Siapa yang tidak mahu tubuh badan yang kurus, seimbang dan sihat. Baik lelaki dan perempuan, keduanya juga mengidamkan bentuk tubuh badan yang ideal.
Tetapi segelintir orang merasakan diet itu merupakan suatu perkara yang amat berat dan susah untuk dilakukan.
1. Matlamat & sasaran yg jelas
2. Perlu ada rancangan hidangan yang lengkap dengan keperluan makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan badan. Turun berat tanpa perlu berlapar.
3.Rasa seronok dengan rancangan hidangan, jangan tertekan dan diet perlu warna-warni.
4. Konsep nasi segenggam. Pilih lauk sama ada ikan atau ayam yang dikukus, direbus atau dipanggang. Pemilihan lauk sangat penting.
5.Elak minum air manis, lebihkan air kosong serta buah.
6. Makan sedikit tapi kerap, seeloknya enam kali sehari dengan selangan tiga ke empat jam.
7. Jangan tertipu dengan pembungkusan atau iklan makanan. Baca nutrisi pada label terlebih dulu.
8. Fokus kepada 80 peratus pemakanan, 20 peratus senaman dan 100 peratus minda. Kita gemuk dengan makan, jadi hendak turun berat, seharusnya betulkan cara pemakanan.
.
PENDAFTARAN INTAKE SESI APRIL
Sempena Bulan Ramadhan‼️
Jom #slimraya
.
Klik link di bio ig @bie.yusof untuk mendaftar✅
.
Jom turun 5-10kg* sebulan & capai ideal weight sebelum RAYA!!!😍😍😍
.
Coach Bieyusof ➡️ +6019-6056471
*Total Lost 18kg* | Age 43
.
. *Individual results are not typical and may vary .
.
Please Like | Comment | Share
.
#getfitnowonline #teambieyusof #satukanrasa #foodie #sayanakcantik #sayanakkurus #tipsdiet #dietseimbang #dietkalori #jomkurus #tipskuruscepat #kelasbaking #hantarankahwin #makanandiet #shahalamfood #sayasukamakan #foodbrunei #khaibahar #astrogempak #kevinzahri #selangor #singaporeairlines #EXO #putrajayafood #malaysia #mirafilzah #sitinordiana #pujaanhatikanda
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過86萬的網紅SYEDOT ASMR,也在其Youtube影片中提到,Setalam Nasi Mandi Arab Kambing Padu Teruk! | Asmr Mukbang Malaysia ada sini Pengemar Nasi Mandy Arab? Haa! ni simple je masaknya tak renyah sbb da s...
「jam makan nasi untuk diet」的推薦目錄:
jam makan nasi untuk diet 在 Selera PERUT n MULUT Facebook 的最讚貼文
DIET SIHAT
Saya mencadangkan bagi yang mahu ikut DIET SIHAT saya agar makan hingga kenyang pada waktu makan sahaja. Bukan kekenyangan.
Jarakkan waktu makan 4-6 jam. Di antara waktu makan, jangan mengunyah. Cukup dengan minum air kosong sahaja. Atau kopi dan teh, tiada gula. Inilah yang dikatakan Intermittent Fasting. Biasanya saya amalkan jarak makan malam dan makan tengahari antara 14-16 jam. Jarak masa ini serupa dengan jarak masa makan sahur dan masa berbuka semasa kita berpuasa.
Waktu makan malam terakhir sebelum pukul 8pm dan saya akan makan semula pada pukul 1 tengahari. Tetapi mereka yang mahu bersarapan, boleh mulakan sarapan seperti biasa pada pukul 7-8 pagi dan makan tengahari pada pukul 1 tengahari, makan malam pukul 7 malam. Di antara waktu itu hanya minum air kosong. Cukupkan quota 2.5 L atau lebih dalam sehari.
Kaedah ini bagus untuk cuba menurunkan berat dan bagi mereka yang mengalami penyakit kronik. Banyakkan aktiviti fizikal yang ringan, terutama berjalan kaki. Saya mencadangkan lakukan 5-10 ribu langkah sehari. Guna app yang banyak di pasaran. Saya gunakan bandfit yang memantau langkah kaki yang saya lakukan dalam sehari.
