Assalamualaikum and hi semua
Saya Hidayah tp lebih mesra di panggil CikYah.
Disini Cikyah ingin berkongsi serba sedikit tentang perkara yang dilakukan sepanjang journey yg cikyah dipanggil "aku nak kurus" . Journey yang mengambil masa lebih kurang 1 tahun 3bulan membuatkan cikyah kehilangan hampir separuh dari tubuh badan bersamaan dengan 59kg. Bermula dari 125kg sehingga mencecah 66kg.
Nak kurus tak? Jom Kurus sama-sama. Semoga tips Cikyah dapat membantu dalam journey anda semua.
20 Tips Kurus Cikyah
1) Kawal kuantiti makanan
Saya pilih untuk kawal kuantiti makanan dari amalkn konsep “eat clean” untuk mengelakkan kan saya cepat bosan dengan makanan dan juga disebabkan kekurangan masa untuk memasak pada hari bekerja. Kebiasaannya akan beli makanan di kedai
2) Suku suku separuh
Pemilihan makanan wajib ada suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur terutamanya pada makan tengahari dan malam untuk memastikan saya mendapat nutrisi yang mencukupi. Kebiasaannya sy akn ambil sayur terlebih dahulu kemudian baru sumber protein dan karbohidrat
3) Makan menggunakan pinggan yang kecil.
Lagi besar pinggan yang digunakan, lagi banyak makanan yang akan kita letak. Disebabkan itu saya guna pinggan yang kecil untuk “tipu minda” bahawa saya dah ambil makanan yang banyak.
4) Kurangkan makanan berminyak dan makanan manis
Saya tidak menolak makanan berminyak dan makanan manis, tetapi saya berusaha untuk mengurangkan pengambilan. “nikmat kehidupan” contoh, saya masih mengambil sebiji kuih manis/seketul ayam goreng/seekor ikan goreng.
5) Jangan berlapar
Saya akan pastikan makan setiap 3 – 4 jam untuk pastikan perut tidak lapar. Bila kita lapar, kita akan makan dalam kuantiti yang banyak. Saya akan pastikan ada snack seperti epal, kurma atau kekacang sementara menunggu masa makan utama.
6) Hindari kalori dalam minuman
Sekiranya tiada keperluan, saya cuba untuk hindari kalori dalam minuman kerana pada saya, minuman tidak mengenyangkan. Lebih baik saya habiskan keperluan kalori harian saya pada makanan. Lebih mengenyangkan dan lebih puas hati.
7) Minum air kosong
Secara purata saya akan minum 3liter sehari. Akan tetapi, bergantung pada keadaan juga. Sekiranya saya bersenam, keperluan air mungkin lebih. Apa pun saya akan pastikan warna urine saya jernih, jadi saya tahu air yang diminum sudah mencukupi
8) Banyakkan sumber fiber
Saya akan ambil banyak sumber fiber dari buah dan sayuran. Kebiasaannya saya akan minum ‘green smoothies’ pada waktu pagi. (Gabungan lemon, spinach, celery, broccoli diblend dengan iais/ air sejuk). Pengambilan fiber penting untuk pastikan proses penglawasan saya berjalan lancer setiap hari.
9) Kopi kosong / green tea
Saya pengamal kopi kosong / green tea. Setiap hari saya akan pastikan sekurang-kurangnya saya minum segelas kopi kosong atau green tea. Tujuannya untuk meningkatkan metabolism badan dan bertindak sebagai fat burner
10) Minum segelas air sebelum makan.
Amalkan minum segelas air sebelum makan dan jangan selang seli minum ketika makan. Konsep minum air ni akan buat kita merasa cepat kenyang, jadi dapat elakkan nafsu makan yang membuak-buak.
11) Banyakkan berjalan
Jangan malas untuk berjalan. Saya banyak berjalan, kadangkala saya akan jalan kaki ke pejabat yang jaraknya 1.5km dari rumah. Dipejabat juga saya banyakkan bangun dan duduk, serta rajinkan diri berjalan. Gunakan tangga elakkan lift. Saya pernah bekerja di tingkat 11 dan naik tangga. Sekiranya tidak larat, bole juga naik lift sampai tingkat 5/6 kemudian sambung naik tangga.
