and stir-fry until fragrant.
3. Then, add chili paste and cook until the oil begins to separate.
4. Add in kaffir lime leaves and sliced turmeric leaves. Stir well.
5. Add in dried tamarind slice.
6. Next, add the chicken. Bring to simmer until the chicken is fully cooked.
7. Finally, add in toasted coconut paste and coconut milk. Stir well until everything is combined and the gravy becomes a bit dry.
8. Remove from heat and serve Rendang Ayam Minang with Nasi Impit or Lemang.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #rendang #rendangayam #rendangminang #nasiimpit #raya #masakanraya #lauk #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #aquamarine #fightingrose
resepi daging rendang 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Menangi Pek Gillies Rendang 140gram dari AYA REAL FOOD secara PERCUMA!
ikuti langkah berikut:-
1) Like Facebook Page : Aya Real Food
2) Comment: Aya Masak Di Rumah
Minggu ini di Masak di Dapur Fendi, dibawakan oleh Aya Real Food.
Memandangkan kita masih lagi berada di musim PKP, Aya Real Food telah menyediakan bundle pack produk yang bernama #stayathomeagain. Dengan bundle pack ini, boleh menggunakan bahan
tersebut untuk memasak di rumah dan hanya mengikut langkah dan bahan tambahan yang diajar oleh Fendi!
1) Stay At Home Again 1 : https://ayarealfood.com/product/staya...
2) Stay At Home Again 2: https://ayarealfood.com/product/staya...
Bahan-bahan untuk Nasi Daging Rempah Kalio:-
500 Gram Daging Segar
2 Pek Kalio Aya Real Food
500 Gram Beras Basmathi
1 Biji Bawang Besar
Garam Secukup Rasa
Langkah-Langkah:
Rendam beras anda untuk membuang kanji, sekurangnya 1 jam.
Sediakan daging terlebih dahulu dengan merebus daging selama 15-20 minit sehingga empuk.
Ketika merebus, potong bawang besar dengan potongan yang besar.
Selepas merebus, biarkan sejuk, dan potong daging tersebut dengan potongan nipis.
Seterusnya, tumis daging tadi bersama bawang dan tuang 2 pek Kalio Aya Real Food Di dalam kuali.
Kacau sehingga sebati dan pastikan daging tersebut hanya separuh masak. Letakkan garam secukup rasa.
Selesai mesakak, letakkan bahan tadi ketepi dan mula memasak nasi. Menggunakan pengukus, anda perlu mengukus nasi sehingga separuh masak (lihat video) dan campurkan bahan campuran daging lagi ke dalam nasi dan gaul hingga sebati.
Teruskan langkah di atas sehingga nasi masak dan boleh teruskan dengan menghias makanan tersebut.
Sangat mudah bukan? Selamat mencuba
#stayathomeagain #nasirempahdaging #ayarealfood #destinasitv #masak #resepimudah
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi daging rendang 在 Resepi Rendang Daging Warisan... - Makan Sedap Johor 的推薦與評價
Resepi Rendang Daging Warisan ======================== Rendang daging resepi turun temurun! Mmg padu! Sedap gila! Boleh lah buat ni bila nak adakan... ... <看更多>
resepi daging rendang 在 RESEPI RENDANG DAGING SAMBIL LAYAN LAGU RAYA 的推薦與評價
Tapi kalau guna bahagian daging yg liat, harus selalu tambah air dan masak ... RESEPI RENDANG DAGING SAMBIL LAYAN LAGU RAYA | BEEF RENDANG. ... <看更多>