Kurangkan makan daging merah. Ambil banyak sayuran dalam makanan kita. Tujuannya agar kita merehatkan pankreas. Begitu juga refined karbo seperti gula putih, tepung putih.
Bagi yang ingin BERDIET SIHAT elakkan nasi putih untuk permulaan 3-4 bulan. Gantikan dengan nasi perang, barli atau beras rebus (parboiled rice). Ambil suplemen selepas mendapat nasihat doktor. Saya ambil minyak zaitun sesudu setiap hari.
Periksa gula dalam darah, (selepas bangun tidur-fasting blood sugar) dan 2 jam selepas makan setiap dua minggu di rumah.
Begitu juga dengan pemeriksaan tekanan darah (BP) perlu diperiksa setiap hari terutamanya sebaik sahaja bangun dari tidur dan waktu tengahari. Pemeriksaan tekanan darah tidak menyakitkan seperti pemeriksaan gula dalam darah. Timbang juga berat badan boleh timbang seminggu sekali.
Elok di buat jadual dan tulis dalam satu buku.
.
• Tarikh
• Gula darah puasa
• Tekanan darah
• Bilangan nadi
• Berat badan
Jangan lupa tuliskan tarikh mula berdiet sihat, tarikh ambil suplemen. Juga senaraikan ubat yang diambil dari hospital dan catatkan tarikh turun dos dan tarikh berhenti ubat (jika dinasihatkan doktor). Bila ada jadual begini, mudah kita melihat perubahan yang berlaku pada diri kita.
Apabila puasa, gula dah turun hingga 7 atau tekanan darah sudah mencecah 120/80, boleh kurangkan ubat diabetes dan ubat tekanan darah tinggi (dengan nasihat doktor) dan fokus kepada diet dan suplemen.
Suplemen membantu menurunkan gula dalam darah dan bantu menyembuhkan pankreas dan hasilkan insulin dalam kadar yang normal. Selebihnya gula akan turun secara perlahan-lahan apabila pankreas mula pulih dan diet dikekalkan.
Kita mesti serius dalam menjaga kesihatan pemakanan masing-masing.
#jamtawafterapi #jamtawafscalarajaib #timesaver #awiyahshops
#HealthDrZubaidi
jam makan nasi untuk diet 在 Coach Anuar Facebook 的最讚貼文
Nah ada yg pm Coach minta persiapan TIPS raya awal hehe
17 TIPS KEKAL KURUS SIHAT DI HARI RAYA
Tips #1
Jangan tak beraya pulak!
Setelah berpuasa selama 30 hari, apa salahnya kita beraya bersama keluarga dan kawan-kawan di hari raya. Ganjaran diri tu tetap perlu. Tiada masalah untuk makan tp jgn lah mkn berlebih lebihan..
Nikmati hidangan lemang, rendang, kuih muih dll tapi biarlah dalam kesederhanaan.
Tapi jangan beraya sepanjang 30 hari pulak!
Ya, memang kira beraya sepanjang bulan syawal tapi itu tidak bererti anda kena makan tanpa batas setiap hari.
Selepas ganjarkan diri pada 1-2 raya pertama, pastikan anda lebih prihatin dengan pilihan makanan & minuman apabila mengunjungi rumah-rumah terbuka.
Tips #2
Ingat Peraturan 20 minit!
Itulah masa yang diperlukan untuk berasa keyang setelah suapan pertama. Di sini, makanlah perlahan-lahan atau tetapkan saiz hidangan makanan supaya tidak makan
berlebihan.
Seperti sunnah nabi, berhenti makan sebelum kenyang.
Makan Sikit-Sikit..
Apabila mengunjungi rumah terbuka, hos rumah akan sentiasa meminta anda tambah, tambah dan tambah lagi. Lagi-lagi lah kalau
anda luangkan beberapa jam di rumah mereka. Di sini, makan sikit-sikit, berhenti sekietika, makan sikit lagi dan ulang. Ini nanti memuaskan hati hos dan juga mengurangkan jumlah pengambilan kalori.
Hari raya atau Aidilfitri adalah hari meraikan kemenangan melawan dan mendidik nafsu. Sambung didikan sebln Ramadan, ikut panduan dan ajaran Al-Quran, yg menyeru kita sederhana, penuh kesyukuran meraikan Aidilfitri.