12) Buat senaman yang digemari
Apabila kita buat senaman yang kita suka, kita akan lebih enjoy dan bersemangat. Minat kita tak sama, ada yang minat berzumba, ada yang minat berenang. Tak salah mencuba pelbagai jenis senaman, kemudian serasikan dengan minat kita.
13) Cari masa untuk bersenam
Sesibuk mana pun saya, saya akan tetap cari masa untuk bersenam. Jangan beri alasan. Tak susahpun, tiap kali bangun pagi atau sebelum cuba buat sit up/ jumping jack. Saya juga curi masa untuk habiskan 1000kali jumping jack dalam masa sehari bukan secara serentak.
14) Cari rakan untuk bersenam
Bila ada rakan-rakan yang sama-sama bersenam, akan rasa lebih bersemangat dan tidak mudah bosan. Cari kawan-kawan yang aktiv atau yang sehaluan dengan kita.
15) Dapatkan sokongan dari orang sekeliling
Saya sendiri cuba dapatkan sokongan dari orang-orang yang rapat. Supaya bila kita rasa putus asa, mereka boleh beri semangat dan sokongan untuk lebih berusaha
16) Abaikan kata-kata negative
Mulut orang memang sukar untuk ditutup. Pekakkan telinga dan buktikan pada mereka yang kita pasti boleh. Ambil kata-kata negative seperti “alah kau diet pun bukan boleh kurus” sebagai cabaran.
17) Timbang seminggu sekali
Amalkan timbang pada hari dan masa yang sama. Saya sarankan pada waktu pagi ahad selepas bangun tidur dan membuang. Jangan timbang setiap hari kerana berat mungkin akan berubah-rubah turun dan naik. Timbang seminggu sekali supaya kita dapat monitor berat dan ubah diet dan senaman pada minggu berikutnya
18) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi
Bila badan letih, kemungkinan berat turun adalah tipis. Tidur yang mencukupi dan berkualiti dapat membantu penurunan berat badan. Kebiasaannya saya cuba pastikan saya tidur 6-8jam sehari.
19) Elakkan stress
Stress penyumbang utama berat tidak turun. Untuk elakkan stress, cuba buat aktiviti yang boleh menenangkan diri. Kalau ikut pada diri saya, saya memilih untuk berjoging atau karoke sebagai cara saya melepaskan stress
20) motivasi diri
Cari ‘BIG WHY’ kenapa ingin berubah. Selepas itu cari sesiapa sahaja untuk menjadi sumber inspirasi. Tanamkan dalam diri jika dia boleh, aku pasti boleh.
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Untuk sesiapa yang tengah diet, bolehlah cuba resepi egg muffin ni. Nak buat ni memang senang sangat. Bahan-bahan masakan dia pun tak banyak, guna apa...
cara memasak sayuran untuk diet 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Untuk sesiapa yang tengah diet, bolehlah cuba resepi egg muffin ni. Nak buat ni memang senang sangat. Bahan-bahan masakan dia pun tak banyak, guna apa yang ada je kat rumah. Jom try buat !
Resepi Muffin Cawan Telur Gebu Comel | Cute Fluffy Egg Muffin Cup Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Muffin Cawan Telur
Bahan-Bahan
5 biji telur
1 biji lada banggala kuning (dipotong dadu)
1 biji lada banggala hijau (dipotong dadu)
10 biji tomato ceri (dipotong dadu)
5 tangkai daun bawang (dihiris)
1/2 biji bawang holland (dipotong dadu)
5 biji cendawan (dipotong dadu)
1 sk garam
1 sk lada hitam
keju cheddar (diparut)
1 sb mentega
Cara memasak
1. Potong lada banggala hijau, lada banggala kuning, tomato ceri, bawang holland, daun bawang dan cendawan. Ketepikan.
2. Pukul telur seketika dan perasakan dengan garam dan lada hitam.
3. Sapukan mentega pada loyang cupcake dan masukkan setiap potongan sayuran sedikit setiap satu ke dalam acuan cupcake, kemudian, masukkan pula campuran telur.
4. Bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit.
5. Keluarkan dan tabur keju cheddar yang diparut ke atas muffin telur.
6. Muffin telur siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Egg Muffin Cup Recipe
Ingredients
5 nos eggs
1 yellow capsicum (diced)
1 green capsicum (diced)
10 cherry tomatoes (diced)
5 scallions (sliced)
1/2 holland onion (diced)
5 mushrooms (diced)
1 tsp of salt
1 tsp of black pepper
Cheddar cheese (grated)
1 tbsp of butter
Cooking methods
1. Cut green capsicum, yellow capsicum, cherry tomatoes, holland onion, scallions and mushrooms. Set aside.
2. Lightly beat the eggs and season with salt and black pepper.
3. Grease cupcake mold with butter and add in each cut vegetables into the cupcake mold. Then, pour in egg mixture.
4. Bake at 160°c for 15-20 minutes.
5. Remove from the oven and garnish with grated cheddar cheese on top of egg muffin.
6. Egg muffin is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#eggmuffin #muffintelur #muffin #telur #makanandiet #diet #snek
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #lemankakap #mr_lovva #makenon #nntaca #kdboom

cara memasak sayuran untuk diet 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Cepat, ringkas dan sihat betul resepi ni..selain menjadi makanan sihat, rasanya pun sedapp..pekena pulak dengan sos pencicah yang pedas2 manis tu..memang ngam gila la...
Resepi Popia Vietnam Sos Padu | Vietnamese Spring Roll & Best Sauce Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Popia Vietnam Sos Padu
Bahan-bahan (Sos Pencicah)
2 biji bawang kecil
10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 lemon (diperah)
3 cwn sos Thai
1 sk sos ikan
Bahan-bahan (Popia Vietnam)
Salad
Tomato (dipotong)
Daun ketumbar (dipotong)
Daun bawang (dipotong)
Salad ungu
10 ekor udang (direbus)
Timun (dipotong)
1 paket kertas beras
1/2 sk garam
Nota: Boleh juga menggunakan sayur-sayuran lain.
Cara memasak (Sos Pencicah)
1. Dengan menggunakan pengisar, masukkan bawang kecil, cili padi dan bawang putih.
2. Kemudian, masukkan air perahan lemon, sos ikan dan sos Thai.
3. Kisarkan sehingga sebati.
4. Sos pedas manis siap untuk dihidangkan.
Cara menggulung (Popia Vietnam )
1. Masukkan garam dan udang ke dalam air rebusan dan masak sehingga udang kemerahan.
2. Basahkan kertas beras sehingga sedikit lembut dan letakkan di atas pinggan.
3. Susun udang dan sayur yang telah dipotong di atas kertas beras.
4. Lipatkan bahagian hujung kertas beras menutupi inti. Seterusnya, lipat bahagian kanan dan juga bahagian kiri. Akhirnya, gulungkan kertas beras dengan kemas.
5. Popia Vietnam siap untuk dihidangkan.
Nota: Pastikan kertas tersebut digulungkan dengan cepat. kalau tidak kertas akan mula melekat dan mudah terkoyak.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Vietnamese Spring Roll & Best Sauce
Ingredients (Dipping Sauce)
2 shallots
10 bird's eye chilies
3 cloves garlic
1/2 lemon (squeezed)
3 cups of Thai chili sauce
1 tsp of fish sauce
Ingredients (Vietnamese Roll)
Lettuce
Tomato (Julienne cut)
Coriander (cut)
Scallion (cut)
Purple lettuce
10 shrimps (boiled)
Cucumber (Julienne cut)
1 packet of rice paper
1/2 tsp of salt
Note: You may use other vegetables.
Cooking methods (Dipping Sauce)
1. Put shallots, bird's eye chilies and garlic in a blender.
2. Next, put in lemon juice, fish sauce and Thai chili sauce.
3. Blend them until well-combined.
4. Sweet sauce is ready to be served.
Rolling process (Vietnamese Spring Roll)
1. Put salt and shrimps into the boiling water and cook until shrimps reddened.
2. Wet rice paper until soften and lay it on a plate.
3. Place boiled shrimps and selected vegetables nicely onto rice paper.
4. Fold the bottom part over the filling. Then, fold the right and left sides. Lastly, roll over tightly.
5. Vietnamese spring roll is now ready to be served.
Note: Handle the wrapping step with care and as soon as possible to avoid the rice paper from torn.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#vietnamspringroll #popiavietnam #sauce #pencucimulut #diet #healthyfood #popia #springroll #vegetable #sayuran
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #asmaterasu #mr_lovva #kdboom #rinrinchan