Tips #3
Ingat... Wajib bersarapan sihat dan seimbang terlebih dahulu!!
Buat apa nak sarapan pula? Nantikan dah nak mkn lagi byk kali??
Bukankah ia menambah lagi pengambilan kalori?
Ya dan tidak! Sarapan ialah waktu makan yang paling penting. Ia menyediakan perut kita supaya kenyang jadi secara tak langsung ia membantu kawal nafsu dan jumlah pengambilan kalori.
Ini penting lagi-lagi apabila anda dalam perjalanan balik kampung atau di lebuhraya.
Tips #4
Jangan bermula dengan desert/manisan!
Ini memang amalan saya untuk setiap rumah terbuka. Saya akan sentiasa bermula dengan hidangan seimbang (real food, not process food) terlebih dahulu sebelum memakan kuih-muih dan biskut raya.
Dengan kaedah ini, saya pastikan adanya khasiat yang baik sebelum memakan kalori yang kurang baik. Ingat, keserderhanaan itu penting.
Tips #5
Kenal pasti kalori menu feveret hari raya anda!
Untuk elak penambahan berat badan pada musim hari raya ini, anda perlu kenal pasti kandungan kalori makanan kegemaran anda.
Kenapa? Kalau tidak, memang susah untuk mengawal jumlah pengambilan kalori.Baru lah makan tu ada rasa 'sedar diri'😬
Sumber kalori? Rujuk semula panduan2 log kalori makanan yg Coach selalu beri. Atau bleh google atau bertanya di grup coaching 👍
Tips #6
Banyak mana biskut raya yang anda nak makan?
Ah yes, biskut raya tu memang amat menarik perhatian!! Mcm2 bentuk, warna, gubahan dan rasa 😍
Takkan tak nak makan langsung kan?? Yang penting di sini adalah kawalan jumlah kuantiti
biskut yang penuh dengan lemak + gula ringkas berlebihan + ia tidak mengenyangkan - dari jenis kalori buruk, berlemak tinggi!
Cth kira-kira:
1x biskut raya mengandungi 40 kalori, kalau makan 10 dah
400kcal. Itu baru satu rumah.
Kalau 50 rumah berbuka sepanjang bulan Syawal, itu dah 20,000kcal atau 2.6kg! 😱🙈
Tips #7
Konsep 10:20 hari
Ini berbalik kepada konsep reward diri di hari raya. Pilih 10 hari pertama shj untuk ganjarkan diri (biasa 2-3 hari pertama raya shj dan hujung minggu yang biasanya penuh dengan rumah terbuka).
20 hari yang baki bulan Syawal, biarlah hari yang pentingkan pilihan
makanan dan gaya hidup yang lebih sihat 👌
Tips #8
Kata “Cukuplah...”
Sebagai tetamu, kita sering tertekan untuk mencuba segala juadah dan kuih yang disediakan. Tapi sebenarnya tak perlu makan semua yang ada.
Beberapa tip:
• Tanya hos tentang jumlah bilangan lauk yang bakal dihidangkan. Ini membolehkan anda pelan dan bajet jumlah pengambilan untuk setiap hidangan.
Jangan lupa tanya tentang pencuci mulut. Kalau ada, kena bajet jugak tu.
• Kata “Cukup”. Kalau anda rasa sudah puas dan cukup dengan jumlah pengambilan lauk yang dihidangkan, tak salah kita berkata “cukup”, melainkanlah yang meminta itu bakal ibu mertua anda 😬😆
Tips #9
Minum Air Kosong
Bagi saya, keistimewaan dan keenakan hari raya terletak pada makanan asli spt ketupat, lemang dll dan bukan pada minuman yg berwarna warni tinggi gula dan perasa.
Jadi untuk elak bazir kalori daripada minuman, minumlah air kosong
atau minum-minuman yang tidak berkalori
seperi kopi-O-kosong, teh-O-kosong, teh hijau dll.
Kira-kira:
Kalau anda minum 2x
gelas air manis di setiap rumah terbuka (jumlah kalori 1x gelas katakan
dalam 60kcal), kalau 50 rumah terbuka = 6,000 kcal atau hampir tambah 1kg.
Tips #10
Ingat protein!
Saya yakin bahawa 99% rumah terbuka akan hidangan rendang daging yang merupakan sumber protein yang baik. Cuma ia dtg bersama lemak kerana cara ia dimasak 😅
Tapi tak semestinya hanya dari rendang shj. Yang penting cuba lebihkan pengambilan protein apabila mengunjungi rumah rumah terbuka.
Kenapa?
• Protein itu lebih mengenyangkan.
• Dalam banyak-banyak makanan lazat hari raya, kebanyakkannya berkarbohidrat (lemang, ketupat, biskut/tepung, kek, kuih etc)
Tapi kalau boleh, pilihlah bahagian rendang yang
kurang berlemak dan kalau ada ayam pula, pilihlah bahagian dada.
Ada ke hos akan jamu ikan masa raya? 🤔
Tips #11
Jangan lebihkan kuah.
Kalau anda gemari daging rendang cuba elak dari pengambilan “kuah” berlebihan kerana ia kaya dengan santan yang penuh lemak.
Kalau makan sup-sup pun, kurangkan “kuah” sekiranya ia berasa masin kerana pengambilan garam berlebihan anda tingkatan takungan air badan - hasilnya gemuk air.
Macam-macam kuah nanti ada dihidangkan, kuah soto cthnya, kuah masak sambal, kuah kacang utk mkn dgn satay atau ketupat nasi himpit, dan byk lagi.
Tips #12
5-7 Hidangan/Rumah Terbuka Sehari
Kalau hari biasapun Coach galakkan
anda memakan 5-7 hidangan kecil setiap hari dlm meal plan dan ini tidak berbeza dengan musim perayaan.
Kalau anda mengunjungi 5 rumah terbuka pada satu hari, jadikan
setiap lawatan itu sebagai satu hidangan (percuma pulak tu). Jadi jarak di antara setiap rumah terbuka tu mungkin 2-3 jam. Tapi apa-apa pun bermula dengan hidangan seimbang.
Tapi kalau terbatas pun, pastikan anda pandai sesuaikan diri. Contoh kalau makan 5x berbanding 7x, jumlah kalori sehari tetap sama. Jadi untuk rumah terbuka sekalipun, pastikan anda ada bajet kalori seharian untuk elak daripada makan terlebih.
Planning tu penting!
Tips #13
Senaman Di Rumah Terbuka!
Macam mana tu?? Kalau makanan itu sumber tenaga, kita perlu mencari jalan untuk membuang tenaga berkenaan supaya ia tidak disimpan sebagai lemak.
Di sini, cubalah amalkan “senaman-senaman” berikut untuk membakar sebanyak kalori yang mungkin:
• Berjalan keliling rumah.
• Berdiri semasa bersosial dengan tetamu.
• Bermainlah dengan kanak-kanak kecil.
• Park kereta anda jauh sikit. Ini pasti juga akan memudahkan anda pulang nanti (tiada kereta yang halang kereta anda)
• Cuba bantu tuan-rumah dengan apa yang boleh dibantu.
• Main mercun (adrenalin tingkatan dengutan jantung)
• Gelak-ketawa membakar kalori.
Tips #14
Puasa Enam
Ini berbalik kepada konsep 10:20 (tip #7) di mana anda beraya (ganjarkan diri) selama 10 hari sepanjang bulan syawal dan tinggal 20 hari untuk pilihan yang lebih baik.
Jadi di sini, puasa 6 tu memang sesuai untuk diselitkan dalam 20 hari pilihan baik itu.
Malah anda juga dapat pahala, insyaAllah. Hebat tu.. Ambil peluang ini!
Tips #15
Bosan?
Makan sayur!
Kadang-kadang kita makan bukan sebab lapar tapi sebab bosan atau melayan perbualan.
Di situ tangan kita memang gatal untuk memakan apa yang ada di depan mata.
Di sini, cuba “menggatal” dengan makanan sayur-sayuran (timun, lobak merak etc) kerana ia bukan sahaja kaya dengan serat tapi juga sangat rendah kalori.
Lebihkan fiber & serat.
Pengambilan serat penting mengawal kadar penghadaman glukos darah dan sekaligus bantu mengawal nafsu makan.
Contoh makanan yang berfiber? Sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran oats dan wholegrain. Kurma juga sumber fiber yang baik. Tapi jangan terlebih makan pulak kerana selain sayuran, kesemua berkalori juga.
Tips #16
Mulakan program fitness anda!
Kalau anda seperti saya, sepanjang bulan puasa saya memang jarang bersenam, jadi saya pastikan untuk kickstart program fitness secepat mungkin. Kadang-kadang seawal raya kedua lagi baik.
Ini secara tidak langsung memberi semangat untuk mengawal pemakanan secara keseluruhan coz kalau tidak, sayanglah usaha anda bertungkus lumus luang masa berpeluh dan melakukan senaman.
Tips #17
Ramadhan vs Raya
Kalau anda berjaya kurangkan 3kg sepanjang bulan ramadhan, cuba jangan tambah lebih 3kg sepanjang bulan syawal pula. Kalau anda berjaya, maka gabungan ramadhan + syawal sepatutnya bantu anda mengawal berat badan.
Sayanglah kalau usaha penurunan berat badan bulan puasa dihapus dengan begitu mudah dengan perayaan aidilfitri.
Tapi jangan Tak Beraya Pulak!
Melainkan anda sedang menanti acara sukan seperti olahragawan dan atlit-atlit, hari raya bukanlah hari diet atau hari untuk memulakan program senaman.
Biarlah kita seronok merayakan hari mulia bersama keluarga tersayang dan hidangan masakan yang lazat.
Tapi yang penting, jangan go overboard dan ingat kepada kesederhaan dan kesihatan diri.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
.
.
Silakan TAG & SHARE artikel ini. T.kasih.
.
Please comment 'TQ Coach' jika artikel ini bermanafaat kpd anda.
jam makan nasi untuk diet 在 SYEDOT ASMR Youtube 的最佳貼文
Setalam Nasi Mandi Arab Kambing Padu Teruk! | Asmr Mukbang Malaysia
ada sini Pengemar Nasi Mandy Arab? Haa! ni simple je masaknya tak renyah sbb da siap sedia rempah dah weh! ?
Jom Order: www.wasap.my/601156209020/KPMPR
Subscribe & Tekan All Bell Notification ?
SYEDOT GAMING : http://youtube.com/c/SYEDOTGAMING?sub_confirmation=1
SYEDOT ASMR : http://youtube.com/c/SYEDOTASMR?sub_confirmation=1
Jom Join Group Telegram, Aku Ada Dlm Tu Tau: https://t.me/syedotnation
Jom Follow IG Syedot: https://www.instagram.com/syedot.asmr
Jom Kurus Dgn Cocodot: http://bit.ly/2WeYNYd
▬▬ Follow Socmed Syedot ▬▬
instagram : @syedot.asmr
https://www.instagram.com/syedot.asmr/
twitter : syedotASMR
https://twitter.com/syedotasmr
facebook : syedot ASMR
https://www.facebook.com/syedotASMR
facebook page : syedot ASMR
https://www.facebook.com/omgsyedot/
▬▬ Waktu Upload ▬▬
ISNIN 2PM
RABU 2PM
SABTU 2PM
SELASA, KHAMIS, JUMAAT, AHAD:
= CUTI DIET! & NEW VIDEO DI @SYEDOT GAMING
▬▬ ASMR + EATING SHOW ? ▬▬
▪︎ Hi, thanks singgah ke channel aku dan yah aku buat video ASMR CRIPS SOUND with combination EATING SHOW MUKBANG
▪︎ Bermaksud gabungan crips sound dari ASMR dengan EATING SHOW berborak borak sambil makan (actually aku baru perasan orang Korea pon da start buat STYLE macam ni).
▪︎ Kenapa tak buat whispering/no talking, sebab rakyat Malaysia masih tak boleh terima Whispering/No Talking (sebelum ni mmg buat cara ni pon, insyallah maybe akan datang akan buat semula).
▪︎ Serta Whispering ni kebanyakkan buat sebab nak sync dengan sound quality dari crisp sound jadi kalau cakap normal akan pecah sound tu dan dorang malas nak edit terjadilah Whisper/No Talking untuk save their time.
▪︎ Bagi aku, ASMR FOOD bukan untuk Relaxation or Sleeping ya! sebab ASMR FOOD ni dia enhance kan bunyi so, White Noise/Humming akan kuat gila kalau guna eaphone jadi tak relax langsung, tapi untuk TRIGGER jadi LAPAR, CRAVING itu semestinya!.
▪︎ Untuk Relaxationg & Sleeping boleh tengok video aku Upload setiap hari Rabu 9PM DUA MINGGU SEKALI yang ini yes! Whispering dan cakap dengan nada perlahan untuk sync dengan brain korang ketika pakai earphone dan buat triggered gila gila sampai meremang bulu roma terutama bahagian tulang belakang.
▬▬ Apa Itu ASMR FOOD? ▬▬
▪︎ ASMR untuk merasakan kenikmatan dan untuk menaikkan stimulasi deria.
▪︎ Anda juga boleh gunakan earphone atau headphone.
▪︎ Jika anda tidak menyukai EATING SOUNDS, PLEASE DO NOT WATCH IT tau.
▪︎ Video ini mengandungi BUNYI MAKAN, MENGUNYAH TAPI TUTUP MULUT BUKAN CHUP CHAP CHUP CHAP dan seangkatanya yang sangat kuat.
▪︎ ASMR adalah Autonomous Sensory Meridian Response, atau lebih mudah dirujuk sebagai Braingasm.
▪︎ ASMR adalah stimulasi deria sensasi yang memberikan impak perasaan positif yang menyalur dari kepala, tulang belakang, sampai belakang tubuh dan akan memberi impak naik bulu roma juga.
▪︎ Setiap orang mempunyai ASMR triggers yg berbeza beza dan saya berharap anda menonton video ini dapat trigger diri anda.
▬▬ ▶︎ Hashtag ◀︎ ▬▬
#mukbangmalaysia #asmr #eatingshow #mukbangindonesia #mukbang #asmrmalaysia #asmrindonesia
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/QinB9eHqqNQ/hqdefault.jpg)
jam makan nasi untuk diet 在 tengku asmadi Youtube 的最佳解答
1 Detox Pagi
khasiat halia untuk kurus
Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat subuh tu minum dahulu segelas air kosong, ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan saya. Jika anda ada masalah susah nak buang air besar ini merupakan salah satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah penghadaman ini. Air liur awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak di dalam membantu detox kan toksin dalam badan kita.
2.Detox Sebelum Sarapan
kurus dengan air detox
Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan kan, kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis kan . Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk , rendamkan selama 2-5 minit , selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan. Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi takdalah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat.
Baca : Resepi Air Detox
3. Sarapan 300 kalori atau lebih
sarapan untuk kuruskan badan
Saya tahu nafsu makan sarapan orang malaysia ini kalau bukan nasi lemak ditambah lak dengan ayam goreng ataupun sotong pedas memang tak sah kan ? Kalau anda nak tahu sebenarnya kita boleh nak ambil nasi lemak sebagai sarapan tetapi dengan cara yang lebih sihat , sebagai contoh nasi tu ambil 1 genggam sahaja dan kurangkan sambil dan minta lebih sayur dengan makcik penjual, kan nasi lemak juga.
Tapi ini sarapan yang lebih baik kepada anda saya berikan adalah mengamalkan makan oat yang penuh dengan serat. Saya tahu tekak melayu ini ramai yang tak boleh telan oat macam itu aje kan . Ini saya berikan cara 5 minit dah siap hidangan sarapan dah la sihat pahtu memang sangat kenyang. Caranya mudah sahaja ambil segenggam oat dicampur dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma (biji tu buanglah ya kan tak pasal-pasal rosak blander mak tu) , nak lagi sedap satu sudu yogurt asli rendah lemak serta 1 biji pisang. Kisarkan semua bahan ini dan terus aje minum , rasanya tak sampai 5 minit selesai resepi sarapan ini, nak buat menu bersahur pun boleh ini, antara mahu dan tidak aje..Jangan banyak alasan dik ..
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/jyNgI3sTQn8/hqdefault.jpg)